Khamis, 15 Januari 2009

Sekitar Kenduri Kesyukuran pt II


Satu sikap yang aku paling suka kat kampung tu, kemuafakatan dan kekitaan yang menjadi setiap kenduri meriah. Yang pihak perempuan dengan cara perempuannya. Dan yang pihak lelaki dengan kelelakiannya. Tengok le sendiri. Betapa meriahnya pihak perempuan menyediakan bahan untuk dimasak.

Yang pihak lelaki, sibuk dengan memasak. Masing-masing saling bekerjasama untuk menjadikan kenduri hari tu meriah sangat. Jauh terpencil dari kesibukan bandar. Memang mendamaikan. "Promosi sikit. Ni lah namanya Parit Midon, Ulu Dedap @FELCRA Changkat Lada, Daerah Hilir Tengah dalam Teritory Teluk Intan dan kawasan Jajahan Kampung Gajah."

Ni la kaum lelaki. Memang sibuk. Biasalah orang-orang tua ni. Banyak sangat yang dibuat. Sampai banyak yang tak terbuat.

Anak-anak muda kampung tu, memang tak terlepas dari kejutan budaya bandar. Tapi, boleh gak la bawak buat kerja. Rasanya la...
Posted by Picasa

Sekitar Kenduri Kesyukuran...

 
 
 
 

Patutnya aku update masa aku balik sini hari tu, tapi ntahlah, sejak dua menjak ni, aku pun dah jarang nak online. Asal cuti ja, aku mesti sibuk dengan rumah bbaru aku tuh. Maklumlah, dok sibuk dengan wiring, plumbing dan sebagainya. Alhamdulillah. Hutang ngan bank pun dah settle. So, boleh la aku fokuskan kat umah aku tu.
Dah dekat dua bulan bertungkus-lumus. Akhirnya siap sudah umah aku. Minggu ni pun, aku sibuk jugak. Nak pastikan umah aku bersih. Maklum je lah dah tinggal lama sangat. Hampir 8 tahun aku tak pernah gi jenguk pun. Tahun lepas, bila ada rezeki lebih sikit, aku habis-habisan buat umah aku tuh. Cuma tak pasang mosaic atau jubin ja lagi. Kos tinggi le sikit sebab banyak perkakas kat dalam umah tu hilang kena kebas dek penyagak.

Kenduri kesyukuran ni, adik ipar aku yang buat. Aku ngan family cuma tumpang tampung apa yang patut. Kebetulan lak, WD buat pertama kali tutup kilang sampai empat hari. Inilah peluang aku yang ada. So, take it. Memang meriah,Pada asalnya nak wat pada 25hb dis. Tapi, biasalah. Bila dah cuti sekolah ni, ramai lak yang nak wat kenduri. So, pakat-pakat berebut tarikh nak kenduri.
Posted by Picasa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...