Khamis, 24 Julai 2008

Daily Journal : Zaman Dah Berubah, Dunia Dah Maju..

Kalau korang tengok iklan Berita Harian yang baru, itulah ayat yang semakin menjadi sebutan ramai. "Zaman dah berubah, dunia dah maju". Aksi drift yang datangnya dari Jepun sangat menjadi kegilaan remaja Malaysia malah seluruh dunia. Hingga ke Zimbabwe. Zimbabwe? Fuh... Layan la vid clip tu. Pasti menarik. Betapa malaysia belum ada lagi aksi rempit sedemikian.

Jumaat, 18 Julai 2008

Video : Sick Manager

Begini agaknya akan terjadi apabila Boss tidak lagi menjadi orang yang dihormati. Mungkin sebab sikap atau ada perkara yang membuatkan staff menjadi meluat dan benci. Mungkin juga boss ini dah over discipline. Siapa tahu. Tapi kat opis aku pun sama. Bila boss tak ada, memang inilah jadinya. Huhu

Technology : Apple iPhone

1st time vid clip ni, aku memang teruja abesh. Apa tidaknya, Apple iPhone ni memang menjadi salah satu daripada idaman aku. Tapi kos untuk mendapatkannya sangat tinggi. Dan lagi pula, Kat Malaysia memang tak ada. So kena import. Masa aku gi support DELL project kat YCH dulu, salah seorang daripada staff CEVA ada guna iPhone ni. Fuh!! memang ambil peluang test la. Tapi dia pun macam keberatan nak bagi. Ye la hp mahal. Saje je, nak test power. Best giler. Dia bagitau kat aku, phone tu dia beli dengan harga RM2000++, and paling tak best bila nak kena order online dari overseas. Mak aiih!! Anyway, just enjoy the show.

Khamis, 17 Julai 2008

Daily Journal : Gloomy Day

Dah beberapa hari aku tak dapat nak update blog aku neh. Semuanya gara-gara PC aku yang merajuk lagi. Puas dah aku pujuk. Tapi tak menjadi jugak. Terus aku kena gi kedai wat survey untuk kos baik pulih. Rata-rata menyatakan pc aku ni dijangkiti virus. Tetapi sebenarnya tidak. Semuanya berpuncar daripada CDR-W yang lama tak berfungsi, lepas aku bersihkan dalaman cpu tu, pasang balik cable cdr-w, terus buat hal. Ada yang kata disebabkan motherboard, ada pulak yang bagitau power supply. Unsure answers. Last sekali aku gi PC Depot. Dapat le CPU yang menggunakan processor AMD berharga RM700. Aku tak ada pilihan. Mau tak mau aku kena amik gak. Bagi aku, pc tu dah macam satu kemestian. Kalau tak ada PC, jangan cakap la. Mau runsing gak aku neh. Tapi aku dah jadi serba salah. Banyak sangat komitmen yang nak kena buat. Kadang-kadang sampai terlupa yang diri tu tak mampu. Tapi nak gagah, berjuang gak. Untuk mencapai cita-cita. Kadang-kadang aku sampai malas nak fikir banyak-banyak. Sakit kepala beb! Tapi sekarang ni kurang le sikit. Sejak jadi ahli HPA ni, banyak produk herba kesihatan yang dipasarkan, sedikit sebanyak ada juga yang berkesan untuk aku. Alhamdulillah. Tapi, biasalah la. Produk tu kadang-kadang mahal. Ikut kemampuan la. Bulan ni, bulan depan then puasa pula menjelma. Fiscal calendar aku tak dapat lagi untuk August-November. Paling tidak senang aku nak puat persiapan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dari sekecil-kecil persediaan hingga yang lebih serius. Semuanya untuk merealisasikan harapan sekeliling. Semalam, lepas solat isya', sempat aku membelek muka aku ni. Hmmp! dah berkedut rupanya. Maknanya umur pun dah semakin menuju senja. Walaupun pada umur aku ini dalam kategori Zohor, tapi tak siapa yang akan sangka bahawa esok atau lusa dah senja. Ataupun terus melabuh tirainya. Aku realize, masa bermain dah lama ku tinggalkan. Sekarang ni adalah masa yang paling serius dalam kehidupan. Perancangan perlu lebih teliti dalam menentukan hala tuju penghidupan. Percaya atau tidak, aku tak sempat menikmati zaman "enjoy". Lepas sekolah aku terus menjejak kaki ke dunia yang penuh cabaran. Dunia pekerjaan. Sampai sekarang. Komitmen aku terlalu kuat untuk menjadikan diri aku ini jauh di hadapan. Tetapi hampir beberapa kali tersilap langkah. Akhirnya, aku jauh ketinggalan. Aku terlalu mengikut perasaan. Aku memberontak sendirian. Aku protes kehidupan.

Khamis, 10 Julai 2008

Magic : Bridge Dissapear.



Quite a long ago. But there's something to share. How they learn and how they make it dissapear. Don't ask me. Coz i don't know anything. Just take a look and enjoy!!

Story Of Life : Tulang Rusuk Ku! Husband And Wife



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Rabu, 9 Julai 2008

Skills : Bowling Champion



How he do that? Man, that was a very impossible move that he can pass it. What a great skills. If i've time, i'll try to learn the move. Lucky or skills? Of course it's skills.

Interesting : Pizza Maker



First time tengok vid clip tu, alahai. Kalaulah mamat ni dok stay kat Malaysia. Pastinya dia ni kira expert dalam pembuatan Roti Canai. Mau gigit jari mamak-mamak roti canai dan mereka yang membuat roti canai. Kalau ada contest buat Roti Canai, alamat jauh ketinggalan le kita agaknya.

Tengok skills sudah la. Melayang-layan je dia tebar tepung tuh. Kita baru nak buat skills roti terbang, mamatni dah buat skills tepung UFO. Pergh!

Selasa, 8 Julai 2008

Politic : Bila YB Mula Beremosional - When MP Start Emotional



Don't know why, suddenly feel like to upload this story. Good or bad? So, what i'm tryin` to say in here is, i'm so ashamed as a malay. Why? Why malay has to fight against malay? Even though on the front page of newspaper lately all stories about what is happening today in Malaysia Politic Environment.

Pin point between each other and the worst thing is defamation. Then, how Malay want to go further? This should not be happen. Politiking only on politic stage. But united must be first. Apart in malay race is so serious. Started with two politic parties now became three. Advantage belongs to whom?

Untill when we'll developed? No aint of us one heart to fight for right to ensure that Malay in the top. Others tried to take advantage in empower struggled now hots. Politicking not supposed to be a border in malay community united. Malay should woke up to defense Malay rights, law and prestigious of Malay. Not me"LAYU".

We're far away in academic, economic and now we also far away in solidarity. My Malays, my friends. Come on, let's open wide your eyes, seek around you. Open up your mind widely, look around you. Who we're in the eyes of the world? We're so proud to shout "Melayu Boleh". We're in front in illegal street racer, we're so glamorous to became a 3gp porno stars and we're have a very furious technical in gardening daun ketum. This is not we should be. We must be like Irfan Khairi - Youngest Internet Millionaire, become a properties millionaire. Success in business and economic, financial planner. Now it's time to change. No time to sleep. Wake up, don't let Singapore out from Malaysia happen twice.

**Sorry for the language. I'm not so good en English**

Entah kenapa tetiba je aku rasa macam nak upload je citer ni. Patut ke tak patut? Cuma apa yang nak aku ketengahkan kat sini adalah betapa malunya aku sebagai seorang melayu. Apa tidaknya, mengapa harus ada pertelingkahan sesama melayu hanya disebabkan fahaman politik? Tak perlu lah laungkan perpaduan melayu, sedangkan sekarang ni kat muka depan akhbar-akhbar perdana pertelingkahan antara bekas TPM, bekas PM dan menteri semasa.

Saling tuduh menuduh dan paling menjijikkan ialah saling fitnah memfitnah. Macamana melayu nak maju? Sepatutnya ini tidak harus berlaku. Fahaman politik hanya dipentas politik. Tetapi perpaduan melayu harus diutamakan. Perpecahan melayu sangat ketara. Bermula dari dua fahaman politik sekarang ini dah menjadi tiga. Siapa yang untung?

Sampai bila kita nak maju? Dah la tak bersatu hati demi maruah perjuangan melayu. Sekarang ni pula ada masyarakat lain yang cuba mengambil kesempatan dalam pergelutan kuasa yang semakin panas. Fahaman politik tidak seharusnya dijadikan sempadan perpaduan masyarakat melayu. Sepatutnya melayu harus bangun dalam mempertahankan maruah dan undang-undang ketuanan melayu. Bukan me"LAYU".

Kita dah ketinggalan dalam akademik, kita dah ketinggalan dalam ekonomi dan sekarang kita juga semakin ketinggalan dalam perpaduan. Wahai bangsaku. Ayuh! bukalah mata mu luas-luas, lihat lah sekeling kamu, buka lah minda mu luas-luas tengok lah sekitar mu. Siapa kita di mata dunia? Kita bangga dengan slogan "Melayu boleh". Kita cukup terkenal dengan "Melayu boleh". Kita maju dalam menjadi pelumba haram jalanan, kita terkenal dalam keluaran 3gp lucah dan kita maju dalam penciptaan teknik terkini menanam daun ketum. Hanya beberapa orang saja yang menjadi terkenal dan menjadi jutawan Internet, menjadi jutawan Hartanah dan menjadi terkenal dalam bisness. Wahai melayu, berubahlah. Ambillah iktibar sebagaimana Singapore keluar dari Malaya (Tanah Melayu).



Ahad, 6 Julai 2008

What A Tired Day


Totally tired bro! How to deny it? It's been 24 hours already. But still not yet sleep. Even though felt so sleepy. Can't imagine and still can't think why this should happen. It's because of "Super Power" coffee or insomnia? I don't know.

Lately, too many bad things happen. Involved emotion, feeling and heart. Satisfied and dissatisfied. Some of it have to ignore it. Ruins all life. Up side down the situation.

**Bored**

P/S : Let's take a drink first. Drink Coffee Radix.

Jumaat, 4 Julai 2008

"Mai Secawan". HPA Kini Online


Kopi Radix, Cola Radix. Semua orang dah tau. Aku pun dah lama tau pasal produk ni. Memang selalu sangat la aku guna. Especially Kismis Minda. Kebetulan agaknya, ada le seorang buat promosi kat aku. Sebenarnya, aku bukan minat sangat semua tu. Nak buat promosi? Huhu..Jauh sekali. Lagipun, saje je nak semakkan blog aku ni.

Bila tengok balik testimoni tuh, memang le macam best sangat. Tapi, orang macam aku ni, kalau jadi ahli tu, just ahli saja la. Untuk kegunaan sendiri. Cuma yang best, aku boleh beli online. Tak payah nak susah-susah nak terkejar sana, terkejar sini. Lagipun, aku bukan tau sangat stokis yang terdekat. Mudah saja, asal senang nak order aku join la. Hehe.

Kalau ada sesapa yang nak tau lebih lanjut pasal HPA ni, sila le lawat kat sini:-
HPA Online.


Rabu, 2 Julai 2008

Kenapa aku kecewa?


Kenapa aku kecewa?
1. Aku tak dapat beli hand phone idaman, kerana ada orang lain yang lebih memerlukan duit. Lalu pinjam kat aku. So, aku tak kisah. Yang penting orang yang pinjam dapat atasi masalah yang kritikal berbanding aku. Apa la sangat hand phone tu. Lain kali boleh beli (sampai hari ni, masih lagi tak dapat nak beli). Alhamdulillah, si peminjam dapat atasi masalahnya dalam menyelesaikan bil air yang tertunggak hingga menyebabkan pihak PBAPP nak blok meter airnya.

2. Aku tak dapat nak beli motosikal baru gara-gara peguam pemaju dan peguam bank berhari-hari telefon aku suh gi sain kontrak pembelian rumah. Duit aku memang dah standby untuk buat downpayment motor. Tapi, memandangkan rumah lebih penting. So, aku lupakan dulu hasrat nak beli motor tuh. Sampai hari ini, masih lagi menunggu surat penukaran hak milik rumah.

3. Borang dah cantik, semua dah lengkap, bank pun dah call buat confirmation, last-last bank call lagi skali bagitau loan keta aku kantoi. Sebab nama blacklist. Sangkut hutang kad kredit. SIAL mana pulak buat pedajal aku nih!! Apa lah salah aku kat korang aaa? Bila aku buat baik, korang ambil kesempatan. Bila aku buat jahat. Tau pulak kata aku ni jahat. Selama ni pun, aku tak pernah lagi nak pedajal orang. Apatah lagi nak musnahkan masa depan orang lain. Kalau boleh, aku nak ambil semua risiko. Biar aku teruk, janji orang lain senang.

4. TV aku rosak, dalam perancangan boleh la aku beli TV lain, tengok bajet memang cukup. Dah, PAK LAH pulak gi announce petrol naik harga. Habis bajet lari. Sebulan terpaksa aku spent sebanyak RM150 untuk petrol saja. Tidak termasuk barang dapur, Touch 'n' Go, makan harian. Kira punya kira satu hari RM15/= (untuk seorang). Kalau seisi keluarga aku? RM30/= (secara kasar la). Mungkin lebih.

5. Dapat tawaran gi Warehouse Bukit Minyak, in-charge untuk DELL Project. Tapi, tak boleh pergi. Sebab khidmat aku diperlukan di WD. Nak tau apa jadi? Langsung tak dapat OT. Ada pun, sebab dah kritikal sangat. Bila nak minta tolong. Kalau tak, 3 hari off, off la aku. Kalau 4 hari off, off la aku. Makan angin. Cukup bulan, makan angin jugak. Dapat gaji, buat belanja petrol.

6. Kenapa aku kecewa? Kalau korang nak tahu, dari kecil sampai sekarang ni, apa saja yang aku hajati tak pernah tercapai. Aku tak pernah dapat. Dan aku tak pernah merasa. Dan, yang pasti aku tak kecewa dengan setiap apa yang tertulis untuk aku, kerana Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang berlaku pada setiap hamba-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...