Rabu, 25 Jun 2008

Love ur river and love ur prepaid credit.


Geli geleman, mual atau busuk? Itulah yang terpaksa kami lalui setiap hari. Actually, aku pernah hantar e-mail ke TV3 news. Tapi langsung tak ada feedback. So, aku pun malas nak setiap hari hantar e-mail ke sana ke sini. Puas bagitau AJK yang sepatutnya. Tapi, macam tu jugak. Tak ada tindakan susulan. Semuanya berlaku selepas PR mengambil alih Pulau Pinang. Nampak sangat YB-YB yang ada baik sebelum ini mahupun yang sedia ada, semuanya bukan bekerja untuk rakyat. Tapi bekerja untuk kepentingan sendiri. Apa tidaknya, jika betul bekerja untuk rakyat, pastinya dia tidak mengambil kira menang atau kalah. Tanggungjawab harus dilakukan.
Pernah satu ketika, Wan Azizah pun ada datang melawat, juga tak ada tindakan susulan. Memang patut pun aku tak pangkah sesapa. Biar UMNO, Biar PKR apatah lagi parti-parti lain. Hampeh. Manifesto itu, manifesto ini. Akhirnya apa yang rakyat dapat? Nothing. Hanya penderitaan. Patutnya, lebih prihatin la kepada masyarakat setempat yang memilih anda sebagai YB. Itupun kira masyarakat setempat dah buat gotong royong membersih sungai tersebut. Tapi, sampah entah dari mana datangnya, menjadikan sungai tersebut seperti tempat pembuangan sampah. Yang menarik, hari tu ada "backhoe" datang membersih sungai. Tapi hanya untuk kawasan penyokong UMNO dan Barisan saja. So, apa lagi nak aku cakap? Sudah terang lagi bersuluh. Wahai pemimpin-pemimpin yang menjadi wakil rakyat setempat, di mana laungan sebelum ini "jangan bekerja untuk saya, tetapi bekerja bersama saya". Mana laungan untuk membela rakyat?

"Tahniah, sim card anda telah memenangi check sebanyak RM20,000 dari penyertaan DiGi Contest. Sila hubungi DiGi Center di +6006281332427373. H. ABDUL MAJID." Bayangkan. Mau terkejut beruk. Then, aku buat call ke 016-221 1800 untuk kepastian. Dapat juga bercakap dengan customer service yang bernama Sha. So, conclusion. Memang sms palsu. Totally fake. wtf? Ada juga sms macam tu ye. Memang manusia ini sanggup buat apa saja untuk mendapatkan duit. Manusia hanya pentingkan duit. Dengan duit, sanggup bermusuh, adik beradik pun boleh bergaduh. Semuanya kerana duit.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...