Sabtu, 21 Jun 2008

Mobile Wallpaper Collection - Download Link Available






Dah tengok gambar-gambar tu? Actually tu la koleksi wallpaper untuk hadnphone dan juga desktop. Ada banyak lagi. Tapi kalau sesapa nak, boleh download kat sini

Ada beberapa kategori wallpaper kat dalam tuh. Teringin jugak nak share ngan korang semua. Ye la, mana tau sekurang-kurangnya berguna jugak untuk semua.

Sebenarnya, ada banyak cerita nak di"story"kan kat sini. Tapi, masa tak begitu mengizinkan. Tambahan lagi, aku pulak keje shift pagi. Memang memeritkan. Quarter End untuk WD Media hampir tiba. Semuanya serba "suddenly". Jam 6.30 pagi, aku dah tercongok kat office. Tengok shipment schedule. "Erm! tiga shipment je, boleh la aku fokus kat Inventory Count. PI-Count pun dah dekat. At least aku tak le kalut sangat nak adjust apa yang patut." Permulaan tu, macam biasa je. Rilex, cool dan kira tak de pressure sangat le. Dalam pukul sepuluh pagi (Waktu tempatan), CS (Customer Service @ Planner Controller) call bagitau untuk hari ini (Khamis) sampai sabtu, kita kena purge out sebanyak mungkin inventory keluar dari plant. Mak aiiii!!. Bayangkan berapa banyak? Tak terbayangkan. Target output it's about 3.3 million disks. Apa lagi. Segala tenaga kerja yang ada dikerah. Khamis saja, puas pujuk ngan PC untuk bagi masa. Macamana nak arrange transport dalam masa terdekat. Paling tidak pun, mesti kena ambil masa tiga ke empat jam. Itu tidak termasuk untuk custom declaration. Bodek sini, bodek sana. Dari pukul sebelas pagi sampai sebelas malam tu. Kami dapat selesaikan sebanyak setengah juta disks. Lebih kurang 150 pallets. Itu tidak termasuk WD PN2.

So, malam tu memang tidur lena. Mau taknya, otak dan seluruh anggota berjalan dengan penuh rancak. Semuanya kena berhati-hati. Transport arrangement. Space management. Then kena deal ngan warehouse yang dah sedia congested dek terlampau banyak kargo.

Esok paginya (Jumaat). Back to schedule. Still remain maintain. Tapi kali ni, mencecah 200 pallets. So, semuanya berjalan mengikut perancangan. Luckily, kargo kami cuma perlu stick CBL Label ja. Yang lain semua dah siap. So, tak de le rushing sangat. Pagi tu juga, WD Shipping Manager datang carik aku, tanya macamana perkembangan. Dengan penuh confident aku bagitau yang semua shipment schedule adalah terkawal dan mengikut perancangan. Dia macam terkejut. Macam tak percaya. Tapi itulah kenyataannya. Jadi, apa yang penting kat sini? Team Work. Semua saling bantu membantu dalam menangani sebarang permasalahan. Walaupun terdapat sorang dua yang masih lupa daratan dan selalu mengaku "i'm the best". Masa ni lah orang akan nampak how best you're.

This coming Monday, PI-Count. Huh! Ini pun satu masalah gak. Apa taknya, masa aku run oracle dan MLS untuk buat report matching. Untuk WD PN1, alhamdulillah. Semuanya terkawal. Setiap hari akan ada daily cycle count yang dibuat oleh Asst Sup. Then, kalau dia cuti still ada pengganti lain. Aku, hehehehe!! kena buat gak. Tapi bila run matching untuk WD PN2, alahai. Oracle vs MLS failed. So informed kat Senior Exec yang in-charge WD PN2. Memang terkejut. Mau tak mau, kena buat 100% physical count. Memang kantoi. PLT ID Label mentioned qty 4800, tapi kat Oracle report cuma ada 4400. Kat sini lah punca segala discrepancies. Esok pagi, aku kena jadi counter untuk WD PN1, alhamdulillah. Sebab semuanya dah prepare siang tadi. Aku harap esokt takde la kelam kabut. Cuma yang aku risau, tuh last minute on-hold. Masa ni memang melecehkan. Just wait and see. Harap-harap PI kali ni berjaya. Memandangkan ianya diadakan serentak untuk seluruh WD Worldwide.

Mata pun dah tak larat nak angkat. Nak layan TV pun, TV plak rosak. Tunggu gaji Jumaat depan. Insya-allah, kalau tak ada apa-apa halangan. Boleh le aku gasak amik tv yang besar sikit.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...