Memandangkan Raya kian menjelma.. Ramai la yang dah mula balik ke kampung. Maklum je la, kali ni ja boleh ambik cuti panjang..Kebetulan pula, Raya mungkin jatuh hari rabu (kalau ikut Ruqyah sah hari rabu). Petang tadi masa aku gi Seberang Jaya untuk membeli juadah berbuka, sempat le juga aku ambil beberapa snap untuk blog aku. Memang sudah menjadi aktiviti aku le kot. Lebuhraya utara-selatan dari Jambatan Pulau Pinang mula sesak. Laluan ke arah utara terutama ke Sungai Petani, Alor Setar dan Perlis bersesak-sesak dengan kenderaan.
Snap dari atas jejantas Seberang Jaya, kenderaan dari Penang Bridge ke Utara dipenuhi dengan kenderaan. Ramai yang mula dah balik ke kampung halaman.
Biasa le kalau dah musim perayaan namanya. Hari terakhir bekerja sebelum menyambut raya...Ramai yang mengambil cuti panjang.. Kalau ada yang bekerja Isnin dan Selasa ni?? Aku le tuh.. Hehehe