Rabu, 8 Ogos 2012

Kesempatan Yang Melampau

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak bercerita kang susah, bercerita pula kang pun susah. Halnya mudah saja. Khaborkan kepada yang selalu atau yang suka mengambil kesempatan. Biorlah berpada-pada. Kisahnye, kat Masjid kawasan teman ni la. Sepanjang ramadhan ni, AJK Masjid sepakat mengadakan majlis berbuka puasanye. Macam biasa la meraikan orang yang berpuasa. 

Yang tak sedap kisahnye, kebelakangan ni ada le cakap-cakap belakang perihal ada sesetengah orang yang berbuka, siap bawak balik lagi makanan. Hinggakan ada jemaah lain yang nak berbuka langsung tak ada makanan. Selalunye, lepas berbuka sedikit, solat maghrib berjemaah. Lepas solat maghrib, baru le ada hamba Allah lain yang akan sambung makan. Tapi, bila dah habis solat nak gi makan, apa pun tarak. Ada umat lain yang amik bawak balik habis. Tak ke kesian kat hamba Allah yang lain. Pada yang dok wat keje macam tu, ingat-ingatlah orang lain sama. Takkan nak "save" sampai tak peduli orang lain. Top up RM30 bleh beli. Takkan ngan makanan nak berkira kot. Kesian le kat orang lain yang kebanyakkannya ada yang bermusafir. Jangan dok ingat diri kita je.

Harap-harap, lebih le prihatin. Kadang-kadang kita terlalu mementingkan diri sendiri. Mudah-mudahan kita mendapat pahala yang berganda dalam bulan yang mulia ini..

Olympic 2012 - Happiness, Sadness and Glorious































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...