Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Jumaat, 23 Januari 2009
Boikot Amerika, Boikot Israel.............
Cahaya pagi di Jalan Baru....
Terbitnya matahari yang membawa seribu pintu rezeki..
Manusia berkejaran menuju destinasi...
Keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa membuka ruang kepada manusia untuk terus bernafas dan hidup dalam mencari keberkatan.....
**Apa yang bakal aku luahkan kat sini, hanyalah sekadar pandangan peribadi. Dan jangan pula disalah erti kerana aku bukan penganalisis dan juga bukan educated person yang mempunyai lulusan diploma, sarjana mahupun ijazah.**
Dalam kita kalut-kalut untuk memboikot produk Amerika dan Israel, sebenarnya Allah yang maha Esa telah pun mem"BOIKOT" negara tersebut. Mungkin kita tidak sedar, bahawasanya kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika adalah BALA yang diturunkan kepada negara tersebut dan secara tidak langsung merupakan pem"BOIKOT"an Allah terhadap mereka yang ingkar kepada-Nya dan juga balasan kepada mereka yang menghina dan cuba menghancurkan ISLAM khususnya. Disamping, maksiat dan segala perkara mungkar yang dilakukan.
Semuanya bermula apabila syarikat Insuran gergasi dunia AIG mengalami kerugian, pastinya ramai yang ketahui AIG merupakan salah satu syarikat yang merupakan penyumbang terbesar kepada Israel. Dan diikuti pula kejatuhan Lehman & Brothers. Impak kepada dunia cukup besar. Wall Street mula menampakkan kesusutan. Saham niaga jatuh merudum kepada paras yang paling rendah, pernah dicatat. Negara-negara yang berurusan dengan Amerika juga turut merasa kesan kemelesetan. Jepun, England dan beberapa sekutu Amerika yang pernah menyerang Iraq menerima akibatnya.
Malaysia juga tidak terkecuali. Ini adalah kerana sebahagian besar pelabur datangnya dari Amerika. Intel, AMD, WD, Jabil, Agilent dan beberapa nama besar mula goyah. Hari ini Intel pula membuat pengumuman untuk menutup salah satu plant operasinya di Malaysia. Sebagaimana maklum, Intel merupakan syarikat yang agak besar yang beroperasi di Malaysia, penutupan ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sub-contract dan vendor yang berurusan dengan Intel juga menerima nasib sama. Pastinya banyak syarikat kecil akan gulung tikar.
Lebih buruk lagi, kesan ekonomi global yang merudum dicemari pula dengan keganasan Yahudi Laknatullah secara berterusan membedil bumi Palestine. Kesan mendadak kepada ekonomi dunia. Perbendaharaan Amerika Syarikat mula menjadi tempat kepada pelabur, pengusaha membuat rayuan. Beberapa syarikat automotif menerima bantuan perbendaharaan demi menyelamatkan syarikat daripada bankrupt. Apakah kesan seterusnya kepada ekonomi dunia? Tak siapa pun tahu. Kejutan demi kejutan dalam saham Wall Street cukup membimbangkan kebanyakkan pelabur. Ini menjadikan kelembapan dagangan di pasaran saham dunia.
Langgan:
Catatan (Atom)