Ahad, 2009 Jun 28
Santai Pics : Beuatiful Eifel Tower
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/28/2009 09:51:00 PM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Isnin, 2009 Jun 15
Santai Pics: Red Poppy Flower
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/15/2009 08:38:00 AM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Sabtu, 2009 Jun 13
Santai Wallpaper: Liverpool Football Club (LFC)
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/13/2009 08:31:00 AM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Santai Pics: Floral House
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/13/2009 08:27:00 AM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Isnin, 2009 Jun 08
Santai Insaf: Penghijrahan Malek Noor (Utusan)
First thing first, Tahniah kepada Malek Noor kerana berjaya membuat penghijrahan dirinya. Dan dalam masa yang sama memberikan sinar keinsafan kepada aku yang masih lagi naive dan cetek keimanan. Mungkin selama ini, kita berasakan kita adalah yang terbaik, tapi pernahkah kita terfikir bahawa apa yang kita buat selama ini mendapat keredhaan Allah s.w.t?
Ikuti pengakuan Malek Noor kepada wartawan Utusan tentang penghijrahan dirinya. Mudah-mudahan ini dapat menjadikan panduan kepada orang lain yang ingin berhijrah kepada manusia yang lebih berguna. Insya-allah semoga beliau mendapat hidayah dan ketqwaan yang lebih sempurna.
Penghijrahan Malek Noor
Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my
MALEK Noor menangis ketika menceritakan segala dosa yang telah dilakukannya sepanjang merantau di Amerika dan Hong Kong.
SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.
Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.
Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.
Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.
zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.
"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.
"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.
"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.
Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.
"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/08/2009 08:24:00 PM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Labels: hijrah, iman, insaf, malek noor, taqwa
Santai Lirik: Oh Sizuka - Pop Shuvit

Tiada yang sejati tiada yang seindah
Kasihmu ku bawa ke mana saja
Di langit bumi kota Nagoya
Berputik cinta ku semula
Sekian lama ku kecewa
Hadirmu bagai lentera
Hampir layu ku separuh mati
Di belai ku kasihmu bersemi
Kau suntikku lalu kau bisik
Kalimah indha berserta detik
Mata terpejamku celik
Semangat berputik
Kerna kau tak peduli
Trimaku sepenuh hati
Mata terpejamku celik
Semangat berputik
Kerana kau beri mentari
Kembali percaya diri
Oh Shizuka
Ku tunggumu
Na……
Oh Shizuka
Na……
Oh Shizuka
Ku tunggumu
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/08/2009 12:06:00 AM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Labels: grunge, modern rock, pop shuvit
Ahad, 2009 Jun 07
Santai Pics: Amazing Island
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/07/2009 11:55:00 PM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Santai Earn: Jana Pendapatan Online
Sumber Asal Dari: http://solehpolysas.blogspot.com/
Jana Pendapatan online bersama kami, Mulakan langkah anda hari ini juga dengan Affiliate Easy-Autores dot Net.
Kali ini saya membuat Cabaran PPS pula untuk Easy-Autores dot Net. Dahulu PPL Tips Percuma telah berjalan dengan lancar. Komisen group pertama juga telah selesai dibayar.
Kini muncul lagi tetapi sedikit berbeza dan lebih lumayan. PPS atau Pay Per Sales dapat memberikan anda pendapatan yang lebih lumayan. Komisen PPS untuk Easy-Autores dot Net adalah RM15/sales.
Lumayan bukan? Sebenarnya anda mampu mendapatkan lebih lagi. Saya akan berikan lebih lumayan lagi. Bagaimana? Lihat Caraban PPS Easy-Autores dot Net ini.
Cabaran PPS Easy-Autores dot Net ini adalah seperti ini :
30 Sales/bulan
Hadiah bonus bernilai RM170 + Komisen Affiliate
Contohnya jika anda berjaya mendapatkan jualan lebih 30 jualan pada bulan ini, maka anda akan mendapat bonus ini. Sekiranya anda hanya berjaya mendapatkan hanya 29 jualan, maka anda hanya layak menerima bonus seperti dibawah ini.
20 Sales/bulan
Hadiah bonus bernilai RM110 + Komisen Affiliate
Contohnya jika anda mampu membuat jualan melebihi 20 jualan pada bulan ini, maka saya akan memberikan bonus ini kepada anda. Komisen affiliate anda juga akan saya berikan.
10 Sales/bulan
Hadiah bonus bernilai RM50 + Komisen Affiliate
Sekiranya anda hanya mampu membuat 10 jualan sahaja dalam bulan ini, maka saya akan memberikan bonus ini kepada anda.
Anda kira sendiri, 1 sales = RM15.
Jika 10 sales = RM150 + Bonus 10sales/bulan RM50 maka total = RM200
Jika 20 sales = RM300 + Bonus 20sales/bulan RM110 maka total = RM410
Jika 30 sales = RM450 + Bonus 30sales/bulan RM170 maka total = RM620
wah banyak 2... Saya membuat sebegini adalah untuk menghargai penat lelah anda mempromosikan link affiliate. Saya kongsikan keuntungan dengan anda semua.
Anda tidak perlu lagi berfikir untuk mencari modal.
Dengan adanya Cabaran Affiliate Easy-Autores ini, anda mampu menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan modal. Hanya saya sahaja yang mengeluarkan modal.
Kerja anda adalah mempromosikan link dan jika ada jualan terhasil, maka komisen akan diberikan.
Berminat?
Daftar sebagai Agen disini, PERCUMA!!
p/s : jika anda ada blog yang ramai visitor, inilah peluang anda untuk menjana pendapatan melalui blog. Pasti menguntungkan anda, hanya ambil banner didalam akaun affiliate anda dan letakkan di blog anda. Mudah dan senang untuk menjana pendapatan dengan saya.
Semoga dengan adanya Cabaran Affiliate Easy-Autores ini, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan di internet.
**Terima kasih kepada sahabat maya saya solehpolysas **
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/07/2009 08:58:00 PM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Labels: buat duit online, jana pendapatan
Sabtu, 2009 Jun 06
Santai Pics: Fantasy Images
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/06/2009 07:56:00 AM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Khamis, 2009 Jun 04
Santai Charity: Love to Save Campaign
Viewers, Please help to click below icon, image to vote for Digi Charities Campaign. Even though i'm no longer a Digi users, but for this charities campaign, it is good for you to show that Malaysian people are care. Just click the image to participate.
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/04/2009 07:17:00 AM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Santai Pics: Digital Image
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/04/2009 12:19:00 AM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Rabu, 2009 Jun 03
Santai Pics: Flowers Close Up
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/03/2009 11:01:00 PM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Isnin, 2009 Jun 01
Santai Story: Disepak kerana lukisan jalanan (KOSMO!)
Wan Zaidah pernah dipanggil polis, dimaki dan disepak di muka hanya kerana berebut tempat melukis. Namun perkara itu tidak langsung melemahkan semangat beliau. DAHULU, beliau hanyalah seorang pelukis jalanan biasa di Kota A'Famosa di Banda Hilir, Melaka. Namun setelah berusaha keras dan menempuh pelbagai cabaran, beliau kini sudah boleh berbangga apabila namanya kini sudah sepopular kota berkenaan. Mengimbas penglibatan awalnya dalam bidang lukisan, Wan Zaidah Wan Ibrahim, 44, berkata, beliau gemar melukis sejak di bangku sekolah lagi. Akibat terlalu gemar melukis, telinga Wan Zaidah pernah ditarik oleh guru bahasa Inggerisnya kerana melukis ketika guru berkenaan mengajar. Bakat lukisannya terus berkembang apabila dia bekerja di beberapa buah syarikat termasuklah di sebuah syarikat animasi. Wan Zaidah berkata, hasrat menjadi pelukis jalanan timbul kerana beliau menyedari pekerjaannya ketika itu tidak memberi kepuasan. "Hasrat ini menjadi semakin kuat apabila saya bertemu penyanyi veteran, Dahlan Zainuddin yang mencabar saya melukis di Masjid India jika saya betul-betul minat melukis. "Saya kemudian memberanikan diri melukis di Masjid India setiap hari Sabtu dan Ahad iaitu ketika tidak bekerja," katanya. Wan Zaidah mula seronok melukis di jalanan apabila memperoleh pendapatan yang memuaskan walaupun mutu lukisannya ketika itu masih rendah. Beliau kemudian berkenalan dengan seorang pelukis, Zulkainain yang menemukannya dengan seorang lagi pelukis, Hajah Suria. "Perkenalan dengan mereka menyebabkan saya nekad berhenti kerja dan menjadi pelukis sepenuh masa di Central Market pada tahun 1994," katanya. Wan Zaidah kemudian mengembangkan sayapnya di luar Kuala Lumpur apabila membuat keputusan melukis di Kota A'Famosa, Banda Hilir, Melaka sejak 2005. Pahit manis Mengenai kemahiran melukisnya, Wan Zaidah tidak pernah mempelajarinya di institusi pengajian tinggi, sebaliknya bergantung kepada bakat semula jadinya dan tunjuk ajar dua rakan iaitu Hajah Suria dan Raja Muhamad. Menjadi pelukis jalanan memang mempunyai banyak cabaran dan dugaan, dan perkara itu diakui Wan Zaidah sendiri. "Saya pernah masuk balai polis, dimaki dan disepak di muka hanya kerana berebut tempat melukis. Namun ini tidak langsung melemahkan semangat saya menjadi pelukis jalanan," katanya. Turun naik jualan lukisannya sudah menjadi perkara biasa dalam diari pelukis jalanan, tetapi ia tidak sedikit pun menggugat dan mematahkan semangat ibu kepada tiga orang anak ini. Menurutnya, beliau pernah tidak menerima sebarang tempahan selama tiga bulan ketika menjadi pelukis jalanan di Kota A'Famosa. Ketika itu beliau bernasib baik kerana menerima beberapa tempahan lukisan daripada kenalan pelanggan-pelanggannya. "Pelanggan di Kota A'Famosa ini bermusim, ketika cuti sekolah memang ramai pelanggan. Saya pernah dapat RM400 dalam sehari. "Masa pelanggan ramai, bolehlah dapat RM3,000 sebulan. Masa tak ada pelanggan, sebulan dalam RM500 saja," katanya. Menurut Wan Zaidah, walaupun pendapatan sebagai pelukis jalanan tidak menentu, namun kerjaya tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah untuk beliau menyara keluarganya. Pendapatan sebagai pelukis jalanan itulah yang membesarkan anak-anak beliau semenjak kematian suaminya. "Malah, seorang anak saya kini belajar dalam jurusan perubatan. Setiap minggu saya beri dia RM200 hingga RM300. "Jangan pandang rendah pelukis jalanan yang duduk di kaki lima. Kami hanya mencari rezeki yang halal dengan melukis," katanya. Beliau lebih dikenali sebagai pelukis potret yang menggunakan pensil dan pastel berwarna. Mengenai harga, Wan Zaidah berkata, setiap lukisan potret yang dijualnya bergantung kepada saiz, hitam putih atau berwarna. "Sebuah lukisan potret dijual pada harga antara RM18 hingga RM470. Namun, ia bergantung kepada lukisan. Jika ia sukar dan mengambil masa lama untuk menyiapkannya, besar kemungkinan ia dijual mahal sedikit," katanya. Menurutnya, beliau hanya memerlukan tempoh antara 10 hingga 15 minit untuk menyiapkan lukisan potret yang dilukis secara langsung. "Lukisan potret yang ditempah pula boleh disiapkan dalam masa dua atau tiga hari," katanya. Setakat ini, ribuan lukisan Wan Zaidah berjaya dijual dan sambutannya menggalakkan.

Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/01/2009 10:42:00 AM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Santai Lyrics: Don't Run For Cover - Helloween

Avoid the daylight
Give in, won't win
No try to make it right
Why don't you stop crying
Stop your painful dying
Why don't you give your life a sense
One game, one aim
But you're always sleeping
One light so bright
In darkness you're creeping
Why don't you use your head
Step out of your warm bed
And stop being on anxious rat
Bridge:
Run - for your destination
Fly - to the sun
Don't give a damn what the people may say
It's like a chain on your leg
When you always look back
If you don't risk anything one day you'll pay
Chorus:
Don't run for cover
Don't cry alone
Make a step on your stairway
One step closer to what you live for
Don't run for cover
Don't throw away
The only chance that you got
To be the fire in a hot life you choose
No pride, no right ?
In your heart is more strength
You know, I know
Your destiny's in your hand
Now you have this time
To survive don't be blind
In this world where so many can't see
Bridge:
Try - to catch the key
Make - that you can see
The light of your life your way to go
Repeat chorus
Solo : both / Kai / both / Kai
Repeat bridge / chorus
Artikel Lulus Terbit Oleh Fadris® Pada 6/01/2009 09:58:00 AM 0 Komen Anda Jaringan Ke Rangkaian Ini
Labels: heavy metal, hellowwen, kai hansen, mike kiske




































































