Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Isnin, 30 Jun 2008
Frustrated Day
Semalam, memang mengecewakan. Harapan untuk melihat Germany julang piala tidak kesampaian. Favorite team dikalahkan oleh Spain. Yang paling mengelirukan perasaan pabila sepakan gol tu pula dibuat oleh favorite player, Fernando Tores. (Liverpool beb!). So? apa nak buat?
Kemuncak game semalam memang aku nantikan. Sebab siang kelmarin dah macam pasar borong, bila office mate bermati-matian untuk mempertahankan team masing-masing. Tapi, aku malas nak over sangat. Pada aku, aku memang minat bola, aku minat germany, aku minat Liverpool tapi tak lah sampai "fanatik". Asal team kalah je, MC la. Demam la, Dan yang paling membiolkan, ada juga yang sanggup buat "pedajal" kat peminat team lain. Huh! Anyway. Spain memang ada class..
Espanol.... Germany.. That's was fantastic game ever. Torres, The goal so cool.
Memorabilia
Wah! wah! wah! meriah sungguh wa cakap lu. Hehe! Pagi tadi masa aku balik umah mak, aku singgah jap kat pekan Sungai Dua, alahai.. Pekan ni la dulu aku dok cari makan. Apa taknya, dulu ni sangat meriah. Dengan kedai runcitnya, dengan kedai makannya, dengan kedai gunting rambutnya, dengan kedai basikalnya dan juga kedai motosikalnya (repair motor). Masih ingat lagi, ada satu kedai makan Habib. Kedai ni memang cukup top. Satu-satunya kedai mamak roti canai masa tuh. Aku pula tetiap pagi kena hantor nasi lemak kat kedai tuh. Depan kedai dia juga le menjadi tempat bebudak sekolah amik bas untuk balik, ataupun ke sekolah yang lebih jauh. Memang riuh rendah. Yang paling menarik tentang kedai tuh, tak pernah tutup. Raya ke, chinese new year ka, Deepavali ka, Thaipusam ka, bulan puasa ke tak puasa ke. Memang tak pernah tutup. Dia cuma tutup bila dia balik India je. Hehehehehe!! Tapi, kedai tu dah tak ada sebabnya, ada suatu ketika, masa tu aku dah pun pindah umah. Kawasan tu kebakaran. Habis semua deretan kedai kat situ. Tengok le gambar kat bawah tu. Kesan kebakaran masih jelas boleh nampak. Boleh dikatakan, kebakaran paling besar dalam sejarah Sungai Dua.Ada lagi satu kedai yang sangat menjadi tarikan utama kat situ. Iaitu kedai makan Mee Jib Botak. Mee kuahnya sangat terkenal masa tuh. Dia berniaga dengan menumpang kedai makan seorang tauke cina. Memang sangat menarik. Bayangkan, tukang buat air kat kedai tu cina, ramai juga pelanggan melayu yang kesana, makan mee kuah dan minum kopi. Hehehe!! Sendiri mau fikir. Ergh!! Camana nak cakap aa? Lu fikir la sendiri. Kata Nabil.

Jelaskan kesan kebakaran tu? Rata-rata peniaga kat sini dah berpindah tempat. Ada yang Desa Murni, ada juga yang telah berpindah ke Merbau Kudung. Merbau Jaya sekarang ni. Dan ada setengahnya lagi sudah tidak berniaga dan sudah berpindah entah ke mana. Bangunan ini bakal dirobohkan tak lama lagi. Langsung tak ada peninggalan yang boleh menjadi memorabilia. Mengikut perancangan setempat, akan dibangunkan sebuah bangunan lain. Aku tak sure. Apa-apa aja lah.


Kat sebelah ni pulak, inilah tapak umah peninggalan. Masa aku dibesarkan, kat umah tu la kami hidup. Hidup dengan suasana yang sungguh ramai. Apa taknya, semuanya tinggal kat situ, Tok, Mak, pakcik dan makcik. Itu belum yang dah kahwin. Semua tinggal kat situ. Kalau dikira semuanya ada dalam 15 orang. Bayangkan sendiri. Tapi, semua dah berpindah gara-gara gangguan makhluk halus. Entah la. Mak cik aku yang selalu kena rasuk. Bila pergi berubat dengan bomoh (boh mau). Katanya ada pihak yang tak puas hati dan cuba untuk mendapatkan tanah yang sedang kami duduki. Entah la. Wallahu'alam. Bila semua pindah, aku still tinggal kat situ. Masa tu aku dah pun keja ngan Sony Mechatronics. Aku tinggal kat umah atas, bapa saudara aku yang sorang tu stay kat bilik bawah. Bila mak dah beli umah lain kat Nyior Sebatang, aku pun turut chaloo. Tinggal ngan mak dan adik² aku. Lepas aku pundah, langsung aku tak amik tau pasal umah tuh. Tu sebab, ada orang sanggup guna alamat tu untuk apply kad kredit guna ic aku. Sebab dia tau, kalau apa-apa jadi pun, memang tak ada orang. Last-last aku juga yang kantoi. Ye la, orang lain yang kaya aku pula kena tanggung hutang ngan Bank Simpanan Nasional. Ingatlah wahai mereka yang menganiaya orang lain. Doa orang yang teraniaya itu sangat mustajab. Dan sungguh mustajab. Jangan sampai ada dikalangan yang teraniaya itu mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk orang yang menganiaya.
Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, sekolah ni lah yang menjadi tempat aku belajar dulu. Tapi masa aku sekolah dulu, semuanya papan. Mana ada sekolah yang tinggi-tinggi macam sekarang. Macam cerita P.Ramlee. Sekarang ni dah berubah banyak sangat. Dah tak ada langsung tinggalan yang menjadi identiti sekolah ini. Alahai.. Masa dah berubah. Manusia juga berubah.
Labels:
back to school,
back to the future.,
Memory
Rabu, 25 Jun 2008
L - Last Note For Today . Sleep Note

Okay, sebelum aku masuk tido, sempena tajuk aku tuh. Last note for today. Kalau ada sesapa yang kenal ngan rupa aku, pernah nampak aku atau mungkin pada suatu masa dulu pernah mengenali aku tak kira dari mana, macamana. So, sekiranya masih lagi nak contact aku. Please do so. Aku sangat-sangat alu-alukan. Boleh e-mail aku di maeil04@gmail.com
Aku pernah kerja Sony Mechatronics, pernah join TASCO (Trans Asia Shipping), pernah join Mitsui-Soko (banyak abis masa kat Penang Port buat forwarder), pernah join PDC-YCH, juga pernah join Newtecho (ISNS), pernah join Exel Logistics (office dekat airport - kalau pernah tengok mungkin akan kenal aku), dan sekarang ni CEVA Logistics (dulu EGL Eagle Global). Aku lepak kat WD Media (PN1) in-house. Dulu dikenali dengan Komag (M) Sdn. Bhd. KM1. So, mungkin rupa aku ni ramai yang tak familiar. Ye lah. Tak glamor, tak handsome, macho apatah lagi. At least kalau ada bebudak sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Dua Butterworth yang kenal aku, Dapat la korang contact aku thru' e-mail yang tertera. Selamat Malam. Adios. Chow. Assalamualaikum.
Labels:
CEVA,
EGL Eagle.,
Exel,
Mitsui-Soko,
PDC-YCH,
Sony TASCO,
western digital
Love ur river and love ur prepaid credit.

Geli geleman, mual atau busuk? Itulah yang terpaksa kami lalui setiap hari. Actually, aku pernah hantar e-mail ke TV3 news. Tapi langsung tak ada feedback. So, aku pun malas nak setiap hari hantar e-mail ke sana ke sini. Puas bagitau AJK yang sepatutnya. Tapi, macam tu jugak. Tak ada tindakan susulan. Semuanya berlaku selepas PR mengambil alih Pulau Pinang. Nampak sangat YB-YB yang ada baik sebelum ini mahupun yang sedia ada, semuanya bukan bekerja untuk rakyat. Tapi bekerja untuk kepentingan sendiri. Apa tidaknya, jika betul bekerja untuk rakyat, pastinya dia tidak mengambil kira menang atau kalah. Tanggungjawab harus dilakukan.
Pernah satu ketika, Wan Azizah pun ada datang melawat, juga tak ada tindakan susulan. Memang patut pun aku tak pangkah sesapa. Biar UMNO, Biar PKR apatah lagi parti-parti lain. Hampeh. Manifesto itu, manifesto ini. Akhirnya apa yang rakyat dapat? Nothing. Hanya penderitaan. Patutnya, lebih prihatin la kepada masyarakat setempat yang memilih anda sebagai YB. Itupun kira masyarakat setempat dah buat gotong royong membersih sungai tersebut. Tapi, sampah entah dari mana datangnya, menjadikan sungai tersebut seperti tempat pembuangan sampah. Yang menarik, hari tu ada "backhoe" datang membersih sungai. Tapi hanya untuk kawasan penyokong UMNO dan Barisan saja. So, apa lagi nak aku cakap? Sudah terang lagi bersuluh. Wahai pemimpin-pemimpin yang menjadi wakil rakyat setempat, di mana laungan sebelum ini "jangan bekerja untuk saya, tetapi bekerja bersama saya". Mana laungan untuk membela rakyat?
"Tahniah, sim card anda telah memenangi check sebanyak RM20,000 dari penyertaan DiGi Contest. Sila hubungi DiGi Center di +6006281332427373. H. ABDUL MAJID." Bayangkan. Mau terkejut beruk. Then, aku buat call ke 016-221 1800 untuk kepastian. Dapat juga bercakap dengan customer service yang bernama Sha. So, conclusion. Memang sms palsu. Totally fake. wtf? Ada juga sms macam tu ye. Memang manusia ini sanggup buat apa saja untuk mendapatkan duit. Manusia hanya pentingkan duit. Dengan duit, sanggup bermusuh, adik beradik pun boleh bergaduh. Semuanya kerana duit.
Labels:
credit,
DiGi Center,
fake sms,
pollution.,
prepaid,
river
Selasa, 24 Jun 2008
New Collection of Wallpaper
Labels:
hancock,
happening,
hulk,
movie. kung fu panda,
zombie
Ahad, 22 Jun 2008
Mufti Perlis: Saya bukan ulama ‘Kakak Tua’!
PETALING JAYA: Ketika pegangan politiknya heboh diperkatakan cenderung kepada Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil untuk menyatakan pendiriannya yang langsung tidak berminat dengan politik.
“Cukuplah… kerja sayapun tak habis. Kerja politik untuk orang politik.
“Saya bukan orang politik. Hanya kerana saya berada di majlis PKR dan menjadi ahli panel Wacana Perdana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Kota Bharu semalam maka ramai yang membuat tafsiran sendiri,” jelas Dr Asri ketika dihubungi mStar Online tengah hari tadi.
Blogged with the Flock Browser
Sabtu, 21 Jun 2008
Mobile Wallpaper Collection - Download Link Available





Dah tengok gambar-gambar tu? Actually tu la koleksi wallpaper untuk hadnphone dan juga desktop. Ada banyak lagi. Tapi kalau sesapa nak, boleh download kat sini
Ada beberapa kategori wallpaper kat dalam tuh. Teringin jugak nak share ngan korang semua. Ye la, mana tau sekurang-kurangnya berguna jugak untuk semua.
Sebenarnya, ada banyak cerita nak di"story"kan kat sini. Tapi, masa tak begitu mengizinkan. Tambahan lagi, aku pulak keje shift pagi. Memang memeritkan. Quarter End untuk WD Media hampir tiba. Semuanya serba "suddenly". Jam 6.30 pagi, aku dah tercongok kat office. Tengok shipment schedule. "Erm! tiga shipment je, boleh la aku fokus kat Inventory Count. PI-Count pun dah dekat. At least aku tak le kalut sangat nak adjust apa yang patut." Permulaan tu, macam biasa je. Rilex, cool dan kira tak de pressure sangat le. Dalam pukul sepuluh pagi (Waktu tempatan), CS (Customer Service @ Planner Controller) call bagitau untuk hari ini (Khamis) sampai sabtu, kita kena purge out sebanyak mungkin inventory keluar dari plant. Mak aiiii!!. Bayangkan berapa banyak? Tak terbayangkan. Target output it's about 3.3 million disks. Apa lagi. Segala tenaga kerja yang ada dikerah. Khamis saja, puas pujuk ngan PC untuk bagi masa. Macamana nak arrange transport dalam masa terdekat. Paling tidak pun, mesti kena ambil masa tiga ke empat jam. Itu tidak termasuk untuk custom declaration. Bodek sini, bodek sana. Dari pukul sebelas pagi sampai sebelas malam tu. Kami dapat selesaikan sebanyak setengah juta disks. Lebih kurang 150 pallets. Itu tidak termasuk WD PN2.
So, malam tu memang tidur lena. Mau taknya, otak dan seluruh anggota berjalan dengan penuh rancak. Semuanya kena berhati-hati. Transport arrangement. Space management. Then kena deal ngan warehouse yang dah sedia congested dek terlampau banyak kargo.
Esok paginya (Jumaat). Back to schedule. Still remain maintain. Tapi kali ni, mencecah 200 pallets. So, semuanya berjalan mengikut perancangan. Luckily, kargo kami cuma perlu stick CBL Label ja. Yang lain semua dah siap. So, tak de le rushing sangat. Pagi tu juga, WD Shipping Manager datang carik aku, tanya macamana perkembangan. Dengan penuh confident aku bagitau yang semua shipment schedule adalah terkawal dan mengikut perancangan. Dia macam terkejut. Macam tak percaya. Tapi itulah kenyataannya. Jadi, apa yang penting kat sini? Team Work. Semua saling bantu membantu dalam menangani sebarang permasalahan. Walaupun terdapat sorang dua yang masih lupa daratan dan selalu mengaku "i'm the best". Masa ni lah orang akan nampak how best you're.
This coming Monday, PI-Count. Huh! Ini pun satu masalah gak. Apa taknya, masa aku run oracle dan MLS untuk buat report matching. Untuk WD PN1, alhamdulillah. Semuanya terkawal. Setiap hari akan ada daily cycle count yang dibuat oleh Asst Sup. Then, kalau dia cuti still ada pengganti lain. Aku, hehehehe!! kena buat gak. Tapi bila run matching untuk WD PN2, alahai. Oracle vs MLS failed. So informed kat Senior Exec yang in-charge WD PN2. Memang terkejut. Mau tak mau, kena buat 100% physical count. Memang kantoi. PLT ID Label mentioned qty 4800, tapi kat Oracle report cuma ada 4400. Kat sini lah punca segala discrepancies. Esok pagi, aku kena jadi counter untuk WD PN1, alhamdulillah. Sebab semuanya dah prepare siang tadi. Aku harap esokt takde la kelam kabut. Cuma yang aku risau, tuh last minute on-hold. Masa ni memang melecehkan. Just wait and see. Harap-harap PI kali ni berjaya. Memandangkan ianya diadakan serentak untuk seluruh WD Worldwide.
Mata pun dah tak larat nak angkat. Nak layan TV pun, TV plak rosak. Tunggu gaji Jumaat depan. Insya-allah, kalau tak ada apa-apa halangan. Boleh le aku gasak amik tv yang besar sikit.
Labels:
desktop,
invetory count,
mobile,
pc,
roadshow,
wallpaper,
western digital
Langgan:
Catatan (Atom)









