Isnin, 10 November 2008

New Lyrics - Aurora - Estranged

 

Aurora oh Aurora
Penting kah kamu itu
Kenapa aku terbeku

Aurora oh Aurora
Terlalu disanjungi
Telah di tanya mengapa

Kutatap berseri berwarna hijau
Yang menawan sanubari

Walaupun jauh
Kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Aurora oh Aurora
Dari manakah kamu
Kekal kamu sungguh jauh

Aurora oh Aurora
Tidak ada gunimu
Sanggup aku tetap menunggu

Terdiam kerana berwarna ungu
Kuputuskan biar bisu

Walaupun jauh..kamu dekat di hati
Pandang aku menanti mu
Aurora kamu memberi, kembali mencari

Malam ini aku sendiri
Menumpu langit sambil berkata
Gembira kamu di sana
Posted by Picasa

Konsep zoo terbuka - Paya Indah Wetlands kini dibuka semula (Open Concept Zoo)











MATAHARI yang memancar terik seolah tidak terasa tatkala melalui denai khas dirimbuni pohon-pohon.


Tiba-tiba tiga ekor memerang melintas, membuatkan pengunjung
terhenti mendadak sebelum ada menjerit gembira melihat hidupan itu
sebelum ia menghilang ke dalam belukar berhampiran.


Perjalanan diteruskan sebelum terhenti apabila beberapa ekor helang terbang rendah di permukaan tasik dan menyambar anak ikan.


Tiba di satu laluan, tiga ekor kerbau dewasa yang sedang berkubang bingkas bangun selepas menyedari kehadiran manusia.




PAYA Indah Wetlands menjadi habitat hidupan liar membiak termasuk burung helang ini.




Dengan ekor berkibas, mata tajam memandang serta mendengus sesekali,
nyata kerbau tersebut masih agak liar dalam menjaga kawasannya daripada
diceroboh.


Namun, sekumpulan burung gembala kerbau terus bertenggek di atas badan kerbau itu tanpa rasa takut.


“Kami cuba mengekalkan keaslian Paya Indah Wetlands ini semampu
mungkin. Malah pembangunan yang dilakukan cukup minimum bagi
kelangsungan habitat di sini,” kata Timbalan Penguasa Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Ady Ermanty
Haniff.




WALAUPUN di dalam kurungan, persekitaran paya sangat sesuai untuk haiwan seperti pelanduk.




Ceritanya lagi, konsep ‘zoo terbuka’ ini bakal menyajikan para
pengunjung dengan hidupan separuh liar dalam habitatnya yang
tersendiri.


Baru dibuka kembali setelah ditutup hampir dua tahun, sambutan pelancong terutama pencinta alam cukup memberangsangkan.


“Paling ramai, pemerhati burung yang datang dari pelbagai tempat
termasuk luar negara. Mereka sanggup menghabiskan masa sehari suntuk
hanya untuk memerhati dan mengambil gambar,” jelas Ady Ermanty sambil
menunjukkan beberapa ‘hot spot’ bagi pemerhati burung.


Perjalanan kami diteruskan menuju ke sebuah kolam yang terletak di perantaraan sebuah simpang yang berturapkan tanah merah.




BURUNG tempua bersarang rendah. Hanya mereka yang bernasib baik dapat melihat penghuninya.




Sebaik menjejakkan kaki, pengunjung sekali lagi teruja dengan
ratusan bunga teratai yang mewarnai tasik kedua terbesar di taman
tersebut.


“Tasik Teratai ini biasanya menjadi tumpuan burung pangling serta
beberapa jenis burung air yang lain. Di sinilah pemerhati akan duduk
menghendap memerhatikan telatah burung mencari ikan pada awal pagi,”


“Bagi mengelakkan ia menjadi tasik mati akibat mendapan, saliran air dibina,” katanya.


Dalam asyik memerhatikan saujana bunga teratai, mata pastinya tidak
terlepas daripada memandang beberapa ekor burung raja udang yang sedang
berehat di atas pokok.




IKON utama Paya Indah Wetlands, badak air berendam di kolam.




Tidak puas sekadar menonton kawanan burung, Ady Ermanty membawa
pengunjung ke kawasan lindungan khas haiwan seperti pelanduk, helang,
kuang dan landak raya.


“Semua haiwan ini dikuarantin sebelum dilepaskan ke taman. Tempohnya
bergantung kepada keadaan namun ada juga yang kembali sendiri ke
kandang khas ini walaupun telah dilepaskan ke dalam taman,” ungkapnya.


Jumlah haiwan seperti kerbau dan memerang dikawal agar populasinya
tidak berlebihan hingga mengganggu ekosistem tanah lembap ini.











Pengunjung juga tidak terlepas dari ditunjukkan sekelompok pokok
akasia yang tinggi merimbun ketika melalui denai khas yang dulunya
merupakan trek berkuda bagi beberapa orang kenamaan negara.


“Perkara menarik mengenai pokok ini ialah ia merupakan tempat tumpuan burung tempua membuat sarang.


“Di sini, tidak kurang 30 buah sarang tempua yang berpenghuni. Ia
menjadi tempat kegemaran kerana keadaan ranting pokok itu sesuai dibuat
sarang serta dekat dengan tasik,” ceritanya yang turut memberitahu
burung tersebut hanya boleh dilihat pada waktu tertentu.


Melihat keadaan taman yang ditinggalkan selama dua tahun, tidak
hairanlah jika ada banyak belukar dan pokok-pokok hutan tumbuh meliar
dengan subur.


“Tidak banyak yang berubah di kawasan ini selepas dibuka semula.
Cuma perlahan-lahan, kami sedang membaik pulih tempat ini agar
pengunjung lebih selesa dan selamat,” katanya ketika melalui kolam
buaya serta badak air yang terletak berhampiran kawasan resort.


Penguasa taman itu, Salman Saaban, berkata pihaknya membangunkan
infrastruktur taman ini secara berperingkat dan mengikut kepentingan.


“Secara dasarnya, terdapat tiga zon utama iaitu rekreasi, pendidikan
dan konservasi. Kini, proses pembaikpulihan serta meningkatkan taraf
giat di zon rekreasi,” jelasnya.


Setelah diserahkan kepada Perhilitan pada tahun 2004, konsep taman
ini turut diubah. Namun pada masa yang sama, beberapa perkara dasar
terus dikekalkan.


Malah dengan bajet besar diberikan, ia digunakan untuk menjalankan
beberapa kajian terhadap keadaan tanah, air dan haiwan yang terdapat di
dalam taman ini.


“Kami mahu mengubah minda pengunjung supaya menghargai hidupan dan
membawa mereka ke alam semula jadi dalam erti yang sebenarnya,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...