Isnin, 14 September 2009

Anelka dan agama Islam (Utusan Malaysia)

**Walaupun aku fan Liverpool, tapi bila bab agama, aku sokong sesiapa saja yang beragama Islam**

Anelka dan agama Islam


Anelka dalam aksi.


BAGI peminat bola sepak dunia terutamanya penyokong kelab Inggeris, Chelsea, nama Nicolas Anelka mungkin sudah tidak asing lagi. Dia dianggap salah seorang penyerang paling berbahaya apabila berada di hadapan pintu gol lawan.

Pada musim lalu, dia menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan 22 gol. Anelka kini dikenali sebagai seorang pemain yang sentiasa tenang dan tidak emosional di padang.

Keadaan itu berbeza ketika lelaki kelahiran Versailes, Perancis itu mewakili Real Madrid, Liverpool, Manchester City dan Arsenal. Ini kerana ketika itu dia dikenali sebagai pemain yang suka merungut dan emosional.

Perubahan sikap Anelka itu sememangnya menarik perhatian banyak pihak. Dia dilihat semakin bijak dan tenang dalam apa juga situasi. Dalam wawancara dengan sebuah media di Britain baru-baru, Anelka mendedahkan perubahan di dalam dirinya berlaku sejak dia memeluk agama Islam pada tahun 2004 ketika mewakili kelab di Turki.

''Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya gembira menjadi seorang Muslim kerana Islam adalah satu agama yang penuh ketenangan," kata Anelka atau nama Islamnya, Abdul Salam Bilal Anelka.

Sebelum ini, Anelka pernah menyembunyikan identitinya sebagai seorang Islam kepada umum. Keadaan itu berbeza dengan rakan senegaranya Franck Ribery yang bermain dengan kelab Bayern Munich. Ribery sentiasa berdoa setiap kali hendak memulakan sesuatu perlawanan tetapi Anelka tidak berbuat demikian. Bagi Anelka, agama adalah soal peribadi yang tidak perlu dihebahkan kepada orang ramai.

Namun begitu selepas umum mengetahui agamanya, Anelka telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia kini seorang Islam dan mendapat hidayah pada tahun 2004, ketika bermain dengan kelab Fenerbahce, Turki.

Anelka yang dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, menghabiskan masa kecilnya di Trappes - sebuah kota kecil di pinggir barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang yang tiada agama. Pada ketika itu, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim dan di situlah dia mula tertarik dengan Islam.

Ketika ditanya dalam satu wawancara kenapa dia memilih Islam, Anelka menjelaskan, '' Islam adalah cara hidup yang sesuai dengan dirinya dan saya berasa tenang selepas menganut agama itu."

Anelka mengakui, sejak menjadi seorang Muslim, ia banyak membawa perubahan positif kepada dirinya sama ada sebagai seorang hamba Allah mahupun seorang pemain bola sepak profesional.

''Islam membimbing saya untuk bersikap arif dan ini banyak membantu saya supaya sentiasa bersikap tenang dan bersemangat tinggi ketika turun ke padang. Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada ketika di dalam atau luar padang.

Ketenangan

''Saya menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan, oleh itu saya perlu mencari ketenangan dan akhirnya saya menemui Islam," katanya.

Dari sudutu kehidupan peribadinya, Anelka bernikah dengan seorang warga Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Morocco.

Walaupun berbeza agama, namun ia tidak menggugat pendirian Anelka terhadap Islam, malah untuk perancangan masa depan Anelka bercadang untuk bermastautin di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), apabila bersara kelak.

Apa yang menarik biarpun terpaksa mengharungi perlawanan ketika bulan Ramadan, namun Anelka tetap taat menunaikan ibadah puasa.

''Kami mempunyai ramai pemain beragama Islam dalam liga Inggeris dan kami tetap berpuasa kerana ibadah itu tidak menjejaskan kemampuan kami. Sebagai seorang Islam kami wajib menghormati Ramadan,'' kata Anelka.

Bagaimanapun Anelka mengakui beberapa kali ketika bulan Ramadan, dia mengalami kecederaan sehingga tidak memungkinkan dia berpuasa.

Kini Anelka menjadi salah seorang pemain bola sepak yang dikagumi dan dalam masa yang sama berusaha menjadi Muslim yang baik.

Kehadiran Ramadan kali ini disambut oleh Anelka dengan penuh kesyukuran dan yakin selagi dia berada dalam Islam, selagi itulah kehidupannya akan terus diberkati.

Sesungguhnya, Anelka bersyukur kerana pemindahannya ke Turki telah membolehkan dia menemui agama yang sebenar iaitu Islam. Kehidupannya yang sebelum ini terumbang-ambing tanpa agama, kini dipenuhi dengan seribu ketenangan.

Santai Raya: Hujan dan Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda


First dengar lagu ni, hati aku terdetik. Then bila aku layan kat YouTube, aduih! Aku betul-betul sebak. Betapa lagu ini sangat menyentuh jiwa. Walaupun secara keseluruhan lagu ni rancak. Tapi, penghasilan lirik dan penghayatan yang diluahkan oleh Raihan dan Hujan cukup menyentuh perasaan. Suasana kampung dan kehidupan Noh sebagai seorang anak pemandu teksi yang secara keseluruhan jalan cerita berkisarkan kehidupan yang terketinggalan.

Betapa ibu bapa sanggup menghabiskan berkorban demi kehidupan anak-anak yang dicintai. Sesusah manapun, mereka sanggup berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati oleh anak-anak. Namun, pernahkah anak-anak terfikir akan susah payah, penderitaan yang terpaksa ditanggung? Kebanyakkannya tidak.. Sekiranya mereka menghargai apa yang telah dikorbankan oleh ibu-bapa, pastinya tiada lagi akan pusat asuhan orang-orang tua, tiada lagi gejala yang tidak bermoral. Apa pun, lagu ni memang best. Memang menginsafkan. Dan yang lebih penting mesej yang hendak disampaikan...

**Download link sebagai Usaha Mempromosi Album Tersebut. Sekiranya korang berminat, boleh a dapatkan di pasaran sekarang.**





Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri

Ayah Bonda Yang Dicintai

Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup BerbaktiDi Aidilfitri,Di Aidilfitri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...