Isnin, 26 Januari 2009

Virus komputer misteri

Virus komputer misteri




SEORANG lelaki menggunakan komputer di sebuah kafe Internet di Sydney, Australia. - Gambar hiasan




LONDON - Satu virus komputer misteri kini merebak dengan pantas dan
sudah menjangkiti lebih 15 juta komputer di seluruh dunia, lapor sebuah
akhbar semalam.


Dalam tempoh tiga hari sahaja, sebanyak enam juta komputer
dijangkiti virus itu yang merupakan jenis cecacing dikenali sebagai
Downadup, Conficker atau Kido.


Sehingga kini pakar-pakar masih belum mengetahui apakah tujuan virus misteri itu dicipta dan kesannya terhadap komputer.


Pakar-pakar berpendapat virus itu mungkin tidak mempunyai apa-apa
fungsi kerana penciptanya hanya mahu menunjuk kepakaran yang
dimilikinya.


Bagaimanapun, beberapa pakar keselamatan berasa ragu kerana tidak
mungkin sejenis virus cecacing yang canggih tidak mempunyai tujuan
tertentu.


Pengurus Teknikal F-Secure, Tom Gaffney berkata, cecacing itu
mungkin dicipta untuk mencuri maklumat sulit pengguna komputer seperti
maklumat akaun dan kata laluan.


Menurutnya, cecacing itu tidak memberi kesan kepada pengguna sistem
operasi Apple Macs tetapi boleh menjejaskan pengguna Windows yang tidak
memasang perisian anti-virus yang dibekalkan oleh Microsoft. - Agensi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...