Sabtu, 4 Ogos 2012

Cerita Zakat Fitrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah selalu sangat post wallpaper je, nak juga post artikel, kongsi-kongsi cerita situasi semasa. Kadang-kadang bila takde crita cam boring plak. Takpelah sesekali. Bukan selalu.

Sepanjang ramadhan ni, hari ni adalah yg ke-15 ramadhan, macam-macam hei yang berlaku. Sepatutnya bulan ramadhan ni, kita mencari sebanyak mungkin pahala kerana bulan ni segala kebaikan berlipat kali ganda. Tapi tu la, dugaan dan cabaran bulan ramadhan lah yang paling kuat. Mungkin orang tak perasan. Tak percaya, cer tengok balik dalam diri. Ada tak? Mesti ada, tak banyak, sikit mesti ada. Contoh paling ketara, kesesakan lalulintas semasa balik keje. Then bukan sebab eksiden ke apa ke, cuma orang ramai berhenti / singgah bazar ramadhan. Tak yah cakap le. Dalam hati mesti ada juga sekelumit. Itu yang kecil-kecilan. Dari yang tak pernah marah pun, akan mula membebel dalam kete. Perut kosong, trafik sesak lagi dan macam-macam lagi la. Renung balik dalam diri. Boros? Itu sudah semestinya. Mampu ke kita nak lawan akan nafsu membeli? Ada memang ada, tapi tak ramai. Kadang-kadang macam nak beli bazaar ramadhan letak depan rumah. Memang iblis dan syaitan dibelenggu. Tapi, melawan nafsu adalah melebihi segala-galanya.

Perbandingan biasa, kalau kat Mekah, Imam akan sebak tatkala membaca surah, lebih ketara apabila nak habis ramadhan. Umat manusia jangan cakap la. Penuh sesak dalam masjid. Tapi kat Malaysia ni, lain pulak jadinya. Tinggal le warga emas ahlul-masjid je yang ada. Lagi dekat nak raya? Silap² tinggal imam ngan tok siak je. Hat lain dok sibuk. Memenuhi segala hyper-market, supermarket dan macam-macam market lagi la (termasuk le yang dok type blog ni). Ini adalah perkara normal kat Malaysia. Harap-harap kita mendapat kesedaran dan hidayah untuk lebih memakmurkan masjid tambahan lagi, 10 malam terakhir adalah malam yang paling dinanti oleh semua umat islam yang berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat keampunan yang tidak ada pada bulan lain. Iaitulah malam Lailatul-Qadar.

Semalam, lepas maghrib, cam biasa le lepak kat khemah berbuka puasa. Memang rutin macam tu. Makan sikit, solat Maghrib berjemaah dan selesai, sambung makan balik. Ada le beberapa AJK Masjid termasuk bilal dan imam pun makan sekali. Dalam dok makan tu, tersebutlah satu crita yang menarik perhatian. Kisahnye, ada sorang warganegara Myanmar ni, wallahu'alam mana datangnyer pun tak tahu lah. Jumpa ngan amil yang baru selesai mengakadkan zakat fitrah. Dengan muka selambanye, bagitau zakat fitrah kat sini tak sah. Pelik juga. Nak tahu kenapa dia kata tak sah? Sebab tak ada kurma dan gandum. Argh! sudah. Berlaku le pertikaian antara si Myanmar ni dengan amil. Secara logiknya, kebanyakkan mereka ni bermazhab Maliki atau Hambali.

Zakat fitrah atau nama lainnya “zakat an-nafs” iaitu zakat badan maksudnya zakat untuk menyucikan jiwa dengan mengeluarkan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan dengan kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya diberi kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu

Kadang-kadang tu la, mungkin pemahaman diorang macam lain. Contoh macam kita le, ramai yang suka-suka amik fahaman mazhab lain. Yang mana lebih senang dan itu akan diguna pakai. Tapi pemahaman takda. Sepatutnya kita kena jelas betul-betul akan mazhab yang empat ini . Barulah kita akan faham sepenuhnya. Ambil contoh mudah, Mazhab Hambali tidak membaca "bismillah" apabila membaca al-fatihah sewaktu solat. Tapi, apabila Imam dari Mesir datang ke Malaysia dan menjadi Imam, dia memulakan bacaan al-fatihah dengan "bismillah" kerana dia tahu dan faham akan mazhab Imam Syafi'e dan faham akan situasi masyarakat setempat.

Wallahu'alam. (Kalau ada yang tersalah tu, harap dapat la membantu saya memperbetulkan.)


Bleach vs Naruto Wallpapers











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...