Sepotong Ayat penerang Hidup
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan
juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.
Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah
Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam
yu-lad.
wa lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak
akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur
dua-tigaminit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar
telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur
begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil
pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas 3 kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali
betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10
juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga
kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika
saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
dari timur hingga ke barat. Pada setiap
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah
mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan
kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail
a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu
kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota :
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara
yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan