Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Jumaat, 22 Ogos 2008
RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH
Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.
Tuan/Puan,
Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.
Saudara/Saudari Sekalian,
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.
Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.
Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.
Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.
Wassalam.
DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Tanggal : 18 Sya’ban 1429/20 Ogos 2008.
Back to 2007
Sejak masuk bulan Ogos ni, aku rasa macam balik ke Ogos tahun lepas. Apa taknya, masa tu aku kena transfered dari PN2 ke PN1. Apa tidaknya, OT semua kena kurang. Macam minggu lepas, 3 hari off langsung tak dipanggil untuk buat OT. Aku tak kisah la sangat. Tapi, bila aku masuk keje balik tengok schedule, wah wah wah.. Kroni-kroni semua dapat OT full. Mau tak bengkek aku nih. Dasar pengampu.... Ataupun memang macam tu agaknya. Nak kena mengampu lebih-lebih baru boleh dapat apa yang kita nak. Atau memang dasar orang "MELAYU" macam tu. Suka diAMPU. Totally F**ked up.
Bagi aku senang je, kalau pun diorang tak bagi OT kat aku, aku tak risau. Rezeki tu kan datangnya dari Allah s.w.t. Biarlah apa diorang nak buat. Cuma cara tu yang tak kena. Bila cara tak kena, ramai yang tak puas hati. Bila ramai yang tak puas hati, maka akan jadi satu puak yang berdendam. Bila dah jadi macam tu, pasti akan jadi kacau-bilau, saling tembak-menembak. Dan kebanyakkannya berakhir dengan penyerahan surat letak jawatan. Memang itu yang mereka mahukan. Terus terang cakap, tahun lepas pun ramai yang resigned sebab kes-kes macam ni. Tahun ni buat balik.
Risiko bekerja "in-house" macam ni la. Semuanya kena ikut kehendak Customer. Tambahan dengan persaingan sengit "outsource vendors" yang menunggu giliran untuk mengambil alih kontrak yang ditawarkan oleh Western Digital. Memang tiada pilihan. Mahu atau tak, harus ikut rules and regulations yang ditetapkan oleh customer. Aku dah beberapa kali minta ditukarkan ke Warehouse sendiri. Tetapi terlalu sukar. Alasan yang diberi pun kadang-kadang tak cukup kuat. Sampai ada satu waktu aku pula yang malas nak pergi. Tunggu lah sebulan dua ni. Mana tahu, kalau-kalau ada rezeki kat tempat lain. Resign tu tidak le. Berubah angin. Mungkin masuk airport, mungkin masuk port, mungkin masuk warehouse. Mana saja ditempatkan, insya-allah aku boleh hadapinya.
Langgan:
Catatan (Atom)