Isnin, 16 November 2009

Santai Lirik: Cerita Kedai Kopi - Malique feat Salam

Kalau citer bab muzik reggae ni, banyak kenangan yang pernah aku lalui. Especially bilamana aku selalu lepak dengan Ismail Ariffin (Mail Lepat), Teh Shahidan (Pak Teh Sony Mecha), Castelo. Diorang ni selalu sangat main lagu reggae. Aku ni plak, mana le reti layan lagu jenis tu. Aku layan Thrash. Huargh!! Huargh!! Huargh!! You Must Die, Die, Die...Kill..Kill..Kill..(Pe barang punya lagu pun ntah). Dah selalu sangat dok lepak, last skali aku pun join skali layan Reggae tu. Cuma tak ikut paipon macam Bob Marley ja lagi.. Na'uzubillah...Start dari situ la, aku lebih universal. Semua jenis muzik aku layan, cuma satu ni je, tak berapa nak boleh masuk...DANGDUT.. Bukan nak kondem, tapi memang loya tekak.

Masa tumbesaran aku pun, ada gak artis 1Malaysia yang cuba popularkan muzik Reggae tu, siapa lagi kalau bukan si Poe tu. Tapi buat muzik Reggae versi lawak la. Sekarang ni pun ada gak band yang main lagu Reggae, pernah masuk Homegrown kat 8tv. Purevibracion. Ok gak la. Basically muzik Reggae ni ada dua jenis. Satu Black Reggae dan satu lagi White Reggae. Jangan salah faham. Tidak semestinya black people main muzik reggae tu, black reggae. Bukan. Black Reggae - pure reggae mengutamakan lirik yang kepada kebebasan dari penindasan dan perjuangan, lebih gitar strumming dan lebih bebas untuk dimainkan. Antara pelopor black reggae - Sifu la..Bob Marley, The Wailers dan Ziggy Marley. Kalau White Reggae pula, lebih banyak precussion. Macam UB40, Lenny Kravitz (satu masa dulu la), Inner Circle. Tak dapat purely Reggae. Macamana aku buleh tau? Mail Lepat la ngajor aku. Dia sendiri pun, masa kat Malaysia, masa lepak ramai-ramai dok main lagu Bob Marley ja. Dia kata, Bob Marley memperjuangkan muzik reggae untuk memperjuangkan bangsa kulit hitam. Macam citer Kunta Kinte. Lepas dia stay kat Berlin (German), dah join ngan Ines buat album pun dah jadi komersil islamik reggae. Dan kalau lagu yang dinyanyikan oleh Malique ni lebih kepada Rap Reggae. Kategori White la. Yang penting, mesej yang nak disampaikan. Tempo memang best. So Malique. Wa tabik lu, Bro...!


Malique - Cerita Kedai Kopi

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...