Selasa, 22 Julai 2014

DIMANAKAN KUCARI GANTIMU EPISOD 4

Dia pernah mengajak aku minum di coffee-house kebiasaannya sebab lama tak bertandang ke situ. Selalunya selepas show dia balik ke rumah tidor. Dia tidak menolak bila ku ajak dia singgah ke kelab malam yang masih "on" hingga jam 4 pagi, untuk menyaksikan rock group kenalannyaperform . Kehadirannya dialu-alukan kumpulan itu dan tepuk sorak patron kelab  sebagaimana  layaknya seorang yang masih diingati kehebatannya. Diundang ke pentas semua , dia tak keberatan menunjukkan belangnya, menyampaikan sebuah dua lagu  ROCK. Suara masih mantap. Dia Enjoy. Setelah sekian lama dia ada teman untuk membelai kasih.  Aku menompang bangga . Dibisiknya ke telingaku, “I don’t usually do this.”  Habis kerja  terus pulang ke rumahnya. kecuali ada sebab-sebab tertentu  .Namun, tambahnya  “With you, I’ll follow to the end of the world.”. Ke lihatan dia selesa dan gembira . World, baby..World! Mujur baik di negara kita tiada PAPARAZZI mencuri-rakam gambar kami berdua dalam keadaan yang begitu asyik. Idok kalu, gambar daN BERITA akan terpampang di muka hadapan . Kita harus tabik etika kerja wartawan kita yang menghormati PRIVACY kita.
Kami biasa  parkir di tepi-tepi jalan yang terang dan berbual-bual sambil menyandar di dalam kereta hingga aku terpaksa memujuknya pulang ke rumahnya. Kerap juga kami singgah tang gerai makan mana-mana yang masih buka. Bungkus roti canai dan bawa balik ke rumahnya untuk sarapan didapor rumahnya. Like a wife, dia menyediakan minuman! Dapor lengkap dengan kabinet, oven micro, disc washer, really exclusive. Ada taste rupanya  primadonaku itu. Didapor , malah di dalam bilik air ada bunga hidup. Peminat bunga juga rupanya. Di luar taman, dalam rumahpun taman bunga.
Lupa anak di rumah. Tak meratap lagi isteri yang sudah pergi. Tanah perkuburan pun sudah “kering” bak kata pepatah. aPAKAH kutelah dipertemukanNya  gantimu? Apakah dia yang terbaik sudah untuk menggantimu?
Itu tidak menjadi soal. Soalnya kami sudah dilamun cinta. Seorang duda beranak empat , seorang janda tiada beranak walaupun sudah beberapa kali bertukar suami.  Tidak perlu lagi mengendap-endap masuk ke rumahnya, menyambung bual dengan pintu rumah terbuka. Dah naik  malu segan dengan ibu dan adik lelakinya, walaupun mereka sporting-smorting  merelakannya. Apatah pula jika dijengok pihak tertentu. HAGHU ooo! Hark! Hark! Hark!
Bekas teman se pejabatku mencebek mulutnya bila kuberitahu aku berhasrat memperisterikan dia."Takdak orang lainkah, Eil? Eiii....orang macam itu yang kau piilh? Look. Kat pejabat aku ramai andalusia,Janda berhias dan anak-dara terlanjur." Kurang ajar, bisik hatiku ketika itu."Aku boleh kenaklkan . Kau cakap setuju, esok aku bawa kau seorang." Cilakak!
"Engkau sajalah menikah dengan dia. Jadikan isteri engkau nombor dua!" Jawabku memprotes . Kini aku bercinta lagi. Tidak ada calon yang terbaik selain dari yang kucintai. "Lantak awaklah!" katanya.
Adik beradikku merestui nya. Mereka suka sikap kekasihku yang ramah mesra. Ada sekali kubawa mereka ke kelab itu. Mereka juga dapat merasakan kemesraan dari superstarku. Rumah kakakku pun satu taman dengan rumahnya. Sejak berkenalan dia rajin menjengok kakak di rumah. Cuma kakak sahaja belum pergi ke rumahnya sepertimana aku. Anak-anak gadisku juga ku bawa bertandang ke rumahnya. Dia sukakan mereka, dan mereka sukakan dia. Anak terunaku sahaja yang kurang berkenan. Kerana kasihnya terhadap arwah ibunya berpaut kuat. Dia tidak rela berkongsi kasih ayahnya dengan perempuan selain ibunya.
Dia pernah bertandang ke rumahku suatu malam selepas persembahan. Kami berbual di balkoni rumahku merencanakan masa depan sekiranya kami berkahwin. "Rumah you atau rumah I"? dia bertanya. Dia mencadangkan either jual rumahnya dan renovate rumah aku untuk hidup bersama anak-anakku, or, aku jual rumahku dan renovate rumahnya untuk aku dan anak2ku bersama dengannya. Ibu dan adiknya sudah miliki apartment sendiri. Sejauh itu kami merangka masa depan sekiranya dipertemukan jodoh.
Siapalah aku untuk menilai, menjadi hakim dan menjatuhkan hukum terhadap superstarku. Siapa dia sebelum bukan kriteria untukku mengecap kebahagiaan berteman semula. Akupun bukannya sebaik malaikat untuk menafikan cinta dan kasih sayangnya padaku.
Teringat aku betapa dia mengambil berat terhadap perawakanku. Dibelinya aku bahan-bahan perawatan muka supaya wajahku bertambah seri. Dia memotong dan membersihkan kuku jari dan kakiku. Orangputih bilang "Manicure" kot. Dia menemaniku ke klinik selewat jam 2 pagi tanpa sebarang makeup, dan hanya berpakaian kaftan ,  membayar kos ubatnya dan menitiskan  ke mataku yang merah bengkak dicemari kuman.
Dia membawa aku shopping ke gedung-gedung pakaian dan memilih pakaian untuk aku dan anak2 perempuanku. Dia mengambil berat terhadap mereka kerana dia tidak mempunyai anak sendiri. (itu yang aku tahu. Yang aku tak tahu maaf sajalah). Kami berdua pernah bershopping di ruang terbuka Petaling Street . Apek dan amoi pun kenal siapa dia. Dia juGA TIdak keberatan merekomenkan dentistnya untuk menempah “bridges”  gigiku. Aku ikut setakat mendapat khidmat nasihat percuma sahaja. Kos memasaang bridges di luar kemampuan kami berdua.
Teringat juga betapa gumbiranya dia dapat bersamaku dan anak2 perempuanku melepaskan keinginannya hendak makan satay di Kajang. Dia gemar satay perut. Dia tidak kekok atau hiraukan pelanggan ramai yang memerhatikan kami "melantak". For once in a long-long while, she felt free to move about. Apakah itu masih belum cukup sebagai bukti persediaannya menjadi isteri  kepadaku?
Dia  menganggap dirinya  "puteri lilin" , berjaga di malam hari dan beradu di siang hari.  Menyanyi di kelab bagi  hanyalah sara hidup diri ibu dan adiknya . Namun dia sanggup bersama-samaku di siang hari, biarpuan akan cair solekan di wajahnyaI dipanah terik matahari... " Sudah lama I mengelak diri dari kelihatan di tempat umum di siang hari . But with you...". Aku teruja. Perkataan "teruja" waktu itu belum digunapakai se-popular kini.  "Excited" biasalah, at that time.
MAKA, sampailah ketikanya aku melamarnya menjadi isteri. Di lobby hotel itulah kami mengadap satu sama lain selepas shownya hingga mentari tinggi segalah siangnya. " I want you to be my wife." ku nyatakan dengan yakin kepadanya. "Cukuplah dengan apa yang kita harungi bersama selama enam bulan ini, sayang."


"Sayang...Why the hurry ? I belum puas lagi bermesra dengan you. . Can't we just be lovers? Ikatan yang kekal merimaskan.
Bagai meletup dadaku dengan jawapan itu. Namun ku kawal perasaan kecewaku.
" Why?"
"I'm not sure. I've gone through several marriages before. The last one was the worst...you know, like I told you?" Bersuara perlahan dan tenang.
Dia pernah menangis menceritakan detik2 penderitaannya didera suami terakhirnya. Malah ada bahagian tubuhnya yang cacat secara kekal akibat dari keganasan lelaki itu. Kononnya orang alim yang dipilih sebagai suami, rupa-rupanya binatang berwajah manusia. Lebih tepat lagi saiko.
"Don't you trust me?" Aku seolah2 merayu.
"I'm not sure. I'm NOT ready. Let's just be lovers, till the time is right."
Kuberikan dia sedikit masa untuk menimbang samada kati atau kiloberatnya keputusan yang dibuatnya. Aku tidak menemannya pulang sebab hari sudah siang. Tiada apa yang perlu ditakuti. Masing2 menghala ke rumah masing2.
Selapas peristiwa itu, Aku tidak lagi ke tempat dia bekerja. Masih dapat kubayangkan  seri wajahnya setiap kali menyambut kedatanganku .  Dia akan melambai tangannya kepadaku walaupun ketika menyampaikan persembahan, sebaik melihat kelibat aku . Akupun apa kurangnya. Tak kena berdiri tak kena duduk di rumah, bagaikan cacing kepanasan  selepas Isyak. Setelah makan malam bersama anak2ku, aku bergegas pergi. Begitu selama enam bulan berturut-turut.
Adikpun tak kesah. Perbelanjaan ditanggongnya beres. Peruntukan makan dan minum setiap malam persembahan telah disediakan pengurusan hotel. Bayar bila terlebih quota. So, its on the house everytime. Quota primadona hatiku juga ada. Termasuk makan malam selepas show. So, whats there to worry? My purse is safe, bebeh!
Kalau aku tak menemannya pulang, dia akan menelefon aku dengan handfonnya. Memberitahu aku dia sudah sampai rumah. sekarang dia sedang membuka pintu pagar. Line’s clear, katanya. kini dia sedang menutup pintu pagar. dia sedang menuju ke pintu rumah. dia membuka but. dia dah selamat masuk. dia dah kunci pintu. kini dia sedang menaiki tangga ke bilik tidornya di tingkat atas. Suaranya kudengar termengah-mengah tapi excited and happy. Begitu caranya melepaskan rindu, walaupun kenkadang tak sampai satu jam kami berpisah.
Tentulah dia merindui aku. setelah aku tidak menjengoknya lagi. Jam 2 atau tiga pagi dia akan telefon aku di rumah. Bertanya khabar dan memberikan khabarnya itu ini. Selagi tempoh dia menimbang semula keputusannya belum tamat, aku tetap melayannya mesra dengan mewarnai suaraku agar tidak kedengaran frust menonggeng. Bila sudah terlalu lama bergayut , aku minta dia letakkan telefonnya dan aku menelefonnya semula agar kutanggung sama bayaran bil panggilan.
Setiapkali ku bangkitkan soal kahwin, dia menjawab manja, "masa masih panjang. Takkan lari gunung dikejar."
Agar tidak memboringkan kalian semua, akhirnya! KU beritahu dia kataputus. Mulai saat itu aku telah "KEMBALI KEPADA DIRIKU". mAKSUDnya, tiada lagi mahu berkelabi-kelabul-malam . Balik kepada diriku sebagaimana aku sebelum bercinta dengannya. Masok kembali ke dalam kepompong .
"Janganlah sampai begitu, darling!"
"Sorry darling" Balasku. " Jika sekiranya genap setahun kematian isteri I - which is three weeks from now- you tak dapat beri kata pemutus, you and I will end up just nothing. Not lovers, not nothing. " Tegas!
Friends? “ suaranya sayu di pendengaran telingaku. “Until then…yes.” Balasku .Kebetulan pula tarikh kematian isteriku dan tarikh kelahiran dia sama. 13 Januari.
Sehingga 13 Januari genap setahun kepergianmu, Zah....ku putuskan hubungan dengan satu-satunya kekasih selepasmu. Pencarianku kembali semula ke  angka Nol!
BENariff 0220/0911005

NEXT CHANGE:  Next assignment. Memburu calon untuk menggantimu. Dimana? Dihadapan hidungku, dalam rumahku jua....siapa? Tunggu episod III

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...