Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Khamis, 17 Julai 2008
Daily Journal : Gloomy Day
Dah beberapa hari aku tak dapat nak update blog aku neh. Semuanya gara-gara PC aku yang merajuk lagi. Puas dah aku pujuk. Tapi tak menjadi jugak. Terus aku kena gi kedai wat survey untuk kos baik pulih. Rata-rata menyatakan pc aku ni dijangkiti virus. Tetapi sebenarnya tidak. Semuanya berpuncar daripada CDR-W yang lama tak berfungsi, lepas aku bersihkan dalaman cpu tu, pasang balik cable cdr-w, terus buat hal. Ada yang kata disebabkan motherboard, ada pulak yang bagitau power supply. Unsure answers. Last sekali aku gi PC Depot. Dapat le CPU yang menggunakan processor AMD berharga RM700. Aku tak ada pilihan. Mau tak mau aku kena amik gak. Bagi aku, pc tu dah macam satu kemestian. Kalau tak ada PC, jangan cakap la. Mau runsing gak aku neh. Tapi aku dah jadi serba salah. Banyak sangat komitmen yang nak kena buat. Kadang-kadang sampai terlupa yang diri tu tak mampu. Tapi nak gagah, berjuang gak. Untuk mencapai cita-cita. Kadang-kadang aku sampai malas nak fikir banyak-banyak. Sakit kepala beb! Tapi sekarang ni kurang le sikit. Sejak jadi ahli HPA ni, banyak produk herba kesihatan yang dipasarkan, sedikit sebanyak ada juga yang berkesan untuk aku. Alhamdulillah. Tapi, biasalah la. Produk tu kadang-kadang mahal. Ikut kemampuan la. Bulan ni, bulan depan then puasa pula menjelma. Fiscal calendar aku tak dapat lagi untuk August-November. Paling tidak senang aku nak puat persiapan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dari sekecil-kecil persediaan hingga yang lebih serius. Semuanya untuk merealisasikan harapan sekeliling. Semalam, lepas solat isya', sempat aku membelek muka aku ni. Hmmp! dah berkedut rupanya. Maknanya umur pun dah semakin menuju senja. Walaupun pada umur aku ini dalam kategori Zohor, tapi tak siapa yang akan sangka bahawa esok atau lusa dah senja. Ataupun terus melabuh tirainya. Aku realize, masa bermain dah lama ku tinggalkan. Sekarang ni adalah masa yang paling serius dalam kehidupan. Perancangan perlu lebih teliti dalam menentukan hala tuju penghidupan. Percaya atau tidak, aku tak sempat menikmati zaman "enjoy". Lepas sekolah aku terus menjejak kaki ke dunia yang penuh cabaran. Dunia pekerjaan. Sampai sekarang. Komitmen aku terlalu kuat untuk menjadikan diri aku ini jauh di hadapan. Tetapi hampir beberapa kali tersilap langkah. Akhirnya, aku jauh ketinggalan. Aku terlalu mengikut perasaan. Aku memberontak sendirian. Aku protes kehidupan.
Labels:
nil,
not available
Langgan:
Catatan (Atom)