Rabu, 18 Jun 2008

Welcome To Jalan Baru, Prai.

Aiseh! Pe hal plak ambil gambar dengan tong sampah plak? Actually, kat situ lah tempat aku selalu lepak, rilek, ambil angin dan tempat selalu aku mencari idea sesambil memikirkan sesuatu yang aku perlukan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Hehehe!! Sebenarnya situ tempat aku lepaskan penat. Ye lah, balik dari kerja, sebelum balik umah, aku singgah jap situ. Isi minyak dan sesambil tu, minum setin air sesambil melihat pemandangan sekeliling dan melihat gelagat manusia sekitar.

Blur giler. Inilah "flyover" untuk ke Bukit Minyak, Sungai Bakap, Nibong Tebal dan seterusnya ke Ipoh, KL dan merata lagi. Pada yang menggunakan jalan lama la. Kalau guna highway tu. Kejap saja dah sampai ke destinasi. Ntah kenapa ya, tetiba gambar jadi blur macam tuh. Mungkin disebabkan oleh "setting" tak betul agaknya. Lain kali la aku ubah "setting" tuh.
Ini pula, Masjid yang menjadi kebanggan masyarakat setempat Jalan Baru. Setelah hampir dua tahun pembinaan. Sekarang ni dah siap sepenuhnya. Pada asalnya, mengikut perancangannya masjid ni nak dibina dua tingkat. Tapi dek disebabkan tidak cukup bajet. Jadilah satu tingkat saja. Keadaan agak panas kat dalam, sebab bumbungnya tinggi. Alhamdulillah, masjid ini tetap menjadi kebanggan penduduk Jalan Baru kerana rekabentuknya yang cantik dan terletak pada kedudukan strategik.
Apartment? kondo? Bukan. bukan. Ini adalah asrama bebudak UiTM Permatang Pauh. Senang cakap le, bebudak yang dapat sambung belajar kat UiTM Permatang Pauh, memang bernasib baik. Sebabnya segala kemudahan senang. Nak pergi mana? Cakap je. Pacific (Megamall), Butterworth (Jeti), Penang, Bukit Mertajam. Just say it. Mesti boleh perginya. Kedudukannya di tengah-tengah perjalanan antara Butterworth - Bukit Mertajam. RapidPenang pun melambak. Ambil je bas depan masjid tu, nak pergi mana? Perkhidmatan sampai ke Penang tuh.
Last sekali, PERDA Gateway. Sesapa yang nak ke Bandar PERDA, Pintu Gerbang ni lah yang mengalu-alukan kedatangan anda. Masuk je Bandar PERDA, segalanya ada. Jaya Jusco (masih dalam pembinaan), bank (jangan cakap le, bersepah), kedai makan (24 hours), internet cafe (bukan saja internet cafe, pelbagai khidmat ada untuk memudahkan bebudak Poli, UiTM buat assignment), rumah urut (Huhuhu. Yang ni pun ada), Karaoke (Hiburan sihat keluarga - Ditulis kat banner pusat tuh).

Apa-apa pun, Selamat Datang Ke Pulau Pinang (Seberang Perai actually). Mungkin dalam masa yang singkat ini, Kawasan ini akan menjadi pusat rekreasi, pelancongan dan beli-belah utama selain dari Megamall (Pacific) yang sedia ada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...