Lanang dek oi lanang,
lanang waktu malam,
apa nak di kenang,
dah surat alam.
Lanang dek oi lanang,
lanang ramai-ramai...
belumpun bertunang,
sudah putus ditengah jalan,
hai nasib ku malang,
badan gemuk dah tinggal tulang!
Waduh....sedangku mengatur strategi seterusnya, rumahku dijengok adikku yang seorang lagi dengan isteri dan anaknya. Mereka datang atas urusan keluarga dan menyampaikan berita baik untukku.
Kalau aku setuju ikut mereka pulang ke Pahang sekali lagi tapi bukan di tanah rancangan tetapi ke pekan di pedalaman Darul yang Makmur itu juga. Amboi! Fikirku. Ramai juga calon disebelah sana ya? Kebetulan keesokan harinya public holiday apa aku tak ingat tapi aku tak payah pergi kerja. Jadi akupun bersetuju gilerz hendak ikut mereka ke sana.
Sebelum apa2 aku tanya dulu siapa calonnya? Ustazah lagikah atau siapa?
Ooooo kata adikku. Ini pompuan bukan sembarangan pompuan. OK lah tu tapi siapa dia? Oooooo nanti sampai di sana abang akan tahu. Aku mesti mendapat kepastian kerana aku tidak mahu mengenakan tersalah langkah lagi. OOOOOOO (capital 'O" pulak kali ini!) , pakailah apaun, kata adik ipar ku pula. asalkan jangan telanjang!
Adik iparku ni outspoken sikit orangnya. Lebih kurang sedikit atas dari Fauziah Mat Daud laser mulutnya. Tapi hatinya baik. Suka menyibuk hal orang. Tambah2 lagi soal mencari jodoh. Dulu dialah yang cadangkan aku kahwin saja dengan ibu tiriku! Bayangkan? Kalau kalian yang mendengarnya, kalianpun tidak akan percaya dia akan mengeluarkan cadangan sedemikian. Ambil ibu tiriku ganti isteri?
Ibu tiriku termasuk kategori orang yang lawa. Ermmmm lawa untuk lelaki. Cantik jugalah dipandang mata. Badanpun sedap-sedap sahaja lebihkurang sama bentuknya dengan aruah. Not too big, not too small, jauh sekali petite! Just nice. Size M juga.
Dia menjadi janda semula selepas ayahku meninggal selang beberapa bulan selepas isteriku . ayah meninggal pada umur 80 tahun tanpa apa2 penyakitpun. Ibu tiriku pula dua tahun lebih muda dari umurku.Isy....apalah punya cadangan....dalam aku menolak cadangan itu terbayang juga kejelitaan paras ibu tiriku itu....hark! hark! hark! apa punya menantu tiri? Namun ku katakan pada diriku, paras rupa bukan menjadi ukuran. Tidak termasuk dalam spesifikasi pencarian. But then again....berapa lama boleh ku pejamkan mataku pada hakikat sebenarnya bahawa apa yang aku cari mestilah ada dalam satu package.
OK habis tang tu. Aku pakai jeans sepasang itu lagi lah. Dan ku tambahkan lagi dengan kasut but berjenama unta. Camel ke Kamel ke, dalam bahasa orang putih.
Dan topi koboii! Ahaks! Perasan nak mampus! Woww....adikku menunjukkan ibu jarinya isyarat "hebat". Adik iparku gelak sakan. Kenapa? Calon abang bukan gembala lembu bang...! katanya ketika masuk ke dalam kereta.
Dah OK kah kereta nih? Tukar enjin recon laa...oooo patutlah laju. Kami ke sana ikut Negeri Sembilan sebab adikku hendak singgah ke rumah iparnya di sebuah tanah rancangan. Aik? Jangan-jangan setempat adik sepupuku dulu. Iyalah. Kat situ juga.
Calonnya dari sana jugakah? Tidaak.....yang ini orang pekan bang. Moden. Up-to-date. Erm.....jangan pulak dia sangka oranga di tanah rancangan tak up-do-date. Kalau ada ASTRO, penonton di pendalaman rimbapun tahu warna rambut dan pakai kontek lens berkilau2an.
Kami singgah sebentar di rumah saudara adik iparku di tanah rancangan itu. Apabila aku diperkenalkan kepada tuanrumahnya, aku disangkanya adik kepada adik aku! Barangkali juga pakaian yang ku kenakan membuat aku terperasan yang aku kelihatan masih belia lagi. Bila aku amat2i betul2 baru aku tahu, ruang tamu rumahnya tidak cukup cahaya sebab sudah menghampiri senja dan tuanrumah barangkali hendak menjimatkan penggunaan elektrik!
Habis disitu aku mengajak adikku dan isteri serta anaknya singgah ke rumah adik sepupuku. Tahukah rumahnya, tanya adik. Mereka tahu aku sudah ke sana tapi mereka tak tahu apa yang telah aku lalui di sana sebelum itu.
Seronok bukan main adik sepupu dan suaminya menyambu kami. Tambahan pula dia pun lama tak berjumpa dengan adik aku. Psstt....dolu-dolu, adalah rancangan nak nikahkah adik lelaki aku itu dengan adik sepupu aku itu..... Nasib baik adik iparku tak ikut sama. Patutlah waktu aku cadangkan singgah ke rumah adik sepupu aku , dia tidak mahu ikut. Hendak ditinggalkan menunggu di rumah saudaranya. Malah marah pula kenapa kalut sangat hendak ke sana. Dia tak tahu bahawa dirumah adik sepupuku itu ada sekuntum bunga yang sedang berkembang mekar...segar...dan bugarrrr!
"Si A tak balik sekolah lagikah?" aku tanya suami adik iparku.
"Dia tak sekolah lagi. Sedang mencari kerja." jawabnya.
Adik aku minta diri hendak ke tandas. Tentulah di dapor. Oooo adik sepupuku pula sedang menyediakan minuman di dapor. Amboi. Mentang2lah "nyonya" dia tak ikut bersama! Satu perut adik dengan abang. Alak-alak-atai! (bahasa bebudak "galak-galak-gatallll!).
"Ooooo sedang mencari kerja?"
"ABANg ada sapa2 yang kenal boleh rekomen dia kerja.? dia tanya penuh harapan.
"Di KL tu? Ramai..." balasku seronok bukan main ! "Mahukah dia tinggalkan hampa ikut abang pi KL?"..
"Nanti saya tanya dia. Kalau dia mahu...nak duduk dimana?"
"Eh...sudah gaharu cendana pula. Tentulah duduk dengan abang dan anak-anak abang?"
"Eh...sudah gaharu cendana pula. Tentulah duduk dengan abang dan anak-anak abang?"
"Muatkaah tambah sorang lagi?"
"Eh..rumah abang besar. Dua tingkat. Tiga bilik tidor + 2 bilik air di tingkat atas, dan satu bilik tidor dan satu bilik air di bawah. Lebih dari luuaassss ah!" . Aku memberi keyakinan.
"Eh..rumah abang besar. Dua tingkat. Tiga bilik tidor + 2 bilik air di tingkat atas, dan satu bilik tidor dan satu bilik air di bawah. Lebih dari luuaassss ah!" . Aku memberi keyakinan.
Aduhhh....kalaulah dia mahu kerja di KL dan tinggal se rumah denganku.
Tapi...she too young for me. aM i TOO old for her? Hm, no time to fikir now. Tunggu nanti bila dia dah ada dihadapan mata di bawah perlindungan ku di rumahku, baru fikir semula. Aih, lamanya adik sepupuku didapor buat air. Oooo barangkali sedang goreng cok kodok ke apa. Aik? Lamanya adik aku ke tandas. Ooooo barangkali sembelit agaknya.
"Ah...itupun si- A, dah balik"...kata suami adik iparku tiba-tiba. Nak panggil apa ye suami kepada adik ipar kita? Biras? Ah bolehlah sepupu biras agaknya.
"Assalamaualaikum. " bunga sedang mekar itu memberi salam. Sama seperti AR Tompel dari filem KELUARGA 69 galaknya waktu ternampak NORA mencuci pakaian di tepi sungai...macam itulah perasaan aku apabila terpandang untuk kedua kalinya paras gadis yang jelita itu.
(BERSAMBUNG)