Around 7.40pm, melalui lebuhraya Jelutong, memang mengagumkan. Cahaya lampu jalan yang menarik, dengan suasana yang lengang memang menenangkan. Tapi, perasaan aku yang selalu berserabut. Lupakan pasal perasaan aku tuh. Meh aku nak story pasal keindahan Penang pada waktu malam. Kalau korang nak gi town, especially yang datang melalui penang bridge, korang mesti kena guna Jelutong Expressway. Salah satunya, jalan yang paling cepat ke Georgetown @ Tanjung @ Town. Masa guna jalan ni, cuba korang tengok kiri dan kanan, pelbagai pemandangan indah yang korang akan dapat lihat.
Pemandangan yang akan dapat dilihat pada waktu malam saja. Pada siang harinya, kurang menyerlah. Mungkin disebabkan oleh persekitaran yang biasa saja. Kecuali kepada peminat pemandangan pantai dan laut, waktu siang lebih menyerlah. Tetapi sekiranya korang ni peminat kepada warna warni yang bercahaya. Malam adalah paling sesuai.

Inilah bangunan KOMTAR, yang menjadi mercu tanda dan pusat pentadbiran negeri Pulau Pinang. Sayangnya, kamera yang guna pakai tak dapat nak "zoom" gambarnya. Kalaulah aku mempunyai sebuah kamera digital, pastinya akan lebih menarik lagi. Insya-allah, dalam masa terdekat ni, aku akan pasti memilikinya. Sekarang ni dah jadi macam satu hobi, apabila aku melihat sesuatu yang menarik perhatian, pasti aku akan berhenti dan pasti akan mengambil gambar sesuatu pemandangan. Balik kepada gambar-gambar yang aku ambil ni. Masa ni, kami dalam perjalanan ke Penang Street. Untuk menikmati makan malam di Restoran Nasi Beriani Hameediah. Rata-rata pengunjung yang datang ke Penang ni, Memang akan bertumpu ke restoren tersebut. Sedap beb!!. Masa kami pegi sana malam tu pun, ramai giler. Dari KL ada, luar negara pun ada. Menikmati keenakan Nasi Beriani, Kandar kat situ. Aku pun, mesti tak leh nak lepas peluang ni.