Jumaat, 11 Julai 2014

DIMANAKAN KUCARI GANTIMU EPISOD 3

“di pinggiran air terjun, bawah pohon rimbun, madah dan lagu kususun.
mengenangkan peristiwa, yang mengusik jiwa, kerana adinda, tak bersua.
Andaikata ada sayap seperti burung, ku terbang padamu,
NaMun apakan daya, aku tidak terlara, kau hilang entah di mana.
Di pinggiran ku merintih, hati tambah sedih,
Bila kan tumbuh hayat kasih.”
( gitulah,< > . lirik lagu nyanyian P.Ramlee “DI PINGGIRAN” Filem apa kudah lupa.)

"Try lagu lain bang. AM tak biasa lagu tu", kata adikmu suatu malam dari banyaknya malam aku berkunjung ke kelab itu.
" Cuba GETARAN JIWA. C-minor" Cehwaaahh, siap dengan key sekali. Teror tu?
"OK! " Adikku ketawa riang." Ready?" Dia pun mula intronya. aku standby dengan mikropon ditangan. Superstarku duduk di meja hadapan menjadi penonton pula.
(teringat iklan disebuah setesen radio mengenai MIKE bersungut betapa ramainya orang “mendekati”mulut mereka kepadanya., dan betapa tak tahannya “dia” dengan bau nafas mulut mereka yang merokok. “Ayoyo….”!)
Bebalik ke “story-board”. Itulah lagu yang ku persembahkan diatas undangan superstar-ku suatu malam dari banyak malam ku ke sana sejak mengenali dan bermesra dengannya.
Teringat aku mengusik adik. KU katakan kepadanya yang " I can sing better than him"  . Dia memberitahu adikku. Adikku ketawa dan membalas dari atas pentas. "That's why you'redown  there and I am up here!"
Suatu malam dia mengajak aku berduet lagu "When I fall in love" dengannya. Dia mulakan dahulu dan kemudian turun dari pentas dan duduk d isisiku sambil menghulurkan mikropon untuku sambong lagu itu...."it will be forever..."...dan lagi dan lagi. Akupun tak ingat lirik seterusnya. Dak kalu, aku dah muatkan di sini.
Begitu romantik kurasa ketika kami membawa lagu itu bersama. Kalau aku terlupa dia nyanyikan dan aku ikuti. Bukan sekali lagu itu kami nyanyikan.
"Thats my favourite song..."katanya. "Mine too," jawabku. Kali ini tiada lagi "give me five". kali ini dan beberapa kali selepasnya, dia mengepit lenganku! Aaawww! Sakit ah!
Selepas malam pertama, aku memandu sendiri keretaku. Selepas show, dia aku dan adik masih lagi makan bersama. Sendainya adik terpaksa pulang cepat, tinggallah kami berdua meneruskan perbualan...bukan sembarang perbualan. Kami sudah ke peringkat merancang masa hadapan berdua. Kami ibarat merpati dua sejoli. Tidak terasa masa berlalu. Apabila restoran hendak ditutup, kami berpindah ke lobby meneruskan "perbualan". Tangannya menggenggam tanganku mesra. Matanya merenung mataku penuh kasih sayang.
Aku diminta mengeskot dia pulang setiap malam. Katanya dia takut. Ada kereta mengekorinya sejak kebelakangan. Akupun tidak keberatan. Aku mengikuti rapat keretanya hingga dia selamat sampai ke hadapan rumah. Malah dia meminta aku tunggu hingga dia parking keretanya di sebelah dalam pintu pagar. Dia meminta aku menunggunya sehingga dia masuk de dalam rumah dan menutup pintu.
Suatu malam selepas menemaninya pulang ke rumah, dia mengajak aku masuk ke dalam. Aku keberatan kalau dia bersendirian. Sememangnya dia tinggal bersendirian dirumah peninggalan arwah suaminya dahulu. sebuah rumah teres dua tingkat disebuah taman perumahan yang sehaluan tempat tujunya dengan rumahku.
"Masuklah. Emak dan adik ada di dalam." dia memperlawa aku masuk. akupun akur . dia menjemput aku duduk di sofa yang empuk sementara dia ke dapor memamanaskan makanan dan menyediakan minuman.
"Susah-susah aja. Kan tadi kita dah makan?"
"Pukul 1 tadi? Sekarang dah pukul 5! Lapar aarrr”. Manja macam anak kucing siam . Dia ke dapor. Aku memerhati perhiasan dalaman rumahnya. Cantik dan kemas. Pelbagai koleksi tembaga dan lukisan berbingkai warna hitam-emas menghiasi ruang tamu dan laluan ke dapor dan ke tingkat atas. Terdapat cermin besar di dinding sebaik masuk pintu rumah. Di hadapan cermin itu ku rasa dia berlatih menyanyi dan beraksi dahulu. Aku mengemas2kan rambut dan pakaianku.
Dia datang semula mendapatkanku. Dihidangnya aku satay yang dipanas  oven mikrowave nya dan secangkir nescafe  O. Dia makan , aku minum sahaja. Tunjuk baik lah sikit. Kat rumah aku tak boleh tahan tengok satay. Pelahap dengan lidi-lidinya sekali! (over-statement tu!). Sedap pula aku tengok dia makan sambil menunjukkan scrap-book mengandungi keratan berita-berita yang pernah disiarkan akhbar dan majallah mengenainya. Banyak juga berita-berita sensasi yang terkumpul. Kesah2 peribadinya juga dimuatkan dalam berita. Maklumlah, ketika itu dialah satu2 superstar yang menjadi perhatian ramai. Kesah perkahwinan dan penceraiannya juga tidak ketinggalan dikeratlekap dari akbar dan majallah. Aku tak terkejut sebab akupun pernah mengikuti melalui pembacaan majalllah2 hiburan susur galur , ranjau dan onak , laluan kehidupannya sebagai artis rock dahulu.
"Siapa d ibawah tu?" Terdengar suara dari tangga di tingkat atas.
"Kawan, mak."
Ibunya turun bersalam denganku. Berlapik sebab dalam wuduk. Ku jemput emaknya minum. "Tak mengapa,"  katanya. "Duduklah . Makcik nak solat. Dah masuk waktu subuh ni."
Ooopps! Sampai subuh dah? Sebaik ibunya naik ke atas, ku minta sejadah sebab akupun hendak tunaikan solat subuh. World world juga. Ibadat jangan ditinggalkan bak kata MAWI beberapa tahun terkemudian darinya!
Dia membawa bekas2 makanan dan minuman ke dapor. Kemudian kembali dengan sejadah. Ditunjuknya aku akan arah kiblat sambil menghamparkan sejadah diruang tamu itu. Dia menunjukkan bilik air sebelah dapor. Ku ambil wuduk. Ku solatlah sebagai mana adanya.
Dia duduk di belakang memerhatikan aku menyelesaikan solat. Entah apa yang difikirkannya akupun tak dapat mentelaah. Aku pula antara khusyuk dan tidak, almaklum, ada pompuan memerhati gerak-geriku dibelakang. Jangan kalian menyoalkan ikhlas tidaknya solatku waktu itu . Apatah lagi selepas Isyak d irumah, aku "beriktiqad" pula di kelab malam sebuah hotel bertaraf lima bintang hingga ke pagi buta! Bersih tidaknya jiwaku mengadap Rabbul Jalil hanya Dia berhak menentukan.
Perhubungan kami semakin intim. Kenkadang selepas menghantar dan dia menyimpan keretanya dirumah, dia mengajak aku bersiar2 dengan keretaku. Seawal jam 4 pagi pun tidak menjadi soal. Asalkan  dapat bermanja denganku lebih lama lagi. Kami cruise meronda dengan keretaku tanpa tujuan, dari satu tempat ke satu tempat menikmati suasana malam dijalanraya yang terang benderang.

" Kereta you  gear auto kan ? So, what's the other hand for?"  Terpaksalah("terpaksa" konon! Peiiraah!)  kugunakan satu tangan di setereng, dan satu tangan lagi dibawa memeluk nya. Manja macam kucing siam hingga tersembam di ribaankui! Nasib baiklah keretaku on cruising speed. Dak kaluu, adei tambi, longkang dalam masuk! Nak buat camno? Sama-sama hanyut dengan perasaan romantika serambulu rumma! Hark! Hark! Hark!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...