Jumaat, 13 Februari 2009

Sekadar Bercerita...



Pagi semalam, awal-awal lagi Bos besar dah buat "briefing". Ekoran dari kegawatan ekonomi yang sangat-sangat meruncing. Kalau sepuluh tahun yang lalu, Asia mengalami krisis matawang yang teruk. Sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri kita - Tun Dr. Mahathir Muhammad. Berpunca daripada spekulator matawang yang cuba menghancurkan ekonomi Asia. George Soros. Tetapi kali ini, bukan lagi krisis matawang, tetapi krisis ekonomi global. Yang berpunca daripada kejatuhan saham Wall Street.

Pelbagai mesej yang disampaikan. Dan yang paling kurang enak didengar, pastinya tentang pengurangan tenaga kerja. Yang jelas, pelbagai tindakan drastik bakal dilakukan bagi mengimbangi kestabilan syarikat seiring dengan krisis yang sedang dihadapi. Sempat aku membaca news dari US berkaitan pakej ransangan ekonomi yang diluluskan oleh Obama dan senat bagi memastikan ekonomi kembali pulih. Jelas, benyak syarikat gergasi mengalami kesulitan dan terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar. Antara pelan ransangan ialah mewujudkan pekerjaan kepada rakyat US. Secara tak langsung bagi menarik kembali minat pelabur ke US dan secara tak langsung dapat mengembali kepercayaan pelabur ke Wall Street.

Mesej yang agak menarik, kami merupakan ikan yang sedang berenang di dalam kolam WD dan pastinya dengan kegawatan yang sedang melanda, harus bersiap sedia bilamana mata pancing akan dibuang ke kolam WD bagi memancing ikan-ikan yang ada di dalam kolam WD dan akan dilepaskan ke laut dalam. Mesej ringkas, tapi impak yang sangat besar. Pesanan ringkas oleh Bos, bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan dalam mengharungi ombak dan gelora lautan dalam. Be prepare to take challange and learn how to survive in the middle of the ocean.

Begitu juga dengan WD. Dalam jangkasa masa terdekat ini, permohonan untuk company lay-off telahpun dihantar ke Jabatan Sumber Manusia. Maka, ramai lagi yang akan ditawarkan VSS. Saban hari, kegawatan mula terasa. Jika sebelum ini, beberapa syarikat besar seperti Osram dan Bosch memberi cuti panjang kepada pekerja, ura-ura pendekatan yang sama mungkin bakal diambil oleh WD. Terkini, tanggal 14 Mac mungkin bakal tercipta lagi satu sejarah dalam WD Penang. Apabila pihak pengurusan WD akan mengumumkan "shutdown" atau "idle" dalam beberapa hari. Rumors. Sekiranya ini berlaku, buat kedua kalinya dalam jangmasa dua bulan, aku terpaksa bercuti panjang. Jika sebelum ini - krismas lepas, aku bercuti hampir seminggu. Mungkin kali ini juga.

Kemungkinan juga, CEVA (syarikat tempat kerja aku tuh) akan membuat rombakan besar dalam kolam WD. Macam yang aku tulis tadi, akan dipancing dan dilepaskan ke laut dalam. Kalau sebelum ini, aku ke Pasir Gudang untuk buat inventory count dan ke Bukit Tengah untuk projek peralihan DELL dari YCH ke CEVA. Begitu juga ada yang dipanggil ke Bukit Jelutong bagi menyokong projek TESCOnya. Dan ramai yang telah dihantar ke Kraft untuk Danone projek. Yang pasti, ada lagi satu projek iaitu Yussof Taiyyub. Mungkin aku juga akan dipanggil. Ini adalah kerana bagi mengurangkan headcount yang ada di WD.

Sempat meneliti saham semasa CEVA, kurang memberansangkan. Jatuh ke paras yang sangat rendah. -0.67% memang sangat mengecewakan. Krisis ekonomi kali ini merupakan yang terburuk sepanjang sejarah dalam 30 tahun yang lalu. Melibatkan global yang pastinya syarikat-syarikat kecil yang mengharapkan syarikat gergasi US bakal gulung tikar. Sebagaimana yang ramai ketahui, apa Intel menutup operasinya di Filipina, krisis menjadi semakin rumit di sana. Begitu juga Malaysia. 1 plant ditutup operasinya dan 1 lagi telah dipindahkan ke Kulim Hi-Tech. Hari ini, Intel mengumumkan penggunaan 7 billion USD disuntik ke Intel US bagi memastikan syarikat gergasi itu kukuh semula. Begitu juga AMD yang merupakan seteru kepada Intel.

Malaysia pada masa ini juga turut mengalami kegawatan Politik. Secara tidak langsung, menjejaskan kestabilan ekonomi akibat daripada pergolakan politik. Berpunca daripada aksi lompatan yang memalukan. Sanggup menggadai maruah penduduk setempat dan pengundi dan lebih memalukan, pertelagahan sesama kaum. Demokrasi, autokrasi atau juga birokrasi. Yang jelas, highway yang dipilih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...