Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Khamis, 15 Januari 2009
Sekitar Kenduri Kesyukuran pt II
Satu sikap yang aku paling suka kat kampung tu, kemuafakatan dan kekitaan yang menjadi setiap kenduri meriah. Yang pihak perempuan dengan cara perempuannya. Dan yang pihak lelaki dengan kelelakiannya. Tengok le sendiri. Betapa meriahnya pihak perempuan menyediakan bahan untuk dimasak.
Yang pihak lelaki, sibuk dengan memasak. Masing-masing saling bekerjasama untuk menjadikan kenduri hari tu meriah sangat. Jauh terpencil dari kesibukan bandar. Memang mendamaikan. "Promosi sikit. Ni lah namanya Parit Midon, Ulu Dedap @FELCRA Changkat Lada, Daerah Hilir Tengah dalam Teritory Teluk Intan dan kawasan Jajahan Kampung Gajah."
Ni la kaum lelaki. Memang sibuk. Biasalah orang-orang tua ni. Banyak sangat yang dibuat. Sampai banyak yang tak terbuat.
Anak-anak muda kampung tu, memang tak terlepas dari kejutan budaya bandar. Tapi, boleh gak la bawak buat kerja. Rasanya la...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan