Khamis, 14 Februari 2008

Short Story : Jodoh Kita

"Aku cuba sembunyikan agar tiada siapa tahu tapi ia hadir setiap kali mata kita bertentang... aku tidak peduli siapa kau dan dari mana kau hadir selagi kau mencintaiku"

Rasa yang sungguh selesa dan dingin seolah-olah dia berada di atas katil

bertatahkan emas dan berselimutkan sutera. Aina menarik selimut itu
lagi
hingga ke paras bahunya. Matanya masih lagi berat untuk dibuka
tetapi
dia
merasakan ada sesuatu kelainan pada selimutnya. Bau bilik itu juga
lain.
Tiba-tiba, dia kedengaran langsir yang dibuka dan lantas itu juga
sinaran
matahari menyilaukan matanya. Cepat-cepat dia membuka matanya dan
alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan di bilik itu.

"Cik Harlisa dah bangun? Baru tadi Datuk bertanyakan tentang cik..."
ujar
seorang perempuan separuh umur kepadanya . Aina bangun dari katil
itu, masih dalam keadaan terpinga-pinga. Dia tidak tahu bagaimana
dia berada di bilik itu. Perempuan tua itu pula masih mengukir
senyuman seolah-olah sudah biasa dengannya.

"Cik Harlisa mandi dulu. Nanti Mak Jah siapkan sarapan ya..."
ujarnya lagi dan mula mengatur langkah meninggalkan Aina. Aina
keliru. Siapa pula Harlisa, di mana dia berada dan bagaimana dia
sampai ke sini?

"Tunggu dulu, makcik. Saya bukan Harlisa. Di mana saya ni?"
tanyanya dalam keadaan yang cemas. Dia tidak pernah berada di bilik
sebegitu indah itu dan penuh kemewahan.

"Kenapa Cik Harlisa kata begitu? Inikah rumah cik. Apa yang cik
merepek ni?" jawab perempuan dengan tenang. Tanpa menunggu jawapan
daripada
Aina
perempuan itu terus meninggalkannya.

Aina terduduk kembali di atas katil. Apa sebenarnya yang telah
berlaku kepadanya? Apa yang diingatinya, dia berjalan seorang diri
di dalam kawasan yang gelap dan dia ditarik oleh seseorang.
Mulutnya ditutup
kemas
dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Ya !!! Dia amat pasti dengan
apa yang telah berlaku. Dia bukan Harlisa.

"Cik tak mandi lagi?" suara perempuan tua tadi mengejutkannya.
Perempuan
itu sentiasa menguntum senyuman. Aina berasa amat rimas dengan
kelakuan perempuan itu. Dia dapat merasakan perempuan berpura-pura
dan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Terus dia
berdiri dari katil itu.

"Sudahlah !!! Tak payahlah makcik nak berpura-pura dengan saya.
Jangan nak menipu saya. Saya bukan Harlisa dan saya nak tahu di
mana saya berada saya berada sekarang ni..." tanpa dapat menahan
kesabarannya, Aina
meninggikan
suaranya. Suasana sepi seketika hanya kedengaran nafas Aina yang
turun naik. Dia dapat merasakan dirinya dipermainkan dan apakah
permainan ini sebenarnya?. Mengapa dia yang menjadi mangsa
permainan itu? Setahunya
dia
tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa pun. Perempuan itu melangkah
beberapa langkah ke arah meja solek di bilik itu dan mengambil satu
'frame' gambar yang berada di situ. Dia menghulurkannya kepada Aina.

"Inikan gambar cik?"

Aina meneliti gambar itu dan memang benar itu wajahnya. Dia
betul-betul keliru dengan apa yang berlaku.

"Kalau cik tak percaya, nanti Mak Jah ambil gambar-gambar lain,"
tambah perempuan, membuka laci meja solek dan mengeluarkan beberapa
buah album gambar.

Aina membelek-belek gambar-gambar itu satu persatu. Melihat insan
di dalam gambar itu yang kelihatan ceria dan gembira dengan
keluarganya. Memang betul itu wajah itu ada iras wajahnya dan yang
pasti bukan wajahnya.
Akhirnya dia faham dengan apa yang berlaku setelah melihat gambar
Datuk Hamidi memeluk erat gadis itu dan berhujankan salji. Sungguh
bahagianya mereka.

"Itukan papa Cik Harlisa ?"ucap perempuan itu lagi.
Aina mendiamkan dirinya. Dia masih leka membelek gambar-gambar itu.
Dia sudah faham apa yang dimainkan oleh Datuk Hamidi. Hatinya diusik
pilu.
Lelaki itu cuba mengembalikan kenangan yang tidak akan berulang lagi.

"Mak Jah keluar dulu ya."
****

Aina menunggu kepulangan Datuk Hamidi di perkarangan rumah banglo itu.
Suasana rumah itu begitu tenang sekali, kebetulan kedudukannya yang
berhampiran dengan bukit. Di perkarangan rumah itu juga terdapat
taman bunga dan kolam dengan anak-anak ikan emas yang sedang enak
berenang ke sana ke mari.

"Sayang... rumah sebesar itu tetapi tiada penghuni," bisik Aina
sendirian.

Setelah hampir maghrib, Aina masuk kembali ke rumah itu dan orang
yang ditunggunya belum lagi menunjukkan dirinya. Dia menjenguk ke
dapur melihat Mak Jah yang sentiasa sibuk dengan kerjanya.

"Cik Harlisa... nak apa?" soal perempuan itu terkejut. Aina senyum.
"Sebentar tadi Datuk telefon, dia beritahu ada urusan di London
tiga hari," beritahu perempuan itu lagi. Tangan ligat membersihkan
pinggan
di
dalam sink.

"Oh... begitu,"jawab Aina sedikit terkejut. Dia merasakan lelaki
itu ingin menjauhkan dirinya. Aina termenung, bagaimana dia ingin
menyesuaikan dirinya dengan keadaan di rumah itu sedangkan tuannya
entah ke mana.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...