Wah! wah! wah! meriah sungguh wa cakap lu. Hehe! Pagi tadi masa aku balik umah mak, aku singgah jap kat pekan Sungai Dua, alahai.. Pekan ni la dulu aku dok cari makan. Apa taknya, dulu ni sangat meriah. Dengan kedai runcitnya, dengan kedai makannya, dengan kedai gunting rambutnya, dengan kedai basikalnya dan juga kedai motosikalnya (repair motor). Masih ingat lagi, ada satu kedai makan Habib. Kedai ni memang cukup top. Satu-satunya kedai mamak roti canai masa tuh. Aku pula tetiap pagi kena hantor nasi lemak kat kedai tuh. Depan kedai dia juga le menjadi tempat bebudak sekolah amik bas untuk balik, ataupun ke sekolah yang lebih jauh. Memang riuh rendah. Yang paling menarik tentang kedai tuh, tak pernah tutup. Raya ke, chinese new year ka, Deepavali ka, Thaipusam ka, bulan puasa ke tak puasa ke. Memang tak pernah tutup. Dia cuma tutup bila dia balik India je. Hehehehehe!! Tapi, kedai tu dah tak ada sebabnya, ada suatu ketika, masa tu aku dah pun pindah umah. Kawasan tu kebakaran. Habis semua deretan kedai kat situ. Tengok le gambar kat bawah tu. Kesan kebakaran masih jelas boleh nampak. Boleh dikatakan, kebakaran paling besar dalam sejarah Sungai Dua.
Ada lagi satu kedai yang sangat menjadi tarikan utama kat situ. Iaitu kedai makan Mee Jib Botak. Mee kuahnya sangat terkenal masa tuh. Dia berniaga dengan menumpang kedai makan seorang tauke cina. Memang sangat menarik. Bayangkan, tukang buat air kat kedai tu cina, ramai juga pelanggan melayu yang kesana, makan mee kuah dan minum kopi. Hehehe!! Sendiri mau fikir. Ergh!! Camana nak cakap aa? Lu fikir la sendiri. Kata Nabil.
Jelaskan kesan kebakaran tu? Rata-rata peniaga kat sini dah berpindah tempat. Ada yang Desa Murni, ada juga yang telah berpindah ke Merbau Kudung. Merbau Jaya sekarang ni. Dan ada setengahnya lagi sudah tidak berniaga dan sudah berpindah entah ke mana. Bangunan ini bakal dirobohkan tak lama lagi. Langsung tak ada peninggalan yang boleh menjadi memorabilia. Mengikut perancangan setempat, akan dibangunkan sebuah bangunan lain. Aku tak sure. Apa-apa aja lah.
Kat sebelah ni pulak, inilah tapak umah peninggalan. Masa aku dibesarkan, kat umah tu la kami hidup. Hidup dengan suasana yang sungguh ramai. Apa taknya, semuanya tinggal kat situ, Tok, Mak, pakcik dan makcik. Itu belum yang dah kahwin. Semua tinggal kat situ. Kalau dikira semuanya ada dalam 15 orang. Bayangkan sendiri. Tapi, semua dah berpindah gara-gara gangguan makhluk halus. Entah la. Mak cik aku yang selalu kena rasuk. Bila pergi berubat dengan bomoh (boh mau). Katanya ada pihak yang tak puas hati dan cuba untuk mendapatkan tanah yang sedang kami duduki. Entah la. Wallahu'alam. Bila semua pindah, aku still tinggal kat situ. Masa tu aku dah pun keja ngan Sony Mechatronics. Aku tinggal kat umah atas, bapa saudara aku yang sorang tu stay kat bilik bawah. Bila mak dah beli umah lain kat Nyior Sebatang, aku pun turut chaloo. Tinggal ngan mak dan adik² aku. Lepas aku pundah, langsung aku tak amik tau pasal umah tuh. Tu sebab, ada orang sanggup guna alamat tu untuk apply kad kredit guna ic aku. Sebab dia tau, kalau apa-apa jadi pun, memang tak ada orang. Last-last aku juga yang kantoi. Ye la, orang lain yang kaya aku pula kena tanggung hutang ngan Bank Simpanan Nasional. Ingatlah wahai mereka yang menganiaya orang lain. Doa orang yang teraniaya itu sangat mustajab. Dan sungguh mustajab. Jangan sampai ada dikalangan yang teraniaya itu mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk orang yang menganiaya.
Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, sekolah ni lah yang menjadi tempat aku belajar dulu. Tapi masa aku sekolah dulu, semuanya papan. Mana ada sekolah yang tinggi-tinggi macam sekarang. Macam cerita P.Ramlee. Sekarang ni dah berubah banyak sangat. Dah tak ada langsung tinggalan yang menjadi identiti sekolah ini. Alahai.. Masa dah berubah. Manusia juga berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan