Rabu, 3 Oktober 2012

Best Marvel Comics Character

Yakin Dan Insya-Allah....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak tau nak fikir apa yang nak di"share"kan. Cuma teringat kisah yang disampaikan oleh Ustaz Zamri "mantop". Perkara yang berlaku kepada Nabi S.A.W. Ada satu ketika, datang beberapa orang menemui baginda dan ingin bertanya beberapa soalan bagi menguji akan kenabiannya. Lalu baginda pun berkata kepada beberapa orang tadi, "boleh dan esok aku akan bagi jawapannya". Tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya apabila Allah s.w.t tidak menurunkan wahyu kepada baginda. Nabi s.a.w mula resah dan tidak tenteram kerana tak dapat memberikan jawapan. Ini adalah kerana baginda akan memberikan jawapan setelah mendapat wahyu Allah s.w.t.

Apa yang terjadi? Allah s.w.t menegur baginda lalu berfirman: Janganlah berkata atau berjanji sesuatu jika tidak diiringi dengan ucapan "Insya-Allah" (dengan izin Allah s.w.t). Kesimpulannya, terlalu ramai yang terlalu yakin (over confident) sehingga terlupa bahawasanya setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t.

Rata-rata kalau tengok kat tv ke, memana ke ramai dari orang-orang kita ni terlupa menyebut "insya-allah" apabila berkata, berucap dan berjanji sesuatu. Sedangkan baginda S.A.W pun ditegur oleh Allah s.w.t apatah lagi kita. Renung-renungkan.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...