Selasa, 5 Mei 2009

Khazanah kraftangan

Oleh Hartini Mohd Nawi 
tini@hmetro.com.my 


SENTUHAN kreatif dan asli serta nilai estetika yang diterjemahkan pada setiap produk kraf membuatkannya sentiasa mendapat tempat di kalangan masyarakat.
Meraikan keunikan itu, Hari Kraf Kebangsaan 2009 yang kini berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay menawarkan pelbagai pilihan menarik.

SENTUHAN kreatif dan asli serta nilai estetika yang diterjemahkan pada setiap produk kraf membuatkannya sentiasa mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Meraikan keunikan itu, Hari Kraf Kebangsaan 2009 yang kini berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay menawarkan pelbagai pilihan menarik.


Bertemakan Kraf dan Gaya Hidup, ia antara usaha mempromosi serta memartabatkan industri kraf serta memberikan manfaat kepada pengusaha dan pengunjung.

Kraftangan Malaysia tidak ketinggalan dalam mengenengahkan rekaan terbaik yang mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan untuk melengkapkan gaya hidup.

Menerusi pameran dan jualan produk baru, anda berpeluang mendapatkan koleksi kristal unik khusus untuk menyerikan ruang kediaman.

Mempunyai permukaan licin, lutsinar dan keindahan tersendiri, ia meletakkan kristal sebagai bahan kaca berguna yang mampu menyerlahkan sudut dekorasi ruang.

Kehadiran kuntuman bunga membentuk gubahan indah, pasu dan bekas pelbagai guna dalam reka bentuk praktikal memudahkan produk kristal itu disesuaikan dengan pelbagai konsep hiasan dalaman.

Malah, kombinasi produk hasil rimba pada kemasan perabot dan aksesori hiasan mengilhamkan gaya tata hias mengikut cita rasa anda.

Kesesuaian reka corak moden dan tradisional bukan saja mampu menghasilkan kemasan terbaru serta menarik, malah memberikan nilai tambah kepada sesuatu produk.

Ketelitian ukiran kayu yang ditonjolkan Mega Ukir Craft juga tidak kurang hebatnya dalam menarik perhatian pengunjung ke situ.

Menurut pengurusnya, Mohd Abdah Hassan, setiap ukiran kayu yang dihasilkan mengambil kira pelbagai aspek dan menampilkan kelainan.

"Dari kerusi, hiasan dinding, pintu gerbang hingga ukiran arca, sentuhan kreatif, halus dan teliti diterapkan sebagai lambang kualiti serta kekemasan produk Mega Ukir Craft," kata Mohd Abdah.

Melewati gerai Sera C Kraf yang menggunakan produk rotan dan buluh sebagai penyeri dan pelengkap ruang kediaman.

Dekoratif unik bidai untuk kemasan langsir dan pintu berasaskan rotan cukup menarik perhatian selain menyuntik visual keindahan berbeza dari luar dan dalam kediaman.

"Bidai rotan ini bermotifkan spesies rama-rama dan abstrak selain dihasilkan mengikut tempahan pelanggan untuk diselarikan dengan konsep dekorasi pilihan selain mesra alam.

"Malah, produk ini juga sesuai disuai padan dengan aksesori hiasan lain atau sebagai titik fokal ruang," kata pemilik Sera C Kraf, Siti Hafidzah Md Arshad.

Sementara itu, gerai Langkawi Art & Kraf Batik mempamerkan keindahan lakaran batik sebagai penyeri ruang dinding.

Berlatarkan rona ceria dan semula jadi, setiap lakaran menterjemahkan sudut pandangan berbeza khususnya pemandangan, motif flora dan fauna.

Berfungsi sebagai aksesori hiasan dinding, lakaran batik itu mampu mengubah suasana suram menjadi lebih ceria dan mendamaikan atau mungkin terapi keindahan semula jadi.

Hari Kraf Kebangsaan 2009 yang berakhir Isnin ini turut menawarkan aktiviti lain termasuk pameran congkak, pameran teknologi kraf, demonstrasi dan interaktif pengusaha kraf tempatan serta luar negara.



  • INFO

    -Hari Kraf Kebangsaan 2009 berlangsung dari 19 Mac hingga 30 Mac 2009.

    -Perkhidmatan perantara dari empat lokasi disediakan bermula 10 pagi hingga 9 malam:

  • Perhentian bas Ampang Park 

  • Perhentian bas McDonald Bukit Bintang

  • Sungei Wang Plaza (berdekatan Stesen Monorel Bukit Bintang)

  • Perhentian bas Suria KLCC
  • Santai Wallpapers: Mix Games Wallpaper



    Santai Games: Adventure 2 and The Wizards Pen

    Pieces of an ancient tablet have started turning up around the globe and the Museum needs your help to find and unearth the broken pieces to lead you to the most expensive gem ever known...the "World Diamond". Complete over 100 levels by finding hidden objects & circumventing unique puzzle traps.

    Explore 25 unique & exotic locations around the world. Find over 2100 hidden objects in 3 different game modes. Play 8 different types of mini-games including place-the-differences, spot-the-differences. Good luck on your worldly adventure!

    Editor's Review:
    "An addictive and visually stunning Hidden Object adventure...a must have for every game library." by Spinny



    The Wizard has vanished! The only clue to his whereabouts is his trusty workbook...but all the pages are blank! Luckily the Wizard's trusty magic pen knows that hidden images are concealed on each page, and if you can identify them the mystery of the Wizard's disappearance might be solved!

    Use the Wizard's Pen to uncover the hidden images as you try to guess what's in each picture. There are over 400 pages of secret items to discover, along with 16 unique Hidden Object mini games, 10 magic potions, and the Wizard's secret notebooks to unlock! It's a unique new twist on the seek-and-find genre you need to try!

    Editor's Review:
    "WOW!!! If you're tired of the same old, same old Hidden Object games, Wizard's Pen is a blast of fresh air!" by Spinny


    Disclaimer: Like the games? Buy the original. Unfortunately, if you want to try it, please download by clicking the download link available. Enjoy the game. 

    Santai Lyrics: Bittersweet - Capitale

    Oldies song agaknya. Tapi macam ada sesuatu yang menarik tentang sound of the bittersweet. Ala 60's and ska and indie. But it's indie. Totally awesome. Mengingatkan aku kepada Saturnine, Dead Mushroom, Butterfingers dan Disagreed. Anyway. Have a nice sound and download. Enjoy the music. Support the local. Buy the original.

    When I'm crying, You laughing, 
    You think that it has all been decided, 
    But it's all coming back to you, 
    You never realize, 
    You think it's alright.


    You say I can't swim, but your drowning, 
    You think that it's all is been decided, 
    But you still hiding in your shoes, 
    You never try to walk, 
    You think it's alright.

    Cause the days are coming early, 
    The sun is shining clearly, 
    We need a ride, To travel fast, 
    Just don't deny , Break the ice, 
    World's becoming lonely, 
    When pride just can't be print, 
    I can't decide.

    You say I can't swim, But your drowning, 
    You think that it's all is been decided, 
    But you still hiding in your shoes, 
    You never try to walk, 
    You think it's alright.

    Cause the days are coming early, 
    The sun is shining clearly, 
    We need a ride, To travel fast, 
    Just don't deny, Break the ice, 
    World's becoming lonely, 
    When pride just can't be print, 
    I can't decide.

    Cause the days are coming early, 
    The sun is shining clearly, 
    We need a ride, To travel fast, 
    Just don't deny, Break the ice, 
    World's becoming lonely, 
    When pride just can't be print, 
    I can't decide.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...