Sabtu, 28 Februari 2009

Streamyx oh Streamyx

Dah hampir seminggu streamyx aku mampus. Puas sudah aku call HQ untuk settled masalah aku ni. Ade ke patut suh aku buat ping itu dan ini. Sedangkan masalahnya tu ha.. ADSL aku langsung tak menyala. Kot ye pun ada gangguan, jangan le bagitau line aku ok. Tapi aku tak kisah sangat dah. Sebab aku dah suh diorang antor je technician mai ushar line aku kat sini.
Tup-tup pagi ni, huh!! jangan kata ADSL, line tepon pun takde gak. Alahai.. Mesti tak nak bagi aku complaint agaknya. Hahaha.. Biasalah. Aku kalau bab-bak komplen mengkomplen memang aku suka sangat. Ye la.. Bila lagi nak blasah diorang. Kalau aku bayar terlewat sikit je, tu ha, surat merah pun sampai bagitau aku tak bayar bil lagi la. Bil tertunggak la. Tapi, bila diorang punya line kantoi ke apa ke.. Buat dek ja. Bila call suh check kabel la, itu la, ini la...
Ni  pun aku gasak wifi kat KFC. Minum kopi secawan, gasak sampai setengah jam. Ni pun aku ingat sebab KFC ni hat bumiputra ja sebagaimana yang diwar-warkan kat e-mel. Takde kena mengena dengan KFC US ke Israel ke. Tapi McDononald's memang aku pangkah.


Ahad, 22 Februari 2009

Wallpaper : Upin & Ipin, Geng The Movie



From eMail : Lilly The most beautifull thing





Sabtu, 21 Februari 2009

Zoom In Malaysia : Merindui kabus Cameron

Sejauh manakah pembangunan dengan pembinaan hutan batu dan pembukaan besar-besaran untuk pertanian merubah wajah Cameron Highlands?




Mereka mendambakan suasana silam. Mendatangi waktu pagi sambil menghirup udara segar yang dingin, dikelilingi panorama kehijauan, mendamaikan.

Namun segalanya kini tinggal dalam lipatan memori. Tanah tinggi itu sudah lama bertukar wajah atas nama pembangunan dengan pembinaan hutan batu dan pembukaan besar-besaran tanah untuk pertanian.

Menjelang musim perayaan atau cuti sekolah, tanah tinggi tersebut pasti sesak dengan ribuan pengunjung dan kenderaan.

"Memang aman masa itu. Orang tak ramai. Kereta pun tak banyak. Dulu anak-anak boleh main tengah jalan.

"Cuaca pula amat sejuk. Bekerja pun pakai jaket. Sejuknya sampai minyak kelapa boleh jadi beku dan keras, boleh bungkus dengan kertas surat khabar," cerita Zainal Abidin Shafie, 77, yang datang ke Cameron Highlands pada 1948, ketika usianya 18 tahun.


PEKAN Brincang merupakan salah satu daripada lapan pekan yang terdapat di Cameron Highlands.


Keriangan Zainal Abidin yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Cameron Highlands 2009 apabila berkongsi kenangan manis sewaktu mula-mula tinggal di tanah tinggi bertukar bimbang apabila ditanya keadaan yang dilihatnya pada hari ini.

"Rumah dibina sampai tepi jalan, tepi sungai pun ada, bayangkanlah...Tengok di Tringkap (kira-kira lapan kilometer dari Brinchang) rumah sampai tepi jalan, nak letak kereta pun susah.

"Tengok di Tanah Rata, gerai sana-sini. Tak ada tempat letak kereta. Buat bangunan pun sampai tepi jalan. Bila pelancong datang, nak berhenti kereta pun tak boleh.

"Harap pihak berkuasa fikir dan adakan lebih banyak tempat letak kereta. Berapa ratus ribu kereta bila cuti. Kami penduduk di Cameron Highlands bila musim cuti memang tak keluar rumah, kalau keluar memang sangkut," kata Zainal Abidin sambil menjelaskan, beliau biasanya membuat perancangan membeli barang keperluan sebelum musim cuti bagi mengelakkan kesesakan.

Aktiviti pertanian semakin rakus merubah landskap pusat peranginan tanah tinggi tersohor Malaysia, Cameron Highlands.

Bermula dengan teh yang ditanam di lereng bukit, daerah yang paling kecil di Pahang itu semakin diasak penanaman sayuran secara intensif. Sudah habis tanah rendah digondolkan, kini lereng bukit semakin ditarah dan kawasan hutan pula diredah dan ditebang.


TANAH tinggi Cameron Highlands suatu ketika dulu dikelilingi panorama hijau yang sungguh mendamaikan.


Hawa tanah tinggi yang sebelum ini dingin menyusuk hingga ke tulang, kian menjadi panas. Angin yang bertiup di tengah-tengah cuaca yang kering, membawa bersama cemar bau baja yang begitu kuat menusuk hidung.

Inilah realitinya. Pengunjung ke tanah tinggi itu semakin kempunan udara segar dan nyaman yang sering dikaitkan dengan pusat peranginan pergunungan.

Dengan kawasan seluas kira-kira 71,000 hektar dan penduduk melebihi 30,000, Cameron Highlands kini mempunyai lapan pekan iaitu Blue Valley, Kampung Raja, Kuala Terla, Tringkap, Brinchang, Tanah Rata, Lembah Bertam dan Ringlet.

Bagi Kolandapayan a/l Sengkali Kaundan, 74, banyak memori indah tinggal di Cameron Highlands.

Dilahirkan di India, Kolandapayan datang ke Cameron Highlands pada 1953 untuk bekerja di ladang teh di Blue Valley.


NORDIN ABU BAKAR menunjukkan air Sungai Mensoon yang mula tercemar akibat pembukaan kebun sayur di Ringlet, Cameron Highlands.



KOLANDAPAYAN SENGKALI KAUNDAN



BAHDIN PULAI


Cukup katanya, menyara diri dengan upah RM2.30 sehari di mana RM1 untuk belanja makan sementara bakinya disimpan.

"Mula-mula datang banyak sejuk dan lama-lama suka. Lagi pun tak boleh pergi tempat lain. Masa itu ada sikit pondok kecil, orang tak ramai, kereta kurang.

"Takut pun ada juga sebab keliling hutan. Komunis pun ada, memang takut pada komunis. Ada yang minta duit," kata Kolandapayan. Beliau melakukan banyak kerja selepas berhenti bekerja di ladang teh.

Bagaimana kehidupan di Cameron Highlands sekarang? "Panas. Orang pun ramai, kereta sudah banyak. Dulu satu bulan dua hari panas, sekarang satu bulan panas. Banyak hutan, bukit kena potong."

Bagi Francis Thangam, 74, keputusan berhijrah ke Cameron Highlands ketika berusia 23 membuka lembaran baru dalam hidupnya setelah mendapat tahu tentang tempat tersebut daripada kawannya yang mempunyai kedai gunting rambut di situ.

"Saya bayar RM1.80 untuk tiket bas ke Cameron Highlands. Naik bas dari Klang ke Tapah. Basnya kecil, boleh muat 16 orang sahaja. Perjalanan memang meletihkan, jalannya berliku-liku.

"Mula-mula datang, banyak sejuk, semua orang pakai jaket, tak boleh tahan," katanya.

Berkat kesabaran dan ketekunannya, meskipun terpaksa berjauhan daripada keluarga dan melakukan pelbagai kerja, Francis akhirnya mendapat kerja yang lebih baik. Pada 1963, beliau mula bekerja sebagai pengurus di Ladang Teh Bharat sehingga bersara pada Disember 2004.

Zulkifli Mohd Ariffin, 67, pula datang ke Cameron Highlands pada 1981 selepas dinaikkan pangkat sebagai ketua kerani Pejabat Tanah dan terus menetap di tanah tinggi ini.

Bagi beliau, yang paling dirinduinya ialah kabus Cameron Highlands.

"Masa muda dulu saya banyak bersukan. Kadang-kadang tengah bermain terpaksa berhenti dulu sebab kabus tebal lalu. Tak semestinya hujan, kalau hujan, lagi tebal kabus. Kalau bercakap, keluar wap dari mulut, begitu sejuknya.

"Sekarang nak dapat kabus sebulan sekali pun susah. Itu pun lepas hujan. Tengok sahaja pelancong yang datang ke Cameron Highlands, tak macam dulu pakai tebal-tebal. Ada yang pakai kemeja-T dan seluar pendek sahaja!

"Masa dulu-dulu, mesti pakai jaket dan tidur malam pun kena pakai baju dua tiga lapis dan sarung kaki," kata Zulkifli.

Beliau turut mengeluh apabila bercakap tentang apa yang berlaku di Cameron Highlands.

"Bukan sahaja cuaca tetapi juga pembangunan yang tak menentu. Tepi jalan banyak gerai, tempat letak kereta tak ada, keadaan semakin meruncing.

"Sampai bila struktur muka bumi Cameron Highlands dapat bertahan. Yang dihakis, ditebang dan digondolkan. Apa yang akan diwarisi generasi masa depan Cameron Highlands?" tegasnya.

Terkenang zaman muda

Bagi masyarakat Orang Asli Kampung Kuala Boh di Ringlet, meskipun perkampungan mereka terletak nun jauh di dalam hutan, ia masih terkena tempias pembangunan pesat dan hiruk-pikuk kehidupan moden Cameron Highlands.

Keruh air Sungai Mensoon yang mengalir di kampung itu bukti pencemaran yang berpunca daripada banyaknya kegiatan pertanian di kawasan hulu sungai berkenaan.

Bahdin Pulai, 67, terkenang zaman mudanya memancing dan berenang di sungai berhampiran kawasan penempatan Orang Asli itu.

"Kebun sayur belum ada, air sungai jernih dan boleh diminum, ikan pun banyak, tak ada racun. Binatang dalam hutan banyak, ada kijang dan rusa.

"Sekarang banyak kebun sayur, ramai pekerja asing. Air sungai tak bersih, ikan pun pupus. Anak-anak tak berpeluang menangkap ikan atau berburu. Buat sumpit pun tak tahu," keluh Bahdin yang terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan kerana penyakit gout.

Katanya, air sungai mula tercemar penghujung 1970-an dengan pembukaan banyak kebun sayur di Ringlet.

Rasa kecewa dan hampa Bahdin turut dikongsi Tok Batin Kampung Kuala Boh, Nordin Abu Bakar, 45.

"Sudah empat tahun tak merasa ikan yang dipancing sendiri. Dulu dalam Sungai Mensoon ni boleh tangkap ikan kelah, besar-besar paha, ikan tengas. Semua dah tak ada. Sungai dah kotor, tercemar," katanya.

Terdapat 92 keluarga di Kampung Kuala Boh dan semuanya beragama Islam. Orang tua di kampung itu masih bekerja mencari rotan, menanam pisang dan ubi kayu serta mengerjakan padi bukit. Anak-anak muda pula ada yang keluar merantau, bekerja di bandar besar.

Dilahir dan dibesarkan di Kampung Kuala Boh yang meliputi kawasan seluas 100 hektar, Nordin menyandang jawatan Tok Batin pada 1992 mengambil alih jawatan daripada bapanya yang meninggal dunia pada 1991.

Di sebalik lokasi kampung yang dikelilingi hutan tebal, Nordin berkata cuaca sekitar amat berbeza ketika zaman kecilnya.

"Masa kecil, kami tak boleh pakai baju tak berlengan macam yang saya pakai sekarang. Kena pakai pakaian tebal, tak kira pagi atau tengah hari. Sekarang pagi boleh minum ais, oren ke. Itu yang beza. Sampai tahun 70-an, masih lagi sejuk.

"Banyak tanah dibuka untuk ladang sayur. Saya harap mereka tak menceroboh sampai ke kampung ini. Kami tak mahu pencemaran," kata Nordin yang pernah berkhidmat sebagai askar komando selama 12 tahun sebelum kembali ke kampung halamannya, Kampung Kuala Boh.

Bagi Zainal Abidin, Kolandapayan, Francis Thangam, Zulkifli, Bahdin dan Nordin, Cameron Highlands terlalu berharga dan istimewa.

Mereka sudah menghirup udara segar dan dingin Cameron Highlands serta menikmati keindahan dan kedamaian hidup di tanah tinggi.

Apa yang mereka dambakan sekarang agar legasi tanah tinggi ini, dengan segala keistimewaannya dapat diwarisi tanpa sebarang onar dan cemar kepada anak cucu mereka serta generasi akan datang. - Bernama


Ahad, 15 Februari 2009

Percutian Family : Zoo Taiping Dan Night Safari

14hb Feb, 2009. 

Mulanya aku tak planned pun nak bawa anak-anak gi memana. Tapi, ntah macamana kesian pula bila diingatkan jarang sekali aku mereka bersiar-siar. Last hari tu pun, masa balik kampung cuti sekolah lepas. Singgah jap je kat Kompleks Pasir Salak. Kebetulan pula kali ni, aku dah ada cuti panjang. Memandangkan OT aku dah over limit. So, bercuti la aku. Hehe. Bagus juga. Boleh le aku rilek dan santai.

Pagi tu, aku dah standby sebab dah janji ngan anak-anak aku nak bawa diorang layan Upin & Ipin..Geng The Movie.
Nasib baik buat reservation awal. Kalau tak, pakai tak sempat tengok le kami. Itu pun dah terlewat. Aku sepatutnya ambil tiket 45 minit awal. Apa nak buat. Aku kena tunggu anak-anak balik dari sekolah dulu. Anyway, kalau korang nak download wallpaper boleh klik sini :-
(www.gengthemovie.com)

Aisheh! Sorry. Bukan nak citer pasal Geng The Movie tu. Habis je layan movie tu, gegas balik sebab nak amik wife dan anak kecil aku. Janji nak gi Zoo Taiping dan Night Safari. Tak kisah le duit aku abis. Yang penting anak-anak aku happy. Takde le terkongkong sangat. 
3.30pm aku keluar dari umah, straight away to Taiping. Kepala otak aku ini ingat plan yang aku tengok through Google Earth ja. Muahahah. Entah camana, sampai kat Bukit Merah, lapor pula. Singgah le dulu. Makan apa yang sepatutnya. 4.30pm bertolak.

Ni le tiket masuk ke Zoo Taiping dan Night Safari. Memang aku tak kisah le pasal harga. Yang penting anak-anak suka. Aku pun suka. Saje je wak balik tiket tu. Anak-anak aku suka tengok gambor harimau yang printed tuh. Aku, first time aku gi situ. Wahahahaha... Anak-anak dan wife aku tuh dah berapa kali gi sana. Masa anak-anak dok KEMAS lagi, rombongan sana-sini. So, kasi chance kat diorang gi. Aku macam biasa le. Sibuk ngan kije aku.

Sebab tu, aku bukan tau sangat jalan nak gi sana. Dua hari aku survey maps, check google earth dan wikipedia maps. Huhu. Kesian aku. Macam katak bawah tempurung. Opps!! Katak ada empat ekor ja. Itu pun kat PERAK. Behrang ke Changkat Jering singgah kat Bota. Muahahaha. Apa nak buat. Seko lagi kat mana ye?

Bawah ni tiket Night Safari. 














Masa atas train Night Safari. 
Sempat lagi ngambil gambor Unta. Anak pompuan aku memang penakut sikit. 

Ni la, anak-anak aku. Wah! wah! wah!. Kepala otak tu berfikir, inilah rezeki yang tak disangka-sangka. Dalam kemelesetan ekonomi, ada juga rezeki aku bawa anak-anak gi jenjalan. Buat apa nak panik pasal kegawatan. Rezeki kan Allah s.w.t yang bagi. Insya-allah. Selagi kita ingat kat Dia, selagi tu lah Dia ingat kat kita. Walaupun kadang-kadang kita lupa, tapi Dia tetap ingat kat kita.
Yang sulung dan yang second bongsu. Sorang lak tu pompuan. Bleh le bergaya.
Wife dan anak-anak. 

Blog : Lagi-Lagi Filem...


Sedang syok baca kosmo, terjumpa lak artikel pasal Blog lagi lagi filem. Hmmp! Macam menarik. Then aku pun amik le masa surf kat situ jap. Huh! Memang best. Abis semua pasal filem yang latest di"review". Paling terujat, tu Upin & Ipin, Geng the Movie pun dah di"review". Uppo to Dateto. Malas nak explain pepanjang. Korang bleh lawat sendiri kat sini :http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

Itulah, kadang-kadang hobi pun leh wat duit. Sapa sangka.



New Wallpaper Collection




Buat maksiat depan masjid

Dataran Putrajaya tercemar dek kelakuan, nafsu pasangan bercinta


Pasangan ini tidak mempedulikan langsung orang ramai. Mereka berpeluk-pelukan dekat kawasan Masjid Putrajaya (kanan) yang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong.


PUTRAJAYA - 'Rengekan' manja pasangan bercinta di kawasan rehat di celah-celah pokok di Dataran Putrajaya di sini rupa-rupanya lebih hebat daripada di taman bunga.

Aksi berpeluk, bercium, saling mengurut sambil bergelak ketawa seolah-olah menjadi senario biasa di kawasan rekreasi di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.

Setiap malam terutama pada cuti umum dan hujung minggu, 'kemeriahan' Dataran Putrajaya yang dibina bagi rekreasi keluarga itu tercemar kerana menjadi lokasi kegemaran pasangan bercinta.

Malah tinjauan Kosmo! Ahad juga mendapati banyak pasangan hangat bercinta tidak menghormati Masjid Putrajaya yang terletak tidak sampai 50 meter dari kawasan yang sama.

Ada yang bercanda di bawah cahaya lampu, tempat gelap dan di celah-celah pokok dan tidak kurang 'bersidai' menghadap tasik di Jambatan Seri Saujana.

Selain tidak peduli dengan kesucian rumah ibadah, pasangan yang datang ke situ juga tidak menghiraukan orang awam yang terdiri daripada warga emas dan keluarga yang beriadah.


KEPALA bertudung tidak menghalang gadis ini
membelai manja pasangannya
di Dataran Putrajaya malam tadi.


Menurut sumber yang enggan nama dan gambarnya disiarkan, kehadiran pasangan bercinta di situ bukan sahaja memalukan tetapi juga 'menyakitkan mata'.

"Mereka ingat ini Itali ke? Terlalu ramai pasangan bercinta di sini, bukanlah kata tak boleh datang lepak di sini tapi sekurang-kurangnya tahu batasan.

"Sekiranya mereka pasangan yang sudah berkahwin, mereka tidak akan datang berpeleseran di sini," kata seorang pengunjung enggan dikenali.

Jumaat, 13 Februari 2009

World markets rise after Wall Street bounceback

BANGKOK: World stock markets rose on Friday, boosted by a late turnaround on Wall Street and on hopes about government attempts to resuscitate

ailing economies as Group of Seven finance ministers gathered in Rome.


Markets rebounded after swooning earlier this week on a lack of detail in the Obama administration's $2 trillion plan to revive the floundering U.S. banking sector. Investors seemed to take heart after Wall Street clawed back deep losses Thursday on reports the government may subsidize mortgage payments for troubled homeowners.

A surprise jump in U.S. retail sales for January also offered a glimmer of hope about the world's largest economy though other data painted a less sanguine picture.

China's markets extended gains of the past two months on hopes that Beijing's $586 bn economic stimulus package will engineer a quick recovery for the country's rapidly slowing economy. The Shanghai Composite Index was up 3.2 percent and has gained more than 20 percent since Nov. 28, the last day of trading for that month.

Chinese central bank figures released Thursday showed bank lending more than doubled in January to a record 1.62 trillion yuan ($237 bn) as lenders heeded government calls to loosen credit controls to help revive the economy.

``Liquidity drove stocks higher,'' said Mao Sheng, analyst for Huaxi Securities in the western city of Chengdu. ``Investors are expecting even more new loans and money supplies in February.''

In Australia, the main stock index rose 1.3 percent after the government succeeded in pushing a $28 billion economic stimulus package through the Senate following an earlier defeat.

Japan's Nikkei 225 stock average climbed 74.04 points, or 1 percent, at 7,779.40, and Hong Kong's Hang Seng rose 326.37, or 2.5 percent, to 13,554.67. Markets in South Korea and Singapore also gained.

As trading got under way in Europe, France's CAC 40 was up 2.5 percent, Germany's DAX gained 2.1 percent and Britain's FTSE 100 rose 1.5 percent.

U.S. stock futures pointed to a higher open on Wall Street. Dow futures rose 16, or 0.2 percent, to 7,953 and S&P 500 futures were up 2.5 points, or 0.3 percent, at 837.90.

Despite the advance, trading in Asia was cautious as investors awaited a G7 meeting in Rome that begins Friday and the release next week of Japan's fourth quarter growth figures. Markets expect the world's second-largest economy to have contracted an annualized 11.7 percent in the last three months of 2008.


Sekadar Bercerita...



Pagi semalam, awal-awal lagi Bos besar dah buat "briefing". Ekoran dari kegawatan ekonomi yang sangat-sangat meruncing. Kalau sepuluh tahun yang lalu, Asia mengalami krisis matawang yang teruk. Sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri kita - Tun Dr. Mahathir Muhammad. Berpunca daripada spekulator matawang yang cuba menghancurkan ekonomi Asia. George Soros. Tetapi kali ini, bukan lagi krisis matawang, tetapi krisis ekonomi global. Yang berpunca daripada kejatuhan saham Wall Street.

Pelbagai mesej yang disampaikan. Dan yang paling kurang enak didengar, pastinya tentang pengurangan tenaga kerja. Yang jelas, pelbagai tindakan drastik bakal dilakukan bagi mengimbangi kestabilan syarikat seiring dengan krisis yang sedang dihadapi. Sempat aku membaca news dari US berkaitan pakej ransangan ekonomi yang diluluskan oleh Obama dan senat bagi memastikan ekonomi kembali pulih. Jelas, benyak syarikat gergasi mengalami kesulitan dan terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar. Antara pelan ransangan ialah mewujudkan pekerjaan kepada rakyat US. Secara tak langsung bagi menarik kembali minat pelabur ke US dan secara tak langsung dapat mengembali kepercayaan pelabur ke Wall Street.

Mesej yang agak menarik, kami merupakan ikan yang sedang berenang di dalam kolam WD dan pastinya dengan kegawatan yang sedang melanda, harus bersiap sedia bilamana mata pancing akan dibuang ke kolam WD bagi memancing ikan-ikan yang ada di dalam kolam WD dan akan dilepaskan ke laut dalam. Mesej ringkas, tapi impak yang sangat besar. Pesanan ringkas oleh Bos, bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan dalam mengharungi ombak dan gelora lautan dalam. Be prepare to take challange and learn how to survive in the middle of the ocean.

Begitu juga dengan WD. Dalam jangkasa masa terdekat ini, permohonan untuk company lay-off telahpun dihantar ke Jabatan Sumber Manusia. Maka, ramai lagi yang akan ditawarkan VSS. Saban hari, kegawatan mula terasa. Jika sebelum ini, beberapa syarikat besar seperti Osram dan Bosch memberi cuti panjang kepada pekerja, ura-ura pendekatan yang sama mungkin bakal diambil oleh WD. Terkini, tanggal 14 Mac mungkin bakal tercipta lagi satu sejarah dalam WD Penang. Apabila pihak pengurusan WD akan mengumumkan "shutdown" atau "idle" dalam beberapa hari. Rumors. Sekiranya ini berlaku, buat kedua kalinya dalam jangmasa dua bulan, aku terpaksa bercuti panjang. Jika sebelum ini - krismas lepas, aku bercuti hampir seminggu. Mungkin kali ini juga.

Kemungkinan juga, CEVA (syarikat tempat kerja aku tuh) akan membuat rombakan besar dalam kolam WD. Macam yang aku tulis tadi, akan dipancing dan dilepaskan ke laut dalam. Kalau sebelum ini, aku ke Pasir Gudang untuk buat inventory count dan ke Bukit Tengah untuk projek peralihan DELL dari YCH ke CEVA. Begitu juga ada yang dipanggil ke Bukit Jelutong bagi menyokong projek TESCOnya. Dan ramai yang telah dihantar ke Kraft untuk Danone projek. Yang pasti, ada lagi satu projek iaitu Yussof Taiyyub. Mungkin aku juga akan dipanggil. Ini adalah kerana bagi mengurangkan headcount yang ada di WD.

Sempat meneliti saham semasa CEVA, kurang memberansangkan. Jatuh ke paras yang sangat rendah. -0.67% memang sangat mengecewakan. Krisis ekonomi kali ini merupakan yang terburuk sepanjang sejarah dalam 30 tahun yang lalu. Melibatkan global yang pastinya syarikat-syarikat kecil yang mengharapkan syarikat gergasi US bakal gulung tikar. Sebagaimana yang ramai ketahui, apa Intel menutup operasinya di Filipina, krisis menjadi semakin rumit di sana. Begitu juga Malaysia. 1 plant ditutup operasinya dan 1 lagi telah dipindahkan ke Kulim Hi-Tech. Hari ini, Intel mengumumkan penggunaan 7 billion USD disuntik ke Intel US bagi memastikan syarikat gergasi itu kukuh semula. Begitu juga AMD yang merupakan seteru kepada Intel.

Malaysia pada masa ini juga turut mengalami kegawatan Politik. Secara tidak langsung, menjejaskan kestabilan ekonomi akibat daripada pergolakan politik. Berpunca daripada aksi lompatan yang memalukan. Sanggup menggadai maruah penduduk setempat dan pengundi dan lebih memalukan, pertelagahan sesama kaum. Demokrasi, autokrasi atau juga birokrasi. Yang jelas, highway yang dipilih.

Jumaat, 6 Februari 2009

Zoon In Malaysia : Jepun yang tersembunyi

Jauh di dalam hutan tebal di ketinggian 3,500 kaki di atas
paras laut, sebuah taman ala Jepun dicipta khusus untuk para pencinta
alam.












SPESIES tumbuhan dari Jepun hidup subur bersama pokok-pokok tropika Malaysia.









GELAGAT kumpulan ikan koi yang jinak begitu mencuit hati.









ELEMEN jambatan menjadi pelengkap landskap tipikal Jepun.









TAMAN Jepun dihubung secara langsung dengan taman botani.





KALAU merencana detik percutian hujung minggu ke Bukit Tinggi
Resort, Pahang dan inginkan persinggahan yang tenang dan mendamaikan,
inilah tempatnya. Taman yang direalisasi daripada ilham arkitek Jepun,
Kaio Ariizumi, ini sememangnya hadiah istimewa buat mereka yang
mencintai kehijauan hutan tropika tanah tinggi.


Dalam suhu dingin dan kesegaran bekalan oksigen daripada pokok-pokok
hutan semula jadi, Ariizumi dan kumpulan pereka landskapnya berjaya
menghidupkan penataan seni yang membangkitkan rasa damai di kalangan
pengunjung.


Tidak banyak berbeza daripada elemen rias taman Negara Matahari
Terbit, Japanese Village ini menyambut pengunjung dengan pintu gerbang
chumon dan laluan denai yang kemas. Seni dan falsafah Jepun banyak
melatari persekitaran taman, baik pada pemilihan bangku rehat, jenis
tanaman hiasan hinggalah kepada reka bentuk keseluruhannya.


Perasaan dilayangkan seketika ke dalam adegan drama-drama Jepun
apabila melewati deretan rumpun buluh tinggi dan juga pokok-pokok renek
dan ara bonsai. Dalam pada menghargai perkampungan tersembunyi ini
dengan mata, deria pendengaran juga pasti terpaut pada irama yang satu
ini.


Aliran air di sungai dan riak bunyi air terjun yang menghempas ke
bongkah-bongkah batu berlumut nyata menjadi tarikan istimewa!
Disempurnakan pula dengan pembinaan kolam ikan yang menghimpunkan
spesies koi dalam warna-warna garang.


Si comel bersisik kuning, merah, emas, dan perak itu tidak malu-malu
untuk meminta makanan setiap kali ternampak kelibat manusia. Dalam leka
menabur palet makanan yang dijual pada harga serendah RM5 sebungkus,
takungan kolam indah dan anak sungai cetek itu seterusnya membawa
pengunjung ke pusat tumpuan taman.


Apa yang dimaksudkan adalah sebuah binaan pondok teh yang turut
bertindak sebagai pusat maklumat. Bagi yang tidak pernah sampai ke
Jepun, inilah masanya untuk mempelajari adat bertandang ke kediaman
yang bertikar tatami dan berpintu gelangsar kertas.


Sama ada mengikuti ritual tradisi meminum teh panas atau mendekati
pembuatan kraf tangan negara itu, pondok tersebut memang tidak putus
menerima kunjungan sepanjang waktu operasi.


Melalui risalah yang disediakan, sebuah taman Jepun perlu memiliki
elemen penting seperti pulau, jambatan, pelita batu dan juga sebuah
pondok teh atau pavilion. Jika elemen-elemen itu tidak dapat direka
secara fizikal, ia boleh dibuat secara perlambangan.


Walaupun sudah puas berjalan dan mengenal spesies tumbuh-tumbuhan
yang dilabel khas, adalah terlalu awal untuk mengucapkan sayonara. Apa
kata anda kunjungi dahulu restoran Ryo Zan Tei yang menghubungkan taman
itu dengan laluan ke Taman Botani.


Bagi yang mahu merasai tradisi kehidupan Jepun secara lebih intim,
jangan lupa untuk merasai perkhidmatan belaian tubuh dan penginapan
eksklusif di Tatami Spa dan Ume Tatami Suite yang terletak berdekatan.




PELBAGAI jenis teh dan hidangan Jepun disajikan di Restoran Ryo Zan Tei.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...