Rabu, 2 Julai 2008

Kenapa aku kecewa?


Kenapa aku kecewa?
1. Aku tak dapat beli hand phone idaman, kerana ada orang lain yang lebih memerlukan duit. Lalu pinjam kat aku. So, aku tak kisah. Yang penting orang yang pinjam dapat atasi masalah yang kritikal berbanding aku. Apa la sangat hand phone tu. Lain kali boleh beli (sampai hari ni, masih lagi tak dapat nak beli). Alhamdulillah, si peminjam dapat atasi masalahnya dalam menyelesaikan bil air yang tertunggak hingga menyebabkan pihak PBAPP nak blok meter airnya.

2. Aku tak dapat nak beli motosikal baru gara-gara peguam pemaju dan peguam bank berhari-hari telefon aku suh gi sain kontrak pembelian rumah. Duit aku memang dah standby untuk buat downpayment motor. Tapi, memandangkan rumah lebih penting. So, aku lupakan dulu hasrat nak beli motor tuh. Sampai hari ini, masih lagi menunggu surat penukaran hak milik rumah.

3. Borang dah cantik, semua dah lengkap, bank pun dah call buat confirmation, last-last bank call lagi skali bagitau loan keta aku kantoi. Sebab nama blacklist. Sangkut hutang kad kredit. SIAL mana pulak buat pedajal aku nih!! Apa lah salah aku kat korang aaa? Bila aku buat baik, korang ambil kesempatan. Bila aku buat jahat. Tau pulak kata aku ni jahat. Selama ni pun, aku tak pernah lagi nak pedajal orang. Apatah lagi nak musnahkan masa depan orang lain. Kalau boleh, aku nak ambil semua risiko. Biar aku teruk, janji orang lain senang.

4. TV aku rosak, dalam perancangan boleh la aku beli TV lain, tengok bajet memang cukup. Dah, PAK LAH pulak gi announce petrol naik harga. Habis bajet lari. Sebulan terpaksa aku spent sebanyak RM150 untuk petrol saja. Tidak termasuk barang dapur, Touch 'n' Go, makan harian. Kira punya kira satu hari RM15/= (untuk seorang). Kalau seisi keluarga aku? RM30/= (secara kasar la). Mungkin lebih.

5. Dapat tawaran gi Warehouse Bukit Minyak, in-charge untuk DELL Project. Tapi, tak boleh pergi. Sebab khidmat aku diperlukan di WD. Nak tau apa jadi? Langsung tak dapat OT. Ada pun, sebab dah kritikal sangat. Bila nak minta tolong. Kalau tak, 3 hari off, off la aku. Kalau 4 hari off, off la aku. Makan angin. Cukup bulan, makan angin jugak. Dapat gaji, buat belanja petrol.

6. Kenapa aku kecewa? Kalau korang nak tahu, dari kecil sampai sekarang ni, apa saja yang aku hajati tak pernah tercapai. Aku tak pernah dapat. Dan aku tak pernah merasa. Dan, yang pasti aku tak kecewa dengan setiap apa yang tertulis untuk aku, kerana Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang berlaku pada setiap hamba-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...