Nukilan : candypear_nk@yahoo.com untuk Relexjap
"Lalala… lalala…" Dia nampak gembira setelah seharian penat bekerja. Malam sudah menjangah ke dini hari. Sambil bernyanyi kecil dia melalui lorong sunyi itu untuk pulang ke rumahnya.
Tiba-tiba dia ternampak seorang pemuda terbaring di anak tangga menuju ke rumahnya. Lelaki itu nampak mencurigakan namun dia tetap memberanikan diri untuk melihat keadaan sebenar lelaki yang sedang memeluk beg pakaian itu.
Jerry menarik beg yang menutup muka lelaki itu. Mata pemuda itu pejam. Barangkali sudah tidak sedarkan diri lagi. Rambutnya yang serabai dan kusut telah menutup sebahagian daripada wajahnya. Pakaiannya hanya sehelai baju-T berlengan pendek. Tentu dia kesejukan dalam cuaca malam yang dingin ini. Jeans lusuhnya pula sudah koyak di bahagian lutut dan pehanya. Timbul rasa simpati di hati Jerry melihat keadaan pemuda tersebut.
"Hoi, bangunlah…" Jerry menggegar kaki pemuda itu untuk mengejutkannya dari tidur. Tempat begini memang tidak sesuai untuk bermimpi.
Tiada reaksi dari pemuda yang nampak
"Encik, bangun! Sini bukan tempat tidur!" Jerry berusaha lagi dan kali ini dia merapatkan wajahnya kepada pemuda tersebut.
Pemuda itu masih diam. Tidak memberikan sebarang reaksi. Jerry mengambil kesempatan itu untuk melihat dengan lebih jelas wajah pemuda itu. Rambut yang menutup wajahnya di selak ke tepi. Dari jarak yang sangat hampir itu Jerry dapat melihat wajah pemuda itu dengan jelas. Senyumannya terukir perlahan-lahan. Dia tertarik untuk melihat wajah yang agak menarik tetapi selekeh itu. Dia terus merenungnya selagi belum puas.
Tiba-tiba mata pemuda itu terbuka. Dia tergamam namun pandangannya belum berkalih dan pemuda itu juga sedang merenungnya. Mata mereka bertembung agak lama sehinggalah…
"Wargh…!" Akhirnya kedua-dua mereka menjerit kuat.
Jerry menolak tubuhnya ke belakang sehingga hampir terjatuh. Dia sangat terkejut apabila pemuda tersebut menjerit dengan tiba-tiba. Manakala pemuda
Dia macam seekor rusa yang tersesat di tengah Bandar. Bisik Jerry sendirian. Dia mengeluarkan sehelai tisu yang terselit di poket baju sejuknya untuk diberikan kepada pemuda tersebut. Walaupun itu tisu recycle (sudah digunakan pada tengahari tadi) tapi niatnya ikhlas hendak membantu.
"Nah…" Jerry menghulurkan tisu yang tidak berapa elok lagi rupa bentuknya itu kepada pemuda tersebut.
"Terima kasih." Ucap pemuda itu walaupun masih was-was untuk menerima tisu tersebut.
Jerry meninggalkan lelaki itu dan kembali melangkah untuk pulang ke rumahnya. Dia tidak mahu masuk campur dalam masalah pemuda itu. Satu tindakan yang salah jika tiba-tiba dia terpaksa membenarkan pemuda itu bermalam di rumahnya nanti. Huh, menyusahkan…
Sebaik sampai di rumahnya Jerry segera masuk dan mengunci pintu sebelum merebahkan diri di atas katil di biliknya. Dia tidak memikirkan untuk membersihkan diri. Dia sangat penat dan hanya mahu tidur di saat itu.
Sehinggalah ayam berkokok pada pagi itu barulah Jerry sedar dari lenanya. Dia menggeliat beberapa kali sebelum menguap lagi. Beberapa minit kemudian dia bangkit bangun dari katilnya. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan tubuhnya.
Hari ini bermula lagi rutinnya seperti hari-hari yang lalu. Setelah bersiap untuk ke tempat kerja dia segera menuju ke dapur. Mencapai apa saja yang boleh dimakan sebagai alas perut pagi ini.
"Wargh!!" Alangkah terkejutnya Jerry apabila melihat pemuda yang ditemuinya malam tadi sedang tidur di luar pintu rumahnya.
Jeritan Jerry tadi telah menyedarkan pemuda itu dari lenanya. Dia bangkit perlahan-lahan dan berdiri di hadapan Jerry.
"Apa kau buat di luar rumah aku ni hah?!" Soal Jerry sangat marah namun pemuda tersebut sebaliknya dengan tenang merenungnya.
"Aku lapar. Boleh beri aku sedikit makanan?" Pinta lelaki itu tanpa segan silu.
"Kau ni siapa hah? Pengemis ke?" Soal Jerry sinis.
"Bukanlah!" pemuda itu nampak bengang apabila digelar sebegitu oleh Jerry. "Aku sangat terdesak. Boleh kau beri aku sedikit makanan?"
"Err…" Jerry masih curiga. Adakah lelaki tersebut boleh dipercayai?
"Tolonglah… aku janji tak akan ganggu kau kalau kau sudi beri aku sedikit makanan."
Wajah mengharap pemuda tersebut membuatkan Jerry rasa simpati walaupun syakwasangkanya masih menebal.
"Maksudnya selagi aku tak kasi kau makanan, kau akan ganggu aku?"
Pemuda itu diam dan tertunduk tanpa sebarang penjelasan. Akhirnya Jerry kembali masuk ke dalam rumah dan mengambil bungkusan roti di atas meja dapurnya untuk diberikan kepada pemuda tadi.
"Nah, ini saja yang aku ada."
Pemuda itu tersenyum ceria sebelum mencapai bungkusan roti putih dari tangan Jerry. Dia segera melahap roti tersebut tanpa segan. Sudah dua hari dia tidak menjamah sebarang makanan sejak sampai di bandar ini. Oleh sebab itu walaupun hanya roti kosong tapi dia sangat berselera sekali. Hampir habis sebungkus roti tersebut ditelannya.
Jerry masih berdiri di sisi pemuda itu menyaksikannyanya meratah roti kosong. Dia rasa takjub melihat pemuda tersebut mampu menelan roti kosong tersebut hanya dalam masa beberapa minit. Dia sendiri tidak berselera hendak memakannya walaupun ada madu dan jem di dapurnya. Nampaknya dia benar-benar kelaparan…
"Uhuk, uhuk…" pemuda itu tertersedak. Dia menepuk-nepuk dadanya sambil tangannya memegang leher.
Tercekik? Jerry meneka saja tanpa ada niat hendak membantu.
Pemuda selekeh itu mengerling botol kaca yang berisi jus putih di tangan Jerry. Renungan itu mendatangkan kesan kepada Jerry… jangan kau kata nak susu aku ni. Aku tak akan berikannya!
Jerry mengetap bibir. Renungan pemuda itu berkalih ke wajahnya. Renungan berunsur simpati itu melemahkan hati Jerry. Akhirnya dengan berat hati dia menghulurkan susu segarnya.
"Kalau kau tak kisah minum sisa aku, ambillah."
Pemuda tersebut tidak berfikir panjang lantas terus mengambil susu segar yang telah tinggal separuh botol dari tangan Jerry. Dia meneguknya dengan rakus. Jerry pula hanya mampu menelan liur apabila pemuda tersebut sedang menghabiskan sarapan paginya.
"Ahh…" Pemuda tersebut berasa lega setelah dapat meneguk minuman.
"Terima kasih untuk sarapan pagi ni." Sambil menoleh kepada Jerry dia mengucapkan terima kasih dan tersenyum dengan gembira.
Jerry sangat geram namun dia serba salah apabila melihat senyuman ikhlas pemuda itu. Dia sekadar mengangguk dan membalas senyuman lelaki itu. Senyumannya meleret panjang apabila melihat mulut pemuda itu telah comot terkena sisa susu. Pemuda itu terpinga-pinga melihat Jerry yang terus tersenyum memandangnya. Apabila Jerry menuding jarinya ke arah mulut barulah dia sedar yang Jerry sedang mentertawakan mulutnya yang comot. Dia segera mengusap mulutnya dengan hujung baju-Tnya. Kemudian dia meraup mukanya sebelum menguak rambutnya yang menutupi wajah ke belakang. Waktu itu sekali lagi Jerry dapat melihat wajah penuh pemuda itu. Senyumannya mati. Kalau dia tak selekeh mungkin dia nampak lebih kacak dari sekarang. Katanya dalam hati.
Tiba-tiba Jerry dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Dia segera mengambil telefonnya.
"Alamak!" Baru dia sedar yang dia telah terlewat. Ini semua gara-gara pengemis tak guna ni. Aku dah lewat ke tempat kerja!
Tanpa menjawab panggilan daripada majikannya Jerry berlari pergi dari situ.
"Tunggu…" Pemuda tadi tidak sempat hendak bercakap. Jerry kelihatan begitu tergesa-gesa sampaikan
Petang itu Jerry kembali pulang ke teratak buruknya. Hatinya riang seperti selalu. Baginya adalah sesuatu yang menggembirakan apabila dapat menamatkan kerjanya dengan sempurna dan pulang ke rumah yang dianggap syurganya.
Alangkah terkejutnya Jerry apabila sesampainya dia di hadapan pintu rumahnya yang sedang terbuka luas. Apa yang telah berlaku? Adakah rumah aku telah dirompak? Oh, tidak! Dia segera masuk untuk memeriksa keadaan rumahnya.
"Selamat pulang."
Jerry tergamam apabila melihat seorang lelaki sedang duduk bersantai di hadapan tv sambil menikmati minum petang. Pemuda yang telah menyusahkannya pagi tadi itu nampak berbeza petang ini. Tidak lagi selekeh dan nampak macam pengemis. Rambutnya disikat rapi ke belakang. Tidak lagi serabai dan menyemakkan wajah. Pakaiannya juga sudah bertukar. Bukan lagi baju-T dan jeans lusuh yang sudah koyak di sana-sini lagi. Namun begitu ia tetap bukan sesuatu yang boleh meredakan kemarahan Jerry pada waktu itu.
"Macam mana kau boleh masuk ke dalam rumah aku?" Nada suara yang mendatar itu seakan sedang mengawal api amarahnya.
"Err… pagi tadi kau tinggalkan rumah tanpa menguncinya. Aku sakit perut nak ke tandas. Bila aku tengok pintu tidak berkunci aku pun tumpanglah bilik air di rumah kau ni… salah ke?" Jawabnya terketar-ketar apabila melihat Jerry sedang mempamer wajah bengisnya.
"Kau sedar tak yang kau dah menceroboh rumah aku. Aku boleh laporkan pada polis dan kau boleh dipenjarakan atas kesalahan kau ni." Jerry merenung tajam ke arah lelaki tersebut sambil melangkah setapak demi setapak menghampirinya.
"Maaflah, tapi aku aku tak ada tempat nak pergi. Tempat ni asing bagi aku. Tolonglah bagi aku menumpang di rumah kau untuk sementara waktu." Pemuda itu sudah tidak senang duduk apabila Jerry semakin menghampirinya.
"Aku peduli apa dengan masalah kau. Lebih baik kau berambus dari rumah aku sekarang atau kau nak bermalam di dalam lokap?" Jerry memerangkap lelaki asing itu dengan kedua-dua belah tangannya menapak di dinding di belakang pemuda tersebut.
Sekali lagi mata mereka bertembung dan saling menikam antara satu sama lain. Jerry jadi gugup apabila kilauan mata pemuda itu dirasakannya pelik. Dia cepat-cepat menarik tangannya dan berundur pada jarak yang selamat.
"Nama aku Ref." Ujar pemuda itu.
"Aku tak tanya nama kau pun. Yang aku nak sekarang, kau berambus dari sini." Balas Jerry geram.
"Aku datang dari
Tak guna punya pengemis! Memang tak faham bahasa. Menyesal aku buat baik dengan dia pagi tadi. Dahlah aku kena marah sebab lewat ke tempat kerja. Semuanya gara-gara dia. Sekarang dia dah buat rumah ni macam rumah dia pula. Sakitnya hati aku!
"Aku cuma nak cari ibu aku tapi malangnya wallet aku kena seluk masa aku berasak-asak naik train beberapa hari lalu. Aku dah tak ada apa-apa lagi. Semua duit, IC serta alamat kediaman ibu aku tu ada dalam wallet aku yang hilang tu." Cerita Ref
Oh, kesihannya dia. Tentu dia sangat susah hati sekarang. Aku tak patut marah dia. Dia perlukan bantuan tapi aku tak boleh benarkan dia tinggal di sini. Habislah kalau rahsia aku terbongkar nanti. Semuanya akan gagal kalau rahsia tu bocor.
"Kalau kau tak kisah, aku sanggup lakukan apa saja untuk kau sebagai bayaran aku menumpang di rumah buruk kau ni." Tambah Ref lagi dengan serius.
"Apa kau cakap? Rumah buruk aku?!" Jerry mula hendak naik angin lagi apabila dengan riak selamba Ref mengutuk teratak kediamannya itu.
"Bukan, bukan…" Ref segera menafikan maksud kata-katanya tadi. "Maksud aku rumah kecil kau ni."
Jerry mengetap bibir menahan marah. Ref terlalu jujur sehingga dia tidak sedar yang dia telah mengutuk kediaman Jerry. Jerry sangat geram. Hatinya yang mula bersimpati dengan nasib yang menimpa Ref tadi mula hendak berubah.
"Tapi walaupun kecil, aku yakin yang kau sukakan rumah ni
Wajah geram Jerry bertukar tenang kembali. Kata-kata Ref kali ini telah mengembalikan mood tenangnya semula. Ya, memang benar. Dia sukakan rumah ini. Kalau boleh dia mahu terus menetap di sini. Itupun jika tiada halangan daripada sesiapa.
"Berapa lama kau nak tinggal di sini?" Tiba-tiba Jerry berubah fikiran.
Ref mendongak memandang pemuda yang tidak pernah menanggalkan topi besbolnya sejak kali pertama mereka bersua itu.
"Err…" Ref tidak tahu dan masih terpinga-pinga mencari jawapan.
"Hei, aku tanya ni. Berapa lama kau nak menumpang di rumah buruk dan kecil aku ni?" Jerry mengulang semula soalannya.
"Err… kalau boleh sampai aku dapat jumpa dengan ibu aku."
"Berapa lama tu?"
"aku tak tahu."
Jerry mendengus kecil. Dalam diam dia bimbang akan rahsia yang disimpannya di dalam rumah ini. Nescaya dia tidak akan selamat jika rahsia itu bocor. Sia-sia saja apa yang telah dilakukannya beberapa bulan ini.
"Macam nilah… kau boleh tinggal di sini tapi…"
Wajah Ref serta merta berubah gembira. Dia hampir hendak merangkul Jerry namun Jerry lekas-lekas mengangkat tangan menghalang niat Ref itu.
"Terima kasih…" Ref terlupa yang dia masih tidak tahu nama pemuda itu. "Err, siapa nama kau?"
"Jerry." Jawab Jerry pendek.
"Terima kasih, Jerry. Kau memang seorang yang budiman." Ref sangat gembira kerana telah mendapat tempat perlindungan setelah berhari-hari dia menjadi seperti orang pelarian.
"Jangan gembira sangat. Aku belum habis cakap lagi." Jerry memberi amaran apabila Ref nampak terlalu gembira.
"Dengar sini, kau bukan tetamu di rumah ni. Kau mesti ikut arahan dan peraturan aku kalau kau nak tinggal di sini."
Senyuman di wajah Ref tadi sudah hilang apabila melihat keseriusan Jerry.
"Rumah ni cuma ada satu bilik. Jadi kau terpaksa tidur di ruang tamu."
"Tak boleh ke aku tidur sebilik dengan kau?"
"Tak boleh." Jawab Jerry lekas-lekas. Dia nampak cemas apabila Ref mengajukan cadangan untuk tidur bersama dalam satu bilik.
"Kau tak boleh masuk ke bilik aku. Itu adalah kawasan larangan kau." Tegas Jerry.
Ref mengangguk akur.
"Selain itu kau tak boleh berada di dalam rumah semasa aku keluar bekerja."
"Habis tu aku nak pergi mana waktu tu?"
"Kau
"Oh, ya… betul juga."
"Yang terakhir, aku tak nak tengok muka kau selepas dua hari. Aku tahu waktu tu kau dah dapat cari mak kau."
"Habis tu kalau aku gagal menemui ibu aku?"
"Itu bukan masalah aku. Aku bagi kau tumpang berteduh di sini pun dah cukup bagus tau. Kau jangan nak lebih-lebih.
Ref terdiam. Dia akur. Dia sedar yang dia hanya menumpang jadi dia menerima syarat Jerry tanpa banyak bicara lagi.
Jerry bangun dan beredar dari situ. Dia menuju ke biliknya. Sementara itu Ref masih lagi duduk di ruang tamu kecil itu sambil menghabiskan tegukan terakhir minumannya.
"Oh, ya… ada satu lagi." Tiba-tiba Jerry muncul semula dari dalam bilik. "Kau kata tadi kau akan lakukan apa saja untuk aku
"Er…"
"Kau tahu masak tak?"
Ref mengangguk perlahan-lahan.
"Bagus. Dalam peti sejuk tu ada daging dan sedikit sayuran. Kau masaklah apa-apapun. Yang penting aku tak keracunan makanan makan masakan kau tu nanti."
Ref tidak menjawab apa-apa. Dia seakan akur dengan arahan `tuan' barunya itu.
Sementara Ref sibuk di dapur Jerry mengambil kesempatan itu untuk menjalankan misi sulitnya. Dia keluar ke laman rumah. Pangkin kayu yang rapat di dinding rumahnya ditarik sehingga ke tembok simen. Kemudian Jerry berdiri di atas pangkin tersebut. Dia memandang ke satu arah. Tidak puas hanya melihat dengan mata kasar lalu dia mencapai pula teropong supaya apa yang diintipnya itu lebih jelas dilihat.
Jerry tidak sedar yang perbuatannya itu sedang diintip oleh Ref yang baru muncul dari dapur. Ref tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh Jerry. Sebenarnya dia hendak bertanya sesuatu kepada Jerry tapi memandangkan pemuda itu terlalu khusyuk dengan aktivitinya lalu dia mengubah fikiran. Lagipun sudah beberapa kali dia memanggil Jerry tapi pemuda itu seperti tidak mendengar panggilannya.
Waktu makan malam…
Jerry tidak terus menjamah sebaliknya dia merasa dahulu setiap masakan Ref. Ref asyik menunggu reaksi Jerry yang sedang merasa masakannya. Harap-harap dia tidak mengecewakan tuan rumah yang telah berbudi kepadanya itu.
"Erk…"
Ref nampak air muka Jerry yang berubah setelah makanan sampai di tekaknya. Ref tahu apa yang kurang dalam masakannya tapi…
"Kau tak taruk garam ke? Apasal semuanya tawar?" Komen Jerry.
"Erm… sebenarnya aku tak jumpa garam."
"Kenapa tak tanya aku?" Tanya Jerry yang sudah tawar hati hendak menjamah makanan.
"Err…" Ref serba salah hendak menjelaskan kedudukannya yang sebenar. Salah aku ke kalau aku panggil dia buat tak tahu je tadi?
Jerry bangkit menuju ke dapur untuk mengambil garam. Ref pula macam orang bodoh duduk sahaja menghadap hidangan. Tiba-tiba kedengaran suara Jerry bercakap sendirian di dapur. Tidak lama kemudian Jerry muncul semula sambil membawa garam. Dia meletakkan botol garamnya dan terus bercakap dengan telefon bimbitnya. Ref hanya memerhatikannya. Kemudian Jerry meninggalkan ruang itu dan berlari menuju ke luar rumah.
Dari dalam rumah Ref nampak Jerry terus berbual dengan pemanggil dari talian telefonnya sambil memandang sesuatu melalui teropongnya. Ref terus mengintainya. Dahinya berkerut-kerut. Entah apa yang sedang Jerry lakukan. Sejak dari petang tadi Jerry asyik berada di luar rumah itu dan memerhatikan sesuatu.
Melihat hidangan yang tidak ceria dan tawar itu membuatkan selera Ref putus. Dia meninggalkan hidangan yang tidak terjamah itu dan pergi menghampiri Jerry.
"Jerry…" Panggil Ref.
"What?" Jawab Jerry sambil sempat mengerling Ref di belakangnya.
"Kau buat apa?" Tanya Ref.
"Kenapa kau nak tahu?"
"Sebab aku tengok kau macam sedang mengintip sesuatu."
Jerry menurunkan Teropong yang melekap di matanya. Dia menoleh memandang Ref yang sedang duduk di atas pangkin.
"Kau jangan nak ambil tahu urusan aku. Aku sedang menyiasat sesuatu dan aku tak suka kau
"Huhh…" Tiba-tiba Ref mengeluh.
Keluhan itu menarik perhatian Jerry. Dia melihat Ref yang sedang mempamer wajah murungnya. Akhirnya Jerry mengambil keputusan untuk duduk di sebelah Ref.
"Kau mengeluh?"
"Bukan… sebenarnya aku kesunyian. Hidup sebatang kara memang membosankan.
"Apa maksud kau?"
"Aku tak ada keluarga. Aku tak ada kawan."
"Mak kau tu bukan keluarga ke?"
"Ya, tapi kami dah lama terpisah… erm, boleh tak kita berkawan?"
"Kau nak berkawan dengan aku?"
Ref mengangguk.
"Aku tak kisah tapi aku tak jaminlah kalau kau tak tahan dengan perangai aku nanti."
"Jadi maknanya kita boleh berkawan?" Ref tersenyum ceria.
Jerry tidak tahu kenapa itu jawapan yang dia berikan kepada Ref. Sebenarnya dia mahu menghalau si pengacau itu dari rumahnya tapi apabila melihat wajah naïf Ref menyebabkan hatinya melarang tindakan tersebut. Ref mungkin bukan orang jahat seperti yang dicurigainya sebelum ini. Dia berharap Ref orang jujur. Mungkin mereka boleh memulakan sebuah perhubungan yang lebih akrab. Jerry menghulurkan tangannya kepada Ref namun Ref yang terpinga-pinga itu tidak menyambut huluran tangannya. Jerry bertindak menarik bahu Ref dan memeluknya dari tepi.
Ref merenung tepat ke wajah Jerry. Dalam cahaya lampu
"Kalaulah aku dapat memilikinya, akan aku dakap dia ke dalam pelukanku sambil melafazkan `aku cinta padamu'…" Ref berkhayal dan imaginasinya itu sudah melampaui batas.
"Auw!" Sehinggalah Jerry mencubit bahunya barulah lamunan Ref mati. Dia nanar. Seakan baru dibangunkan dari mimpi. Dia terasa tangan Jerry masih berada di bahunya. Terfikirkan semula khayalannya tadi Ref cepat-cepat menolak tangan Jerry. Dia segera bangkit dan menjauhi Jerry.
"Kenapa dengan kau ni?" Soal Jerry hairan. Dia melihat wajah Ref yang seperti baru ternampak hantu.
Ref berpaling membelakangi Jerry. Apa yang aku fikirkan tadi? Teruknya. Aku tak boleh anggap Jerry macam tulah. Tak boleh! Dilarang sama sekali!
"Woi, Ref… kau okey ke?" Tanya Jerry.
"Yup… eh, jom kita masuk makan. Lauk dah sejuk tu." Ajak Ref demi untuk tidak memanjangkan kekeliruan jiwanya.
"Makan lauk tawar kau tu? Tak nak lah." Tolak Jerry.
"Eh, aku dah modify lauk tulah. Dah taruk garam." Balas Ref walaupun sebenarnya dia belum meletakkan garam ke dalam hidangannya. Dia segera bergegas masuk ke dalam rumah berharap Jerry juga akan mengekorinya.
"Emm… boleh tahan juga sebenarnya kau masak." Puji Jerry.
"Yeke?" Ref seakan tidak percaya.
"Okeylah kalau lelaki yang masak. Aku tak boleh komen banyak sebab aku tahu kau bukannya tukang masak." Balas Jerry sambil terus menyuap makanan.
Ref tersenyum gembira melihat Jerry makan dengan puas hati. Dia belum menjamah makanannya sebaliknya terus memerhatikan Jerry yang sedang menyuap makanan. Melihat Jerry begitu berselera sahaja sudah cukup membuatkan perutnya ikut kenyang.
Comelnya dia makan. Kalaulah dia ni perempuan
"Cantiknya…" Tiba-tiba terpacul perkataan itu dari mulut Ref.
"Apa kau cakap?" Soal Jerry yang terdengar perkataan yang disebut oleh Ref itu.
"Hah? Err… tak ada apa-apa." Ref menggelabah. Lekas-lekas dia menyudu makanan di pinggannya dan menyuapkan ke dalam mulut.
"Eh, tadi aku dengar kau cakap sesuatulah." Jerry tidak puas hati.
"Mana ada." Ref menafikannya. Dia terus menyuap lagi makanannya sebelum sempat makanan di mulutnya habis dikunyah dan ditelan.
"Tapi tadi aku dengar kau cakap `cantik'."
"Uhuk, uhuk…" Serta merta Ref terbatuk. Makanan di mulutnya tersembur keluar. Ayat terakhir Jerry hampir merosakkan saluran di tekaknya. Bagai ada batu yang menyekat laluan makanannya untuk masuk ke dalam perut.
"Ref!" Jerry yang melihat situasi Ref dengan segera menuang air ke dalam gelas. Dia mendekati Ref. Belakang Ref ditepuk-tepuk perlahan sambil menyuakan air tadi ke mulut Ref.
Tatkala itu sekali lagi mata Ref bertembung dengan wajah Jerry. Dunia bagaikan terhenti seketika. Wajah lembut Jerry ditatapnya. Tiba-tiba satu perasaan yang pelik muncul. Dia tidak tahu apa tapi yang pasti seolah-olah ada bunga-bunga sedang bertaburan di sekeliling Jerry. Cantiknya bunga…
"Woi, Ref! kau okey tak ni?"
Panggilan itu mengejutkan Ref dari mimpinya. Dia panik lalu bangun dari duduknya dan menjauhi Jerry. Dia bergegas masuk ke dapur. Dia berdiri di hadapan sinki untuk menenangkan diri.
"Bertenang… bertenang… ini pasti satu kesilapan. Jerry seorang lelaki dan tak mungkin aku sukakan dia. Walaupun telah beberapa kali menolak cinta perempuan tapi itu bukan bermakna aku seorang gay… tapi kenapa hati aku berdebar-debar setiap kali terpandang wajahnya? Aahhh…!! Aku bukan gay! Aku lelaki sejatilah!" Ref tidak mampu meluahkan kata-kata itu. Dia cuma meronta-ronta di dalam hati menafikan kemungkinan tersebut.
Sebentar kemudian dia kembali duduk di ruang makan bersama dengan Jerry. Dia tunduk demi mengelak terpandang wajah Jerry. Dia berharap Jerry tidak merenungnya ketika ini. Dia mencapai gelas airnya tadi kemudian meneguknya. Semasa dia sedang meneguk air itu sekali lagi dia terpandang ke arah Jerry. Matanya terbuntang. Kali ini Jerry sudah menanggalkan topinya. Mata Ref tidak dapat dilarikan. Dia terus merenung Jerry lagi sehingga air minuman yang masuk ke dalam mulutnya gagal untuk sampai ke kerongkong dan melimpah keluar dari mulut. Ref hampir gila. Dia tergamam melihat wajah Jerry yang lebih kacak… err, mungkin juga lebih cantik daripada jangkaannya.
"Ref…!" Jerry pantas mengambil kain lap dan mengusap air yang meleleh keluar dari mulut Ref.
"Kau ni kenapa? Macam orang bodoh je. Minum pun boleh tumpah-tumpah macam budak kecil." Rungut Jerry sambil mengambil tangan Ref untuk memegang sendiri kain lap tadi.
"Sorry, Jerry." Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Ref.
Malam itu selepas makan Jerry telah keluar ke suatu tempat. Ref tidak berani hendak mengambil tahu kemana Jerry pergi. Sudah cukup bagus Jerry tidak menyuruhnya turut keluar meninggalkan rumah seperti syaratnya tadi.
Dalam gelap malam, di atas lapik tidur yang nipis itu fikiran Ref masih bekerja untuk mencari jawapan kepada kemusykilannya.
"Aku bukan seorang lelaki yang mudah jatuh cinta pada seorang perempuan… apatah lagi kepada seorang lelaki. Mana boleh dengan begitu mudah aku boleh ada perasaan terhadap Jerry. Adakah ini bermaksud aku perlu meninggalkan rumah ini dengan segera? Tapi aku tak boleh buat macam tu. Aku masih belum jumpa ibu. Lagipun aku tak ada duit. Aku perlukan duit kalau nak pergi cari ibu. Jadi apa aku nak buat sekarang?"
Ref terus memikirkan cara bagaimana hendak mendapatkan wang seterusnya meninggalkan rumah itu untuk menjejaki ibunya. Entah sehingga pukul berapa dia termenung mencari akal, akhirnya dia terlelap di ruang tamu yang sempit itu.
Jerry menguak pintu rumah. Matanya sudah kuyu. Penglihatannya juga semakin kabur. Ditambah pula dengan keadaan rumah yang gelap itu, semakin sukarlah pergerakannya. Langkahnya tidak teratur akibat pengaruh alkohol. Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri dan akhirnya dia tersadung sesuatu di lantai. Jerry jatuh dan menghampap Ref yang berada di ruang tamu itu.
"Argh!" Ref mengerang kesakitan. "Apa benda yang menghempap aku tengah-tengah malam buta ni?" Dia menolak lembaga yang masih berada di atas tubuhnya itu.
"I love you, darling. Mmuahh!"
Ref tidak sempat mengelak. Tiba-tiba sahaja Jerry merangkul lehernya dan mengucup mulutnya. Ref tergamam tanpa sebarang tindak balas. Bola matanya hampir hendak terkeluar apabila tiba-tiba diperlakukan sebegitu oleh Jerry.
"Tidak!! Kau gila!" Ref memekik sambil menolak kasar tubuh Jerry.
Jerry terguling di sebelahnya. Dada Ref berdebar-debar kencang. Nafasnya juga tercungap-cungap seperti baru sahaja menamatkan larian 100 meter. Dia meraba bibirnya yang telah dikucup oleh seorang lelaki. Ref menoleh kepada Jerry yang tidak bergerak di sebelahnya. Topi yang masih melekat di kepala itu senget dan menutup sebahagian wajahnya. Ref memberanikan diri untuk menanggalkan topi Jerry. Mata Jerry terpejam rapat. Bunyi dengkuran yang perlahan meyakinkan Ref bahawa Jerry sudah tertidur. Dia tidak sedar dengan apa yang telah dilakukannya tadi. Rupanya tindakan Jerry tadi Cuma satu accident. Bukan tindakan yang disengajakan.
Ref kembali mapan di tempat tidurnya. Dia tersenyum lega. Segalanya masih dalam kawalan.
Dia menjeling sekejap kepada Jerry. Melihat pemuda itu baring di lantai tanpa alas dan selimut dia berasa belas. Tentu sakit kepalanya. Tentu juga Jerry akan kesejukan. Lantas Ref mengangkat kepala Jerry dan menyorongkan bantalnya ke bawah kepala pemuda itu. Dia pula melabuhkan kepalanya pada hujung bantal yang sama. Selimutnya pula dibentang luas dan ditarik sehingga ke dada Jerry. Malam itu mereka berdua tidur sebantal dan dalam selimut yang sama sehingga pagi.
Suria pagi yang menampar pipinya membuatkan Jerry terjaga dari tidurnya. Dia membuka mata lambat-lambat. Selimut yang menyelubungi tubuhnya diselak. Dia bangun duduk. Tiba-tiba dia berasa sesuatu yang aneh. Ini bukan pemandangan yang biasa dilihatnya setiap pagi apabila bangun dari tidur. Perlahan-lahan dia menoleh ke sebelah kanan. Matanya bulat menikam sekujur tubuh yang masih lena diulit mimpi.
"Arghh…!!" Jeritnya panjang.
Suara nyaring jeritan Jerry bagaikan jam loceng yang mengejutkan Ref. Ref terpisat-pisat sambil menggeliat panjang. Dia menolak selimutnya dan perlahan-lahan bangun dan duduk di samping Jerry. Dalam keadaan nanar dia memandang Jerry yang sudah berhenti menjerit tapi merenungnya pelik… err, mungkin juga seperti orang yang baru kena sampuk. Ketakutan.
Jerry menuding tangan ke arah tubuh Ref. Ref meraba badannya. Rupanya dia tidak berbaju. Tapi adakah itu pelik bagi seorang lelaki? Ref tidak faham. Dia menguap lagi tanpa mempedulikan reaksi Jerry.
"Apa yang telah berlaku malam tadi?" Tanya Jerry dengan berhati-hati.
Ref menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa. Kenapa?" Soalnya pula.
"Kenapa kita boleh tidur bersama?"
Ref diam. Ingin saja dia mencekik leher Jerry. Tentu lelaki itu sudah lupa yang dia telah merampas ciuman pertama yang sepatutnya menjadi milik gadis yang dicintainya suatu hari nanti.
"Berterus terang pada aku, Ref."
"Kau tak ingat apa yang kau dah buat semalam?" Soal Ref.
Dahi Jerry berkerut musykil.
"Lepas makan malam kau keluar rumah dan pulang sampai lewat malam dalam keadaan mabuk. Kau yang menyebabkan kita berkongsi bantal dan selimut tau."
Jerry mengimbas perlahan-lahan kejadian yang dilaluinya malam tadi. Dia ke sebuah pub untuk mengintip seseorang tapi akhirnya dia terperangkap dengan ajakan beberapa orang gadis pub dan akhirnya dia minum sampai mabuk. Kemudian dia pulang ke rumah dan… dia tidak ingat apa yang berlaku lagi selepas itu. Yang dia sedar kini dia telah tidur bersama Ref yang tidak berbaju sepanjang malam. Uhh… teruknya!
Segalanya kembali berjalan lancar pagi itu biarpun Jerry masih berasa tidak tenteram memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku malam tadi. Sebaik bersiap dia tergesa-gesa berkejar ke tempat kerjanya. Dia lewat lagi pagi ini. Ref telah `dihalau' keluar juga memandangkan Ref juga perlu melakukan perkara yang sepatutnya iaitu pergi mencari ibunya. Mereka berpisah lagi untuk seketika hari itu sebelum kembali bersua muka petang ini.
Sebaik tamat waktu kerja, Jerry tidak singgah kemana-mana. Dia segera pulang ke rumah kerana hari ini dia perlu menyempurnakan lagi misinya. Sebaik masuk ke dalam rumah dia terus ke dapur dan mengambil setin minuman ringan dari peti sejuk. Penutupnya dibuka dan dia meneguk air berkarbonat perisa anggur itu.
Jerry melangkah ke lawang pintu. Matanya terpandang pada seorang pemuda yang baru duduk di atas pangkin di hadapan rumahnya. Jerry melangkah mendekati Ref yang sedang menyaksikan panorama dari kawasan tinggi itu.
"Hoi…" Tegur Jerry seraya duduk di sebelah ref.
Ref menoleh kepadanya. Jerry nampak wajah Ref yang sugul. Kenapa pula dengan mamat ni? Mesti ada problem. Tak dapat cari mak dialah tu…
"Murung je petang ni.
"Aku tak dapat cari dia. Aku tak tahu nak cari dimana."
Huh… dah agak dah.
"Habis tu, kau nak buat apa sekarang?" Soal Jerry sekadar bertanya.
"Entahlah… tak mungkin aku boleh cari ibu aku tanpa sebarang alamat dan gambar. Boleh tak kalau aku nak minta tolong kau sikit?"
Alamak, ini yang aku lemah ni. Problem aku pun tak settle lagi, nak kena tolong dia pula…
"Er… apa dia?" Soal Jerry dengan berat hati.
"Aku… aku… err, boleh tak… aku…"
"Kalau kau nak aku tolong kau cari mak kau, sorry… aku tak boleh. Aku tak ada masa. Lagipun aku sendiri tengah ada masalah sekarang ni." Pintas Jerry meneka apakah permintaan Ref.
"Bukan! Aku bukan nak minta tolong kau cari ibu aku. sebenarnya aku… aku… nak pinjam duit." Ref nampak serba-salah memberitahu hajatnya yang sebenar.
Rupanya sangkaan Jerry meleset. Hmm, nasib baik dia bukan nak suruh aku tolong cari mak dia. Kalau pasal duit… bukan nak cakap besarlah tapi aku memang tak ada masalah. Lagipun dia nampak jujur dan… err, dia juga nampak sweet. Hehehe… kenalah tolong mamat handsome kalau nak berkawan dengan dia. Tak kisahlah berapa banyak yang dia nak pinjam asalkan dia keluar cepat-cepat dari rumah aku ni. Menyemak je.
"Oh, duit… berapa kau nak pinjam?"
"Err…
Jerry mengangguk. "Okey, nanti aku bagi. Kau dah makan ke belum?" Soalnya spontan.
Ref menggeleng. Dia masih belum menjamah sebarang makanan sejak keluar dari rumah pagi tadi.
"Jom, aku belanja kau." Jerry bangkit dari duduknya. Tangan Ref di capai dan ditarik bangun.
"Err, tapi…" Ref serba salah hendak menerima ajakan Jerry.
"Tapi, tapi… jom ajalah." Jerry tidak peduli dengan alasan yang
Malam itu Ref duduk lagi di pangkin sambil menikmati pemandangan malam yang diterangi lampu-lampu neon di sekitar kawasan pinggir Bandar itu. Dia duduk termenung sambil memeluk lutut. Jerry pula masih lagi dengan aktiviti biasanya iaitu berdiri di atas tembok sambil meneropong sesuatu.
Ref merenung tubuh Jerry yang sedang membelakanginya. Pemuda itu seakan tidak menghiraukan kewujudannya di situ. Dia asyik dengan misinya yang tidak diketahui Ref. Entah apa sebenarnya yang sedang diteropong oleh Jerry setiap hari. Ref tidak tahu. Apa yang dia tahu sekarang ialah Jerry seorang pemuda yang bertimbang rasa dan sanggup menolong seorang teman yang baru dikenalinya tanpa mengesyaki apa-apa. Dia gembira kerana telah berkenalan dengan pemuda tersebut walaupun adakala Jerry agak pelik… ya, pelik kerana sifatnya boleh membuatkan seseorang jatuh cinta kepadanya. Ahh… aku dah mula berfikir yang bukan-bukan lagi. Hentikannya Ref!
"Ref, dah lama ke kau berpisah dengan ibu kau?" Tanya Jerry tiba-tiba walaupun fokusnya masih pada apa yang sedang diteropongnya kini.
"Dah sepuluh tahun." Jawab Ref tanpa berselindung apabila Jerry sudah menghargai kewujudannya di situ.
"Sepuluh tahun? Lamanya. Kau rindukan dia?"
"Mestilah. Dia ibu aku dan dialah satu-satunya keluarga yang aku ada."
"Macam mana dengan ayah? Kau tak ada ayah?"
"Aku tak ada ayah." Jawab Ref spontan sebelum membetulkan semula jawapannya. "Eh, bukan. Sebenarnya ibu cakap aku ada ayah tapi… entahlah. Sampai sekarang aku tak kenal siapa sebenarnya ayah aku."
"Maksudnya mak kau sembunyikan sesuatu daripada pengetahuan kau?"
"Maybe… kau pula?"
"Apa? Maksud kau keluarga?" Jerry sempat menoleh sekejap kepada Ref.
Ref mengangguk.
"Aku ada seorang daddy yang aku panggil Pakcik Miang, seorang mummy yang suka memanjakan orang sampai aku boleh lemas dan seorang abang yang suka mengongkong dan menyakitkan hati aku." Jawab Jerry sambil wajahnya mempamerkan perasaan meluatnya.
"Bagusnya. Kau ada sebuah keluarga yang lengkap. Cemburunya aku."
"Ah, tak ada apa yang istimewanya. Adakalanya aku fikir hidup sebatang kara lebih seronok. Macam sekarang ni… aku bebas melakukan apa saja yang aku suka tanpa sebarang sekatan daripada mereka-mereka tu." Mulut Jerry menjuih ke hadapan seolah-olah keluarganya ada di situ.
"Kau bencikan mereka?"
Soalan Ref membuatkan Jerry terdiam dan berfikir. Adakah aku membenci ayah dan abang? Atau sayang? Tapi mereka memang menyusahkan. Abang suka mengawal pergerakan aku, mummy mungkin sangat penyayang tapi abang bijak memanipulasikan mummy dan daddy pula sekarang ni… ergh, berani betul dia curang dengan mummy! Aku akan buktikan kecurangan daddy dan menghukumnya nanti. Siaplah, daddy nanti! Jerry mengetap bibir memendam sendiri perasaannya.
"Cik muda, kami datang untuk menjemput awak pulang."
Suara garau itu menarik perhatian Ref lalu dia menoleh ke belakang. Tiga orang pemuda yang tidak dikenali itu muncul tanpa sebarang bunyi. Tiba-tiba sahaja sudah berada di situ. Ref berdiri menghadap mereka bertiga. Sementara Jerry pula masih diam tidak berganjak dari tempat tadi.
"Awak bertiga ni siapa?" Soal Ref.
"Hiargh…!!" Belum sempat mereka menjawab tiba-tiba Jerry berpusing dan menerkam ke arah mereka dari atas pangkin.
Mereka bertiga hilang keseimbangan apabila berlanggar antara satu sama lain. Jerry juga turut jatuh. Peluang yang ada itu tidak dilepaskan. Mereka bertiga cepat-cepat menangkap Jerry.
"Ref, tolong aku! Cepat belasah mereka ni. Mereka orang jahat, Ref!" Jerit Jerry sambil sedang
Ref yang tidak mengerti apa-apa itu tidak sempat berfikir panjang. Dia terus saja menyerang tiga orang lelaki tadi. Tindakannya itu hanya demi menyelamatkan rakannya, Jerry. Dua lawan tiga. Mungkin tidak adil tapi mereka tiada pilihan lain. Sementara Ref
"Berani kau nak belasah aku. Kau nak aku report pada abang?" Ugut Jerry. Matanya buntang memandang pemuda tersebut.
"Maaf, cik muda. Saya tak sengaja."
"Bodoh! Kau berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kamu semua."
"Tak boleh. Ini arahan daripada ketua. Kami mesti bawa cik pulang."
Tak guna! Macam mana mereka boleh berjaya mengesan aku di sini? Aku mesti lakukan sesuatu supaya mereka semua tinggalkan tempat ni.
"Sila ikut kami."
"Baiklah, aku akan ikut kau tapi berilah aku masa untuk uruskan lelaki tu dulu. Aku janji akan segera pulang ke rumah."
"Saya setuju tapi apa jaminan cik?"
Hii… apasal kau bijak sangat. Geram betul.
"Kau mesti percayakan aku. Aku tak boleh pulang sekarang. Nanti kawan aku syak. Beri aku sedikit masa. Sementara tu kau beritahulah apa-apa alasan kepada abang aku. Okey?"
Lelaki itu berfikir seketika dan akhirnya dia mengangguk setuju. Jerry lega. Pergaduhan tamat setelah lelaki itu memanggil teman-temannya yang sedang bertarung dengan Ref. Mereka beredar pergi dari perkarangan rumah Jerry.
Jerry segera mendapatkan Ref yang terbaring kesakitan. Wajahnya lebam dan tangannya terseliuh. Jerry berasa kesal. Dialah penyebab Ref dibelasah teruk begini. Jerry segera memimpin Ref untuk duduk di atas pangkin.
"Kau tunggu kejap. Aku pergi ambil first aid kat dalam rumah." Jerry segera bangun hendak berlari untuk mendapatkan kotak kecemasan.
"Jerry." Tangan kiri Ref mencapai lengan Jerry. Dia menghalang Jerry dari pergi. "Tak payah susah-susah. Luka sikit je."
"Tapi tangan kau…"
"Aku tak apa-apa. Cuma terseliuh saja."
Jerry kembali mengambil tempat di sisi Ref. Dia rasa bersalah terhadap Ref.
"Maaf ya, Ref. Semuanya berpunca daripada aku."
"
Jerry tersenyum kepada pemuda tersebut. Panjang senyumannya. Bagai ada makna tersirat di sebalik senyuman itu.
"Meh aku tengok tangan kau." Ujar Jerry lantas memegang lengan Ref dan menolak lengan bajunya sampai ke paras ketiak. Tanpa persetujuan Ref, dia mula mengurut tangan pemuda itu perlahan-lahan.
Ref tidak menghalang. Dia hanya menonton perbuatan Jerry terhadap tangan kanannya yang terseliuh itu.
"Kau jangan risau. Aku ada sedikit ilmu dalam pengurutan. Sebenarnya aku bekerja di sebuah pusat urut." Cerita Jerry.
Ref mengangguk. Jerry terus bercerita tentang pekerjaannya. Ref pula lebih banyak mendengar. Sebenarnya tumpuannya terhadap cerita Jerry sudah tersasar.
"Siapa mereka tadi? Kenapa mereka nak bawa kau pergi?" Soal Ref tiba-tiba.
Jerry berhenti mengurut. Dia tunduk memandang lantai. Mencari kekuatan untuk menghadapi situasinya sekarang. Mungkin dia patut meluahkan sesuatu kepada seseorang pada malam ini.
"Mereka tu orang-orang abang aku. Sebenarnya daddy aku menubuhkan sebuah organisasi gelap dan sekarang abang aku adalah antara orang yang berkuasa dalam organisasi tersebut. Aku lari dari rumah sebab rasa bosan dengan kehidupan dalam keluarga aku. Selain itu sebenarnya aku sedang mengintip daddy." Cerita Jerry yang tiba-tiba bersikap terbuka terhadap Ref pada malam ini.
"Kenapa nak intip ayah sendiri? Apa yang ayah kau dah buat?" Tanya Ref ingin tahu.
Jerry berdiri. Perlahan-lahan dia memanjat tembok yang diperbuat daripada simen itu. Dia memandang ke satu arah yang biasa diawasinya. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan.
"Aahh…!!" Jerry menjerit dengan sekuat hati. Seolah-olah sedang melepaskan geram dan marahnya.
"Benci daddy! Daddy jahat! Tengoklah nanti, daddy akan terima hukuman di atas perbuatan daddy tu!!" Laung Jerry seolah-olah ayahnya ada di situ dan dia mahu ayahnya mendengar kata-kata tersebut.
"Wargh…!" Tanpa diduga kaki Jerry tersalah langkah dan dia terjatuh dari tembok itu.
Ref yang berada di situ bertindak pantas memaut kaki Jerry.
"Ref, tolong aku!" Jerry menjerit panik.
"Relax, Jerry. Jangan menggelabah.
Jerry sudah hampir menangis. Topinya sudah selamat jatuh ke bawah tanah. Baju-Tnya pula terselak sehingga ke paras dada. Ref, tolong aku. Aku takut ni. Cepatlah tarik aku naik! Ingin sekali dia menangis semahu-mahunya ketika itu tapi tak gentlemanlah kalau Ref nampak dia menangis nanti.
Ref sedang berusaha menarik Jerry naik ke tebing. Tangan yang sedang sakit tadi tidak dihiraukan. Apa yang lebih penting sekarang ialah menyelamatkan Jerry. Namun sesuatu yang tidak disangka telah dilihatnya. Ref tergamam seketika. Jerry yang tersedar dengan apa yang baru saja dilihat oleh Ref dengan pantas memegang tubuhnya. Dia tahu itu sudah terlambat. Ref sudah nampak segala-galanya. Ref sudah nampak rahsia yang disimpannya selama ini.
"Ref, cepatlah tarik aku! Kau nak biar aku mampus ke?!" Tengking Jerry demi menutup perasaan malunya. Itu juga sebenarnya untuk menyedarkan Ref yang tergamam merenungnya.
Ref segera menarik tubuh Jerry dengan sisa kudratnya yang masih ada. Sebentar kemudian Jerry berjaya diselamatkan. Sampai di tebing tembok Ref benar-benar kehabisan tenaga. Dia rebah terlentang ke belakang. Jerry yang masih memaut Ref ikut terjatuh di atas Ref. Tanpa sempat mencari tempat mendarat Jerry hampir menghempap tubuh Ref. Mujur tangannya sempat menapak di lantai. Namun kini wajahnya tepat bertentangan dengan wajah Ref. Nafas mereka berdua mengah dan tercungap-cungap.
"Hahaha… gila betul. Kalau kau tak ada tentu aku dah mati katak tadi
Namun tawa yang dibuat-buat itu tidak berjaya membawa Ref keluar dari orbit kemusykilannya. Ref sedang merenung tepat ke arah Jerry. Sedikitpun dia tidak berkelip seolah-olah dia telah disumpah menjadi patung. Sebenarnya fikirannya sedang melayang mencari kebenaran tentang perkara yang baru dilihatnya tadi. Benarkah Jerry ialah… atau mungkinkah aku yang tersalah pandang? Ref keliru.
Jerry gelisah. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan situasinya kini. Tentu berbagai-bagai andaian sedang dibuat oleh Ref. Jerry bangun dan mengambil tempat untuk duduk di lantai konkrit itu.
"Betulkah apa yang aku nampak tadi?" Soal Ref mahu kepastian.
"Hah?"
"Betulkah kau ni sebenarnya seorang perempuan?" Ulang Ref dengan lebih jelas lagi.
Tidak ada apa yang patut disembunyikan lagi. Perlahan-lahan Jerry menanggalkan rambut palsu di atas kepalanya. Sebentar kemudian Ref nampak rambut sebenar Jerry yang terserlah keluar dari rambut palsunya yang pendek itu. Jerry mengirai-ngirai rambutnya yang jarang-jarang menyedut udara segar sejak kebelakangan ini. Kemudian dia menoleh kepada Ref untuk menunjukkan wajah sebenarnya. Dia hampir terkejut melihat reaksi Ref yang sedang merenungnya sungguh-sungguh.
"Maafkan aku sebab dah tipu kau.
"Jerry, siapa sebenarnya kau?" Soal Ref yang sudah bersila di hadapan Jerry.
Jerry tidak terus menjawab. Cuma menatap wajah Ref yang masih bertanda soal. Ref terus menunggu. Dia yakin tentu ada penjelasan disebalik penyamaran Jerry itu.
"Isabel!" Suara wanita yang tiba-tiba muncul itu menarik perhatian Jerry dan Ref. Serentak mereka menoleh ke arah suara tersebut.
"Isabel?" Ref terpinga-pinga sambil memandang Jerry dan wanita tersebut bersilih ganti.
"Mummy…" Ucap Jerry.
Jerry berdiri dan pergi menghampiri wanita berambut perang berpotongan bob dan berkaca mata berbingkai merah itu. Untuk seketika mereka berdua saling berbalas pandangan. Kemudian Jerry merangkul wanita tersebut sambil meluahkan betapa rindunya dia kepada wanita yang dipanggilnya mummy itu.
"Isabel, kau benar-benar buat semua orang risau. Mummy ni dah macam separuh gila memikirkan keselamatan kau. Rupanya kau tak pergi jauh… masih berada dalam Bandar ni, sayang."
"Apa yang mummy nak risau. Tak ada orang kenal Isabellah di sini. Mereka semua cuma kenal dengan Jerry sahaja." Jawab gadis itu selamba. Dia memandang enteng setiap kerisauan yang
"Kau memang hebatlah, sayang. Abang dan daddy kau juga tidak dapat mengesan dimana kau berada selama beberapa bulan ini." Dalam kerisauan itu si ibu tetap berasa bangga dengan kelicikan anak gadisnya yang berjaya memperdayakan daddy dan abangnya.
"Well, I'm your girl, mum." Jawab Jerry atau Isabel sebelum ketawa dengan bangga. Mummynya ikut tertawa juga.
Ref terus dibiarkan untuk satu tempoh yang tidak dipastikan. Untuk sementara kewujudannya tidak diendahkan oleh kedua beranak itu. Ref ingin menyampuk namun dia tidak berani untuk mengganggu pertemuan jejak kasih itu. Dia hanya berdiri diam-diam di belakang Isabel.
"Jom kita balik, sayang."
Ajakan itu membuatkan keceriaan Isabel musnah.
"Tak nak. Isabel tak boleh balik lagi, mummy."
"But why, sayang?" Tanya Pn. Lorenzo kepada anak gadis tunggalnya itu.
"
"Apa lagi yang belum selesai? Dah lama sangat Isabel tinggalkan kami. Kita balik, please." Pujuk Pn. Lorenzo.
"Daddy… selagi Isabel tak hukum daddy selagi itu segalanya belum selesai, mummy."
"Isabel… it's over, sayang. Mummy dah tahu segala-galanya.
"Ha? Maksud mummy?"
"Mummy dah tahu kecurangan daddy. Isabel jangan risau. Biar mummy yang uruskan hal daddy. Orang tua tak sedar diri tu akan menerima hukuman yang setimpal daripada mummy nanti."
"Hah? Jadi maksudnya mummy dah tangkap daddy?"
"Yup… Isabel tak perlu masuk campur lagi. Lagipun ini urusan kami berdua suami isteri, bukan kanak-kanak macam Isabel."
Kanak-kanak? Teruknya… mummy masih tak berubah. Dia masih menganggap gadis berusia sembilan belas tahun seperti aku sebagai kanak-kanak.
"Jadi sia-sialah usaha Isabel selama ini." Isabel mengeluh.
"Kita balik sekarang ya…" kata-kata Pn. Lorenzo tergantung tatkala matanya terpandang Ref yang sedang berdiri di situ.
"Siapa budak ni, Isabel?" Soalnya curiga sambil melangkah menghampiri Ref.
"Er… ini Ref. Dia kawan Isabel, mummy." Isabel memperkenalkan Ref kepada mummynya.
"Se…" Baru saja Ref hendak bersuara tetapi tidak jadi apabila ibu Isabel telah memintasnya.
"Kau tinggal bersama dengan budak lelaki ni?" Soal Pn. Lorenzo tegas kepada anaknya.
"Err…"
"Di pondok buruk dan kecil ni?"
Huh, selamba je mummy kutuk rumah cantik aku ni…
"Err… bukan, mummy."
"Auntie, sebenarnya saya…"
"Kau diam! Aku sedang bercakap dengan anak aku." Pintas Pn. Lorenzo dengan pantas.
"Mummy, jangan salah faham. Isabel baru je kenal dengan Ref. Dia tak tahu apa-apa. Dia sendiri pun baru saja tahu diri Isabel yang sebenar."
"Isabel jangan tipu mummy. Mummy tahu Isabel sedang sembunyikan sesuatu. Lebih baik Isabel berterus terang. Jangan buat perkara yang mummy, daddy dan abang tak suka, Isabel."
"Tak, mummy. Isabel tak tipu. Ref…"
"Isabel buat apa ni? Nak memberontak ya? Isabel lari dari rumah. Lepas tu menyamar jadi budak lelaki dan tinggal serumah dengan… dengan… budak tak guna ni. Isabel…"
"Mummy!" Tempik Isabel geram. "Dengarlah perjelasan Isabel dulu. Janganlah terus nak menuduh. Dengar dulu apa yang Isabel nak cakap, please…" Pinta Isabel. Dia telah berjaya menenangkan ibunya yang mula berfikir yang bukan-bukan tadi.
"Isabel…"
"Isabel cuma tolong Ref. Ref tak ada tempat tinggal. Dia baru sampai dari
Pn. Lorenzo terdiam memandang anaknya. Dia
"Betul ni?"
Isabel mengangguk dengan yakin.
"Isabel akan ikut mummy pulang dan mummy tak perlu risau dengan hubungan kami berdua. Puas hati."
Pn. Lorenzo tersenyum gembira. Dia mengangguk puas hati dengan kenyataan Isabel.
"Tapi sebelum tu mummy kena janji dengan Isabel dulu."
"Janji apa?" Pn. Lorenzo tidak senang apabila anaknya memberikan syarat sebelum mengikutnya pulang ke rumah.
"Janji jangan beritahu tentang Ref kepada abang. Mummy tahukan macam mana perangai abang tu. Isabel tak nak Ref susah. Ref masih baru di bandar Roseland ni. Boleh mummy janji dengan Isabel?"
Pn. Lorenzo merenung sebentar kepada Ref sambil menimbangkan permintaan anak gadisnya. Setelah pertimbangan dibuat akhirnya dia mengangguk setuju.
"Baiklah. Mummy tak
"Thank's, mummy." Isabel tersenyum gembira. "Erm, mummy tunggu Isabel di bawah dulu. Sekejap lagi Isabel follow ya."
"Sayang nak buat apa lagi?"
"Tak ada apa-apa. Cuma nak ucapkan selamat tinggal kepada Ref saja."
Setelah dipujuk akhirnya Pn. Lorenzo setuju. Dia beredar dahulu meninggalkan Isabel bersama pemuda tadi. Setelah itu Isabel mendapatkan Ref semula.
"Jerry…"
"Jerry dah tak ada. Panggil aku Isabel."
"Erm, Isabel…" Ref tersenyum panjang memanggil nama tersebut. Rasa seronok menyebut nama tersebut. Terlupa terus pada tangannya yang sakit tadi.
"Ref, aku nak tinggalkan rumah `buruk' aku ni. Tapi aku akan kembali lagi suatu hari nanti. Oleh itu aku ada satu permintaan."
"Apa dia?"
"Aku nak kau jaga rumah ni selama ketiadaan aku. Aku nak kau tinggal di sini."
"Err…" Ref serba-salah dengan permintaan Isabel.
"Aku tahu kau tiada tempat yang hendak dituju. Lagipun bukan mudah kau nak cari ibu kau tanpa sebarang alamat dan petunjuk
"Isabel… kau terlalu baik terhadap aku." Ref berasa tidak sanggup hendak menerima budi Isabel yang terlalu banyak itu.
Isabel cuma tersenyum manis sehingga membuatkan Ref semakin terpikat. Gadis itu mengucup jari telunjuk dan jari hantu sebelah kanannya. Kemudian dua batang jarinya itu dilekatkan di bibir Ref. Ref tergamam dengan tindakan Isabel itu. Dia melihat Isabel terus tersenyum kepadanya.
"Sebab aku dah mula sukakan kau." Kata Isabel sebelum berpusing dan meninggalkan Ref.
Ref terus terpaku. Bunga-bunga cinta sedang berkembang mekar dan bertaburan memenuhi ruang pandangannya. Isabel sudah hilang dari pandangannya. Membawa sekali pemuda bernama Jerry yang dikenalinya beberapa hari ini.
Segala keresahannya tentang ketidak normalan dirinya sudah terjawab. Benar dia masih lagi lelaki sejati. Bukan gay. Pemuda yang bernama Jerry itu sebenarnya seorang gadis yang bernama Isabel Lorenzo. Patutlah aku rasa lain macam saja bila berhadapan dengan dia. Patutlah cantik, rupanya memang perempuan. Patutlah bulu tengkuk aku meremang semasa dia mengurut tangan aku tadi. Patutlah dia ketakutan bila tertidur dengan aku. Patutlah juga dia cuak bila nampak aku tak pakai baju. Hahaha… kelakarnya. Memang tak sangka langsung yang dia tu betul-betul perempuan…
Ref terus tersenyum mengenangkan kembali saat sejak dari kali pertama bersua dengan gadis yang menyamar sebagai lelaki itu. Semuanya memang diluar jangkaan. Namun dia bersyukur disebabkan Jerry ialah Isabel maka dia masih lagi seorang lelaki sejati.
"Erm… aku macam teringat suatu perkara yang…" Tiba-tiba senyuman Ref mati. Dia mengimbas semula kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi.
"Pagi tadi Isabel balik dalam keadaan mabuk dan kami telah bercium… cium. First kiss! Aahh…!! Ciuman pertama aku telah dimiliki oleh Isabel!" Ref hilang kawalan. Dah jadi bengong disebabkan terlalu memikirkan ciuman yang tidak disengajakan itu.