Ahad, 31 Ogos 2008

Ramadhan : Berterawih Bersama YB Ariff Shah Omar Shah


Awal Ramadhan, beginilah suasana Masjid Jalan diawal permulaan Ramadhan. Malam ni adalah malam pertama berterawih. Aku pun tak menjangka yang YB Ariff Shah nak berterawih sekali. Kebetulan pula aku bawa digital camera (tengah kemaruk sebenarnya, maklum je lah, baru beli). Peluang yang ada jangan disia-siakan.


Masjid Jalan Baru menjadi tempat pertama YB Ariff Shah berterawih. Sampai habis YB tunggu. 23 Rakaat. Sepanjang 23 rakaat tu, aku dok sebelah dia ja. Aku kagum sebab langsung tak ada rasa kecewa kat mukanya. Pada aku, sepanjang dia menjadi ADUN kat Seberang Jaya ni, apa saja masalah, cepat ja dia selesaikan. Yang menjadi permasalahan ialah orang bawahan dia. Selalu ja kantoi. Tu sebab orang jadi tak berapa suka kat UMNO. Lagi satu, memang dah adat orang melayu, selalunya yang atas-atas tu tak le kisah sangat. Yang bawah-bawah baru nak naik ni ja selalu buat perangai. Abis camana? Anyway, aku respect Ariff Shah, YB berjiwa rakyat. Duduk sekali berterawih tanpa sebarang layanan istimewa. Dia dok row yang kedua, sebelah aku. Hehehe...

Lepas terawih, terus blah. Amik ja suasana malam tuh. Memang aku suka amik gambar pada waktu malam. Sebab rasa aman sangat. Cuma satu ja, gambar akan jadi malap. Biasa le. Malam yang kelam.


Ni lah suasana malam kat Masjid Jalan Baru. Cahaya lampu yang menerangi cukup mendamaikan.
Posted by Picasa

Merdeka @ Birthday

Malam Merdeka? Merdeka kah malam ini? Kalau hanya setakat main bunga api tu, apa lah sangat merdekanya. Tapi, tak macam malam-malam Merdeka tahun-tahun sebelumnya. Pak Lah pun dah slow. Acara malam Merdeka juga tak disiarkan secara langsung. Kalau tidak, mesti ada "countdown" Merdeka. Ah!! Merdeka kah kita? Sebenarnya kita belum Merdeka...Kerana apa? Kerana beban inflasi yang semakin meningkat. Kita masih dijajah dengan pelbagai beban dan tekanan. Okeh!!

Petang tadi masa nak balik keja, sempat aku jenguk ke Queensbay. Ramainya umat. Tak solat Maghrib ke? Penuh dengan muda-mudi yang pastinya sedang menunggu untuk menyambut Merdeka. Sedangkan malam esoknya adalah lebih meriah sebabnya kita akan sambut Ramadhan Al-Mubarak. Aku yakin dan aku pasti, mesti tak ramai muda-mudi ini yang akan ke masjid bagi mengerjakan Sunat Tarawih bagi menyambut kedatangan Ramadhan.


Ceria je aku nengok anak aku yang kecil sekali ni. Memang meriah dengan dia. Tak senang duduk. Mesti ada saja kerja yang nak dibuatnya. Ingat senang ke nak dapat posing macam ni. Susah. Jenuh nak kepung.

Aksi spontan. Sebenarnya dia baru nak kacau komputer tu. Tangan tu, kalau tak tekan keyboard tu, memang tak sah. Ada saja yang nak ditekankan. Then kakak pula datang nak ambil turun. Dengan selamba buat posing. Aku pun amik snapshot.


Birthday girl. Belated birthday. Excited sangat nak suh beli kek. Aku saja je buat suprise. Dah 5 tahun. Selalunya just rai satu family ja. Beli kek, potong kek dan amik gambar dan makan. No Birthday song... Dan tak ada lilin untuk ditiup.

Mula tuh, nak gak amik Kek yang special sikit. Tapi, bajet lari sikit. So, amik yang sederhana ni saja. Tak kisah la. Yang penting, dia suka. Cuma aku je tak suka. Memang tak suka makan kek. Tak tahu pasal apa.

Anyway.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-51 dan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Muslimin dan Muslimat. Mudah²an Ramadhan tahun ini memberikan kesempatan yang penuh bermakna.
Posted by Picasa

Khamis, 28 Ogos 2008

Berakhir Sudah Episod Permatang Pauh...

Sebagaimana yang semua orang tahu, DSAI akan mengangkat sumpahnya sebagai MP pada pagi ini (28/8/2008). Makin kuat penyokongnya berteriak "Selamat Datang Putrajaya". Pelbagai yang aku dapat lihat samada di Media Kerajaan dan Bloggers. Terlalu banyak perkara yang berlaku.

Aku?? Aku kena keja da....Lagipun, aku tak mengundi di Permatang Pauh. Aku kawasan Bagan. Tapi, tu lah. Macam-macam perkara dan karenah yang aku dengar bila Isteri aku bercerita. Memang kelakar. Pada aku, sebenarnya sebelum pilihanraya lagi, aku merasakan peluang adalah 50-50, untuk PKR dan BN, tapi tidak bagi AKIM (perabih duit ja, RM10,000 pi Mekah lagi baik dari dok perabih pi bertanding. Jangan harap la nak menang). Yang pasti, Permatang Pauh adalah Kubu kuat Anwar dan Wan Azizah. Semuanya berpunca dari tindak tanduk kepimpinan sebelum ni. Mereka marah dengan apa yang berlaku. Mereka hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN. Tu sebab, orang lain tak boleh menang.

Seberang Jaya, Jalan Baru dan hampir kesemua kawasan Permatang Pauh, cuba la gi tanya, kenapa mereka tak sokong BN. Jawapan pasti akan dapat sama. Apapun, post-mortem harus dilakukan oleh segenap pelusuk warga BN. Muhasabah balik, di mana kesilapan. Yang pasti, masyarakat tempatan sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN.

Apa yang aku kesalkan kat sini ialah, sikap kutuk mengutuk lebih kepada serangan peribadi terhadap saingan masing-masing, ditambah pula dengan ketidak telusan penyampaian maklumat oleh media utama, menjadikan masyarakat jelik dan mual dengan media arus perdana. Pertimbangkan lah.


Sabtu, 23 Ogos 2008

Sumpah Oh Sumpah

Masa tengok Buletin Utama kat TV3 tadi, ada beberapa perkara yang aku rasa macam ada yang tak kena. Bukan nak tuduh atau apa, cuma apa yang berlaku tadi seolah-olah mereka-mereka ini takut dengan bayang-bayan sendiri. Sumpah pula menjadi protector.

Pertama: Najib Tun Razak bersumpah (secara tak rasmi, katanya) di dalam Masjid Guar Perahu dalam mempertahankan dirinya dari tuduhan terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Kedua : Tajol Rosli juga bersumpah dalam mempertahankan dirinya dari tuduhan beliau terlibat dalam penangkapan Exco PKR baru-baru ini.

Apa yang sebenar berlaku? Sekiranya Saiful tidak bersumpah, rasanya sehingga hari ni sumpah laknat pastinya tidak terucap. Pernahkah mereka-mereka ini terfikir akan laknat dan bala yang sedang menanti seandainya mereka berbohong? Ya allah, selamatkan lah mereka-mereka ini dan selamatkan lah semua umat islam di dunia ini dari laknat dan bala-Mu. Ya Allah.

Lirik Minggu Ini : Sahabat - Aizat AF5


Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus: Aku disini dan menunggu Diam tanpa dirimu Kau tahu ku tak bisa Beranjak terbang dan melayang tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Download kat sini

Jumaat, 22 Ogos 2008

RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH



Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

Tuan/Puan,

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Tanggal : 18 Sya’ban 1429/20 Ogos 2008.
Posted by Picasa

Back to 2007



Sejak masuk bulan Ogos ni, aku rasa macam balik ke Ogos tahun lepas. Apa taknya, masa tu aku kena transfered dari PN2 ke PN1. Apa tidaknya, OT semua kena kurang. Macam minggu lepas, 3 hari off langsung tak dipanggil untuk buat OT. Aku tak kisah la sangat. Tapi, bila aku masuk keje balik tengok schedule, wah wah wah.. Kroni-kroni semua dapat OT full. Mau tak bengkek aku nih. Dasar pengampu.... Ataupun memang macam tu agaknya. Nak kena mengampu lebih-lebih baru boleh dapat apa yang kita nak. Atau memang dasar orang "MELAYU" macam tu. Suka diAMPU. Totally F**ked up.

Bagi aku senang je, kalau pun diorang tak bagi OT kat aku, aku tak risau. Rezeki tu kan datangnya dari Allah s.w.t. Biarlah apa diorang nak buat. Cuma cara tu yang tak kena. Bila cara tak kena, ramai yang tak puas hati. Bila ramai yang tak puas hati, maka akan jadi satu puak yang berdendam. Bila dah jadi macam tu, pasti akan jadi kacau-bilau, saling tembak-menembak. Dan kebanyakkannya berakhir dengan penyerahan surat letak jawatan. Memang itu yang mereka mahukan. Terus terang cakap, tahun lepas pun ramai yang resigned sebab kes-kes macam ni. Tahun ni buat balik.

Risiko bekerja "in-house" macam ni la. Semuanya kena ikut kehendak Customer. Tambahan dengan persaingan sengit "outsource vendors" yang menunggu giliran untuk mengambil alih kontrak yang ditawarkan oleh Western Digital. Memang tiada pilihan. Mahu atau tak, harus ikut rules and regulations yang ditetapkan oleh customer. Aku dah beberapa kali minta ditukarkan ke Warehouse sendiri. Tetapi terlalu sukar. Alasan yang diberi pun kadang-kadang tak cukup kuat. Sampai ada satu waktu aku pula yang malas nak pergi. Tunggu lah sebulan dua ni. Mana tahu, kalau-kalau ada rezeki kat tempat lain. Resign tu tidak le. Berubah angin. Mungkin masuk airport, mungkin masuk port, mungkin masuk warehouse. Mana saja ditempatkan, insya-allah aku boleh hadapinya.
Posted by Picasa

Khamis, 21 Ogos 2008

Yang Ini Atau Yang Itu??

Agak terlalu lama memendam rasa untuk mendapatkan handphone baru. Namun, terlalu sukar rasanya. Walaupun harga tak seberapa, tapi hakikatnya. Aku tak mampu. Bukan tak ada duit. Ada. Cuma mungkin aku lebih komited dengan urusan lain yang aku rasa lebih dan harus diberi keutamaan. Kat bawah ni, ada dua jenis handphone yang aku memang berkenan sangat. Buat masa sekarang ni, susah le sikit nak beli. Tapi tahun-tahun akan datang tak tau le pulak. Mana le tahu kalau ada handphone yang lebih canggih dari ini. Tiap-tiap hari model dan kepelbagaian kegunaan dikeluarkan.


Model : Sony Ericsson P1i - Camera : 3.2 megapixel. Functions lain - PDA, ada Wi-Fi (WLan), Ada radio, Mp3, Mp4 dan macam-macam lagi.
Maklumat lanjut : Bawa le ke sini.


Model : Sony Ericsson K630i - Handphone 3G yang agak murah. Kelebihan boleh play format *.wmv. Memang menarik. Kamera 2.0 megapixels. Dan functions lain yang menarik.
Nak tahu lebih lanjut gak. Meh ke sini

Insya-allah, kalau ada rezeki dalam masa terdekat ni, aku akan ambil gak. Alang-alang nak beli, biar puas hati.
Posted by Picasa

Rabu, 20 Ogos 2008

Anak Siapa Ni Eeee???


Actually, ni le anak aku yang paling kecil. Baru nak masuk 2 tahun. Sama umur dengan aku join EGL (Skang ni dah jadi CEVA). Biase le dia. Kalau dah dapat Mr. Potatoe tuh.

Penuh konsentret amik kentang goreng tuh.

Memang favorite dia dengan kentang goreng. Especially Mr. Potatoe. Tapi Pringles dia tak minat.
Posted by Picasa

Selasa, 19 Ogos 2008

Flooded Strikes Again .. cont'd


Pagi-pagi lagi riuh rendah kat tepi umah aku ni. Rupa-rupanya, jiran sebelah tengah ambil senarai nama untuk mendapat sumbangan dari PKR. Hehehe!! Aku pun numpang gak.


Isk! Isk! Tak sangka pula yang DSAI dan Isteri pula yang sampai. Datang melawat kawasan. Peluang yang ada jangan disia-siakan. Walaupun bukan pro memana, asalkan ada yang datang, kita sambut. Meriahkan keadaan.


Sempat juga menikmati juadah sampingan. DSAI dan Isteri.


Taklimat ringkas Encik Zamri sebelum memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.


Sedang memunggah barang-barang makanan sebelum disumbangkan kepada penduduk mangsa banjir.

.

Flooded Strikes Again


Anak sapa ni ee? Alahai anak jiran aku rupanya. Macam itik. Asal banjir je, baju tu mesti tukar sampai lima enam kali (5,6 X). Apa nak buat ee? Dah memang gitu ghupanya. Biarkan ajelah.


Ni kira dah sampai tahap kritikal dah ni. Rumah orang len blom masuk air lagi, rumah aku? Dah, jerap thru' bilik air. Apa lagi? Pindah sebelah rumah le jap. Rumah sebelah tu tinggi le sikit. Dalam rumah langsung tak leh nak masuk.


Nengok le air sungai tu? Kalau nak diikutkan, sungai tu dah cukup dalam. Baru beberapa hari lepas dikorek dan dibersihkan. Tapi, tu lah. Sungai ni kira "main road" kepada laluan untuk terus ke laut. So, memang tak ada pilihan. Punca utama tu, ada le disebabkan oleh laluan air yang sempit disebabkan oleh train railways. Kira, bila air laju je, mesti tak dapat nak tampung laluan tu. Then, bila ada pula pokok "keladi bunting" lalu. Habis....Melimpah



Percaya atau tak, dalam air kat sini sampai ke paras lutut? Memang tak percaya kan? Actually this is the fact. Rumah-rumah kat sini memang tinggi. Tapi tinggi lagi air banjir ni. Lantai rumah kat sini dah dinaikkan. Dari bumi ke atas je dah paras lutut. So, bila macam ni? Memang paras lutut le.


Ni le rumah aku. Air memang dah masuk dalam dah. Paras buku lali kat dalam rumah, tapi paras lutut kat luar rumah.


Rumah jiran, selamat sikit. Terlebih tinggi sikit je. Tapi penuh gak kat sebelah dapur sana. Ni la dugaan yang memang kami akan hadapi setiap 5 hingga 6 bulan sekali.

Isnin, 18 Ogos 2008

Liverpool Anthem : You'll Never Walk Alone (Liverpool Fan Club)


You'll Never Walk Alone

When you walk through a storm
hold your head up high
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky

And the sweet silver song of a lark.
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho' your dreams be tossed and blown.

Walk on, walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never, ever walk alone.
Walk on, walk on with hope in your heart

And you'll never walk alone,
You'll never, ever walk alone.


Untuk Download: Klik Sini

Sabtu, 16 Ogos 2008

Direct download service

As we move to new server we have more space and bandwidth to spare. So we like to announce that we just start direct download service.
For starting we provide manga download, which is upload by user.
+ All user can upload it.
+ User can request
+ Regular uploader can bypass moderator review

To use it just come over to the forum and click Download link. Of course there some regulation regarding the file.

Happy downloading.

View Original Article

Blogged with the Flock Browser

Tuhan! Kami Rindukan Naungan Wahyumu

Menentukan pendirian di zaman yang penuh kekeliruan dan pancaroba ini adalah sesuatu yang amat sukar. Banyak perkara yang beritanya itu begitu banyak, tetapi untuk memastikan yang benar mengenainya bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi barangkali zaman kita ini zaman kekeliruan dan kemunculan begitu ramai ruwaibidoh.


Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan asnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).


(more…)

View Original Article

Blogged with the Flock Browser

EPL - 2008/2009 Is Just To Begin


Premier League akan bermula dalam masa terdekat ini. Malam ini akan bermulalah segalanya. Tumpuan aku... Mestilah Liverpool. So.. Baca sini. Pembuka tirai. Liverpool vs Sunderland. Way to go Liverpool.

Sunderland v Liverpool

A preview of the match between Roy Keane's Sunderland and Rafa Benitez' Liverpool.

This is Sunderland's eighth campaign in the Premier League and they face the Reds on Saturday chasing their 50th league victory over the Merseysiders.

Liverpool kick off the season leading Manchester United by one in terms of league titles (18 to 17), but without having won a major trophy for two seasons.

The Black Cats have failed to score in seven of their last eight Premier League meetings with Liverpool.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Jentera Mula Bergerak


Sebagaimana yang semua ketahui, Pilihanraya Kecil bagi kawasan Permatang Pauh akan diadakan tak lama lagi. Perang poster sudah mula menular, begitu juga dengan bilik gerakan Jentera parti masing-masing sudah mula beroperasi. Kali ini memang sengit. Perbezaan yang amat ketara.



Pertandingan yang sangat sengit. Pertembungan dua ahli yang sangat disegani. Rata-rata bilik gerakan Barisan Nasional. PKR?? Belum ada lagi. Yang pasti memang sesuatu yang luar biasa. Just tunggu 26/08/08. Detik bersejarah akan tercipta.

Sabtu, 9 Ogos 2008

Lyrics Of The Week : Rimas - Fabulous Cats

Nananananananaâ

(ALYA)
Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari cari ketenangan diri

(ADEEP)
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu mahu engkau hadir dalam diri ini

(ALYA)
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu

(ADEEP)
Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tersembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

(chorus)
Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas

(Cat Rap)
Tinggalku sorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang
Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang
Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang

Terbokangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkangkang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang

(Chorus)
Nanananananana…ohhh

(Bridge)
Lari lari aku
Lari tinggalkan
Tinggalkan semua ini
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan

Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi.. kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri

(Chorus) x2
Nananananana.. ohhh

Untuk Download Lagu: Klik Sini

Sukaneka Kemas 2008


Alahai, beginilah rupanya bila dah berjemur tengah panas. Muka masing-masing dah jadi kelat. Demi KEMAS Jalan Baru, Kami sepakat untuk dapatkan hadiah. Tapi semuanya macam hampeh. Pengadil yang tak adil dan telus.

Masing-masing dah excited nak mengharungi ujian. Fuh!!! Dok teriak, TABIKA BOLEH...Tapi pengadil tak boleh...

Suasana meriah kat bawah "canopy". Acara yang paling digemari ramai. Makan!!

Entah berapa kali si DJ tu dok habaq, "keluarga dan waris sila berada di luar kawasan garisan. Berilah peluang untuk anak-anak lari dengan sempurna." Tapi masih ramai lagi MAK dan BAPAK yang tak PAHAM bahasa. Dok lagi kat dalam kawasan.

Berhibur sebelum memulakan upacara dan acara. Biasalah bebudak ni. Bagi hilang gentar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...