Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Rabu, 25 Jun 2008
L - Last Note For Today . Sleep Note
Okay, sebelum aku masuk tido, sempena tajuk aku tuh. Last note for today. Kalau ada sesapa yang kenal ngan rupa aku, pernah nampak aku atau mungkin pada suatu masa dulu pernah mengenali aku tak kira dari mana, macamana. So, sekiranya masih lagi nak contact aku. Please do so. Aku sangat-sangat alu-alukan. Boleh e-mail aku di maeil04@gmail.com
Aku pernah kerja Sony Mechatronics, pernah join TASCO (Trans Asia Shipping), pernah join Mitsui-Soko (banyak abis masa kat Penang Port buat forwarder), pernah join PDC-YCH, juga pernah join Newtecho (ISNS), pernah join Exel Logistics (office dekat airport - kalau pernah tengok mungkin akan kenal aku), dan sekarang ni CEVA Logistics (dulu EGL Eagle Global). Aku lepak kat WD Media (PN1) in-house. Dulu dikenali dengan Komag (M) Sdn. Bhd. KM1. So, mungkin rupa aku ni ramai yang tak familiar. Ye lah. Tak glamor, tak handsome, macho apatah lagi. At least kalau ada bebudak sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Dua Butterworth yang kenal aku, Dapat la korang contact aku thru' e-mail yang tertera. Selamat Malam. Adios. Chow. Assalamualaikum.
Labels:
CEVA,
EGL Eagle.,
Exel,
Mitsui-Soko,
PDC-YCH,
Sony TASCO,
western digital
Love ur river and love ur prepaid credit.
Geli geleman, mual atau busuk? Itulah yang terpaksa kami lalui setiap hari. Actually, aku pernah hantar e-mail ke TV3 news. Tapi langsung tak ada feedback. So, aku pun malas nak setiap hari hantar e-mail ke sana ke sini. Puas bagitau AJK yang sepatutnya. Tapi, macam tu jugak. Tak ada tindakan susulan. Semuanya berlaku selepas PR mengambil alih Pulau Pinang. Nampak sangat YB-YB yang ada baik sebelum ini mahupun yang sedia ada, semuanya bukan bekerja untuk rakyat. Tapi bekerja untuk kepentingan sendiri. Apa tidaknya, jika betul bekerja untuk rakyat, pastinya dia tidak mengambil kira menang atau kalah. Tanggungjawab harus dilakukan.
Pernah satu ketika, Wan Azizah pun ada datang melawat, juga tak ada tindakan susulan. Memang patut pun aku tak pangkah sesapa. Biar UMNO, Biar PKR apatah lagi parti-parti lain. Hampeh. Manifesto itu, manifesto ini. Akhirnya apa yang rakyat dapat? Nothing. Hanya penderitaan. Patutnya, lebih prihatin la kepada masyarakat setempat yang memilih anda sebagai YB. Itupun kira masyarakat setempat dah buat gotong royong membersih sungai tersebut. Tapi, sampah entah dari mana datangnya, menjadikan sungai tersebut seperti tempat pembuangan sampah. Yang menarik, hari tu ada "backhoe" datang membersih sungai. Tapi hanya untuk kawasan penyokong UMNO dan Barisan saja. So, apa lagi nak aku cakap? Sudah terang lagi bersuluh. Wahai pemimpin-pemimpin yang menjadi wakil rakyat setempat, di mana laungan sebelum ini "jangan bekerja untuk saya, tetapi bekerja bersama saya". Mana laungan untuk membela rakyat?
"Tahniah, sim card anda telah memenangi check sebanyak RM20,000 dari penyertaan DiGi Contest. Sila hubungi DiGi Center di +6006281332427373. H. ABDUL MAJID." Bayangkan. Mau terkejut beruk. Then, aku buat call ke 016-221 1800 untuk kepastian. Dapat juga bercakap dengan customer service yang bernama Sha. So, conclusion. Memang sms palsu. Totally fake. wtf? Ada juga sms macam tu ye. Memang manusia ini sanggup buat apa saja untuk mendapatkan duit. Manusia hanya pentingkan duit. Dengan duit, sanggup bermusuh, adik beradik pun boleh bergaduh. Semuanya kerana duit.
Labels:
credit,
DiGi Center,
fake sms,
pollution.,
prepaid,
river
Langgan:
Catatan (Atom)