Jumaat, 13 Mac 2009

Santai Lirik: Tercipta Untukku - Ungu

Mula-mula dengar lagu ni, wah! bagus bangat liriknya. Terus terang aku cakap, lirik yang sangat puitis dan makna yang terlalu mendalam. Bukan niat nak kondem lagu Malaysia. Tetapi, tu lah. Ada satu kelainan dalam muzik Indonesia. Sound dan attitude yang sangat berbeza. Jarang terdapat dalam lagu melayu / Malaysia. Sekarang ini, lagu Jepun dah mula mendapat perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum. Sound dan genre yang berbeza menampakkan kematangan dalam industri muzik mereka.
Malaysia juga ada, tetapi satu sikap yang aku dapat rasakan ialah suka meniru. Tak percaya? Cuba dengar kumpulan Hujan dan Pesawat. Boleh ke kita buat perbezaan? Tapi, Pesawat tu band dari mana ye? Wahwahwah!!!

Tercipta Untukku - Ungu
Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya citra terindah
Bila kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu
Kuungkapkan kepada dirimu...

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku

Pasti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..

Download : Tercipta Untukku.mp3

Santai Pic: Batik Tulis

Kimono style design. Dilukis oleh Saudara Md. Noor.

Kerawang - Gabungan canting dan berus bagi menghasilkan tapak lilin sebelum diadaptasi dengan kepelbagaian warna.
Sama juga dengan yang ini. Hasil gabungan abstrak, kerawang dan bunga-bungaan.
Kerawang, bunga ros sebagai asas kepada design sebelum ditambah dengan beberapa jenis lakaran
Gabungan abstrak dan bunga.

Gabungan teknik lakaran kimono, abstrak, kerawang dan bunga.
Gabungan bunga dan kerawang disamping kesesuaian warna bagi menaikkan lagi imej.

Bunga sakura, bonsai dan beberapa elemen penting dalam penghasilan design kimono diterapkan dalam penghasilan batik ini.
Percaya atau tidak, inilah beberapa design yang pernah dihasilkan oleh pekerja-pekerja pelukis batik tulis PERDA. Memang meletup ketika itu. Dan yang paling menarik, unbeatable design.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...