Sabtu, 29 Ogos 2009

Santai Journal: Journal Yang Tak Berapa Santai....

Khamis 27 August - Hujan lebat di beberapa kawasan telah mengakibatkan berlakunya banjir. Ini adalah berpunca daripada sistem saliran dan perparitan yang kurang efisien. Ceewah! Macam berita kat surat khabar. Hakikatnya macam tu la. Kalau korang baca Utusan Malaysia hari ni, segmen wilayah bahagian utara. Ada beberapa kawasan di daerah Seberang Perai, Bukit Mertajam yang paling teruk di Kampung Tok Subuh terpaksa bersahur dalam banjir. Itu belum masuk kawasan aku lagi.

Kawasan aku juga tak terkecuali. Asal hujan lebat melebihi empat jam (4 jam) pastinya ramai yang terpaksa mengambil langkah kedua. Standby untuk berpindah. Hujan lebat bermula malam Rabu lepas, masa tu aku tengah Terawih kat Masjid Jalan Baru. Betul-betul lebat. Lepas selesai je solat terawih, masa balik tu aku perasan yang air sungai dah melimpah. Tapi waktu aku balik tu, hujan dah reda. Tapi still hujan.

Hari Khamis, pagi tu cuaca redup saja. Sekejap hujan, sekejap panas. Tapi berlarutan. Malam tu hujan turun lebat balik. Aku dah sedar diri. Sebabnya, aku dah makan painkiller.
Air dah melimpah, tapi hujan tak berhenti lagi. Semua orang dah mula gelisah. Ye la, fobia puasa tahun lepas pun tak habis lagi. Dah jadi trauma.

Masa ni, air sungai mula nak melimpah. Tapi arus deras le jugak. Kalau tak, lagi awal la kami berendam kaki dalam air.

Pagi Jumaat, hujan yang dari malam khamis berlarutan sampai ke pagi sampai ke petang. Tapi alhamdulillah, petang Jumaat tu hujan reda dan cuaca cerah.

Ni dah masuk tahap kritikal. Air sungai dah melimpah ke jalan.

Ni awal pagi Jumaat. Masa ni air masih dalam keadaan terkawal.

Tanda-tanda melimpah mula nampak. Sangat menjadi kegusaran kepada penduduk setempat.

Air dah melimpah ke jalan. Dan bahagian dapur rumah aku, air dah masuk. Tapi alhamdulillah tak lama. Ada le dalam sejam jugak. Tapi memandangkan arus sungai yang deras, air surut cepat juga dalam rumah. Hujan pun mula reda.

Tengoklah bila air sungai melimpah. Habis jalan. Kereta atau motor memang dah tak boleh lalu. Sebabnya kawasan rumah aku ni kira tinggi la juga. Then ke depan habis tenggelam. Rumah dari kawasan belakang bersebelahan jalan keretapi dah masuk air paras lutut. Situ memang kawasan rendah.

Bulan puasa tahun ni, merupakan bulan puasa yang ketiga kami berpuasa dan bersahur dalam banjir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...