Selasa, 3 Jun 2008

Bila Hati Mula Sedih



Liku-liku kehidupan semakin perit dengan pelbagai karenah manusia yang perlu dilayani Kadang-kadang perilaku mereka sangat memualkan. Paling tidak, langsung tak peduli dengan apa yang akan / nak berlaku. Klasifikasinya, Karenah Birokrasi Yang Korupsi. Apa tidaknya, seringkali aku terpaksa mengharungi masalah dengan mereka-mereka ini.


Sebagai contoh, seminggu lepas, aku ke Pejabat Pos CHAI LENG PARK untuk memperbaharui cukai jalan yang akan ta
mat tempoh pada 1hb Jun. Selalunya, aku tidak perlu nak jawab pelbagai soalan. Cuma berpandukan pada geran dan salinan yang dihantar oleh Takaful untuk insuran. Tetapi, kali ni pelik pulak. Aku terpaksa menjawab pelbagai soalan, then beberapa minit kemudian, petugas kaunter tu bagitau, aku kena buat pembatalan Hak Milik Dituntut kerana dah selesai hutang. Apa masalahnya dengan status tu? Aku kena pergi JPJ untuk buat pembatalan. Aku pelik, apa masalah korang sebenarnya? Cubalah jangan menyusahkan orang ramai. Kalau orang nak renew cukai jalan pun susah, macamana orang nak buat cukai jalan. Patutla ramai yang si penunggang motosikal ramai yang tak ada cukai jalan.

Pergi JPJ, si sekuiriti tu pulak bagitau, kalau nak buat pembatalan kena ada surat dari bank menyatakan aku dah selesai bayar hutang. Ler!!! Hati aku panas sangat, sudah le terkejar sana, terkejar sini, last-last apa pun tak jadi. Memang SIAL lah. Korang selalu komplen, ramai penunggang tak ada cukai jalan. Tetapi kalau macam ni punya keadaan, nak salah siapa? Salah penunggang la kan, sebab tak ada cukai jalan. Tetapi yang menyusahkan penunggang untuk amik cukai jalan tu siapa? Kenapa? nak kena sogok duit baru bleh setel semua? Macam ni kot agaknya. Macam citer 3 Abdul bilamana Ahmad Nespu bagitau kat khadam Ismet "Makan Suap".

Please la, sepatutnya korang le kena jaga hak pengguna dan hak orangramai. Jangan tau komplen saja. Bila orang ramai komplen pasal korang, korang marah. Aku tau la korang tu ada kuasa, ada power ada mandat dari kerajaan. Hari ni masa aku tengok buletin utama, ramai nelayan tak dapat ke laut kerana nak dapat subsidi minyak tu kena tunggu, memang menyedihkan la. Itulah punca rezeki diorang. Kalau tak ke laut macamana nak dapat hasil. Betul nak implementasi sistem baru. Tapi patutnya cuba dahulu. Buat secara berperingkat. Ini tidak, sistem tu tak stabil, terus guna pakai. Siapa yang jadi mangsa? Nelayan tu la. Bila tanya ngan Pengarah, dalam masa seminggu kita akan selesaikan masalah tu. Dalam masa seminggu tu juga la, si nelayan ni terpaksa menunggu. Berhari-hari tak ke laut nak cari rezeki sebab kena tunggu.

Sepatutnya, perkara ni mesti ditangani dengan segera. Perlu serius dalam melaksanakan sesuatu prosedur. Tengok kiri dan kanan, sama ada menyusahkan atau tidak. Adaptasi le secara berperingkat. Baru le tak rasa kesannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...