Selasa, 30 September 2008

Shopping Sakan... Raya beb!!

Alahai... Yang kecik ni pun sibuk nak raya gak??? Hehe!! Biasa le dia..Orang sibuk, dia lagi sibuk.. sibuk kacau orang.. Masa test baju ni pun.. alahai.!! ngamuk sakan..
Isteri aku dok sibuk pilih baju untuk anak teruna dan anak dara aku tuh. Biasa je.. Beli kat kiosk kat Pacific Hyper Market. Harga bleh la tahan. Nak kata mahal tu idak le. Lagi mahal kat Gerai Pekan BM tuh.. Huhuhu...
Terpaksa le letak kat dalam troli tuh. Kalau lepas kat bawah.. alamat la... bukan reti dok senang.. Suka sangat kacau orang.. biasa le... Dia yang paling havoc
Habis letih le tuh... 

Adengan tawar-menawar tu biasa le.. 

Sabtu, 27 September 2008

Bila dah ada MasterCard....


Beberapa hari ni, aku terima banyak sangat panggilan dari entah dari mana. Sunway Lagoon le, Zikir Platinum le.. Ergh!! Semuanya tengah galak buat offer dan banyak lagi. Semuanya bermula bila aku dapat offer kad kredit dari HSBC.. Lepas beberapa hari je, wah wah wah ramai je yang call offer kad previllage itu la.. ini la.. Kononnya nama terpilih la.. Macam² lagi.. Sengal betul..

Yang paling membuatkan aku menyampah.. Konon tak payah bayar sesen pun. Tapi still tanya no kad kredit MasterCard.. Ini semua perangkap.. Kalau yang ada kad kredit.. Naya beb!! Tak pasal-pasal je kena bayar kat bank interest bulan-bulan... Memang dasar licik. Agaknya ramai yang terkena akibat dari perangkap ni le kot.. Aku pun siang tadi nyaris jugak. Nasib baik aku guna Debit MasterCard.. kalau idak.. alahai.. entah la...

Silap aku juga. Layan sangat diorang ni. Macam kena pukau pulak. Teruja le sangat. Tapi, sebagai pengajaran buat aku dan orang-orang lain yang baru dapat kad kredit. Hati-hati. Ini semua perangkap hutang. Entah la.. Nak buat apa lagi? Dah memang keghoje diorang macam tu. Nak buat aduan kat Persatuan Pengguna pun tak bleh gak. Sebab apa, kalau keras hati mesti kata "TAK NAK" kan? 

Paling tidak, lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Dan yang paling penting.. Hati kering.. Lantak le deme nak wat gapo pun.. Teman dah maleh nak pikior... Lagi di pikior lagi sakit hati jadi nye.. Bier pape asei bergaye... 

Jumaat, 26 September 2008

Perjalanan Pun Bermula....Aidil Fitri Kian Menjelma

Memandangkan Raya kian menjelma.. Ramai la yang dah mula  balik ke kampung. Maklum je la, kali ni ja boleh ambik cuti panjang..Kebetulan pula, Raya mungkin jatuh hari rabu (kalau ikut Ruqyah sah hari rabu). Petang tadi masa aku gi Seberang Jaya untuk membeli juadah berbuka, sempat le juga aku ambil beberapa snap untuk blog aku. Memang sudah menjadi aktiviti aku le kot.  Lebuhraya utara-selatan dari Jambatan Pulau Pinang mula sesak. Laluan ke arah utara terutama ke Sungai Petani, Alor Setar dan Perlis bersesak-sesak dengan kenderaan. 
Snap dari atas jejantas Seberang Jaya, kenderaan dari Penang Bridge ke Utara dipenuhi dengan kenderaan. Ramai yang mula dah balik ke kampung halaman.
Alamak??? Ni dari mana ke mana ye? Aku pun dah lupa... 
Yang ni snap dari susur masuk ke Lebuhraya utara-selatan berhampiran Masjid Jamek Seberang Jaya...

Biasa le kalau dah musim perayaan namanya. Hari terakhir bekerja sebelum menyambut raya...Ramai yang mengambil cuti panjang.. Kalau ada yang bekerja Isnin dan Selasa ni?? Aku le tuh.. Hehehe

Kemaskini ....

Aku tak sempat nak update apa-apa lagi. Mungkin malam nanti agaknya. Seminggu ni memang sibuk sikit. Lagipun dah hari-hari terakhir ramadhan ni.. Banyak perkara yang nak diselesaikan...

Sabtu, 20 September 2008

Peristiwa Jumaat...19/9/2008


Petang semalam, waktu orang tengah dok standby nak solat Jumaat. Tiba² terdengar bunyi detuman yang agak kuat. Masa tu aku dok kat dalam masjid. Aku nampak ramai jamaah tengah tengok keluar. Bagi aku macam tak ada apa sangat. Mungkin kemalangan biasa je. Then, beberapa minit kemudian terdengar pula siren ambulan. Mesti serius ni. Tapi, aku tak leh nak konsentret kat luar. Sebab aku nak tumpu kat solat Jumaat dan khutbah. So, aku biarkan saja waktu itu.


Then, bila dah habis solat semua jamaah dah keluar dan aku pun keluar gak la. Masa turun jejantas tu, nampak le dua mamat penarik keta sedang melepak kat blakang lori tuh. Rupa-rupanya memang ada kemalangan. Cuba tengok gambar tuh. Nampak sangat yang motosikal ini dilanggar dari blakang. Rosak teruk tu. Tapi aku tak tahu cerita sebenar. Anak aku ada bagitau yang motosikal itu telah dilanggar lari oleh lori. Si penunggang pula terhantuk pada lori yang parking. Penunggang motosikal tu telah dibawa ke hospital kerana kecederaan serius di kepala akibat terhantuk pada lori yang sedang parking.
Posted by Picasa

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Islamic-Ebook @ PNG


Inilah Restoren yang diheboh²kan oleh ahli Majlis Tertinggi IE (Islamic-EBook). Hehehe. Kehadiran walaupun tak ramai (5 orang je) termasuk Tuan Penasihat (Tuan Mod le tuh) dan Tuan Pengerusi Majlis (Abang Mohsin kita). Menampakkan komitmen setiap ahli.

Perbincangan serius antara Tuan Mod (En. Mohd Yasir), Saudara Hashim Manap, saudara Mohd Akhir dan Abg Mohsin kita. Siap reserved meja tuh untuk sepuluh orang.

Tuan Mod pula jadi jurufoto. Aku yang kat tengah² tuh.

Ni la korum yang hadir. Baju merah tu Abg Mohsin kita, Cap putih tuh aku, Sebelah aku tuh Mohd Akhir dan sebelah sini tuh Hashim Manap.

So... Inilah Tuan Penasihat kita. Tuan Mod Mohamed Yasir. Terima kasih pada Tuan Mod sebab sudi belanja kitaorang berbuka puasa tadi. Mudah²an murah rezeki ye..Amin..
Mungkin lepas ni, boleh le pula adakan Majlis Berhari Raya...Insya-allah..

Khamis, 18 September 2008

Pembelaan Diri.....

Tak tahu nak mula dari mana. Semuanya berlaku begitu pantas sekali. Apa yang mengecewakan ialah sikap pihak Bank tersebut yang langsung @ seolah-olah cuba untuk tidak mahu menolong aku. Aku juga kecewa dengan pihak guaman @ Biro Bantuan Guaman, langsung tidak mengendahkan kes dan masalah aku. Sehingga hari ini, sunyi dan sepi. Sampai hari ni juga, aku terpaksa menanggung hutang kad kredit orang lain.

Tahun lepas, dalam bulan lapan, aku mengambil keputusan untuk ke berjumpa dengan pegawai bank yang berkenaan bagi mendapatkan semua salinan dokumen yang mana telah melibatkan aku dalam kes saman hutang tertunggak kad kredit. Malangnya, aku hanya diserahkan sekeping notis mahkamah yang bernombor pendaftaran 72-25498-2001. Lain-lain dokumen seperti salinan penyata EA, penyata KWSP, salinan resit pembelian dan beberapa dokumen yang aku rasa penting untuk aku jadikan sokongan kes aku langsung tak dilayan. Namun begitu, aku juga telah membuat laporan polis setelah merujuk kepada beberapa rakan bank tentang permasalahan aku. Mereka sarankan supaya membuat laporan polis atas kes "Own Decrease".

Laporan polis yang bernombor pendaftaran R96291 telah dibuat di Balai Polis Bayan Lepas pada tarikh 07/10/2005 @ 18.20PM. Segala butiran telah dicatit oleh Koperal Ahmad Kamal bin Morad. Aku juga telah membuat laporan kepada Biro Bantuan Guaman. Malangnya aku tak catitkan nombor pendaftaran. Catitan dan laporan telah diambil oleh Peguam Mr. Wong. Sehingga hari ini. Langsung tak ada khabar berita.

Notis saman mahkamah ada menyebut Defendan terdiri daripada Norida binti Ibrahim dan aku sendiri. Siapa ini Norida binti Ibrahim? Daripada maklumat yang aku dapat daripada pihak bank, Norida ini merupakan pemegang kad kredit utama dan aku merupakan pemegang kad kedua. Agak janggal, selalunya lelaki akan menjadi pemegang kad pertama. Tapi ini adalah sebaliknya. Menampakkan yang aku ini hanya menumpang kepada Norida ini. Paling meloya aku dengar, aku ini merupakan suami kepada Norida. Sedangkan aku langsung tak kenal atau pernah kenal malah aku tak pernah ada rakan yang bernama Norida. Jadi, siapa Norida ini? Tak ada jawapan. Apa yang aku tahu, semasa pegawai bank menunjukkan dokumen-dokumen, aku sempat menjeling ke arah salinan kad pengenalan Norida ini, beralamat di Sungai Bakap.

Peliknya, dalam borang permohonan kad kredit, semua alamat surat menyurat menggunakan alamat yang berbeza dari alamat di dalam kad pengenalan. Alamat yang berubah-ubah. Dari Pekan Darat, Butterworth ke Teluk Air Tawar hingga ke Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah. Macamana aku tahu? Aku teliti setiap dokumen yang ditunjukkan oleh pegawai bank tersebut.
Ini alamat yang aku dapat semasa aku diberitahu oleh pihak bank :-
Norida binti Ibrahim
No. 4, Lorong Nakhoda 5,
Taman Teluk Air Tawar,
Butterworth.

Semasa menyemak penyata KWSP berpandukan nombor kad pengenalan, memang sungguh memeranjatkan, simpanan KWSP nya langsung tak aktif. Jika dibandingkan dengan penyata KWSP yang berada di pihak bank tersebut sungguh berbeza. Nak tahu kenapa? Baki akaun I & II hanyalah RM2,211.27. No ahli : 13646963. Sedangkan dalam penyata yang berada di pihak Bank tersebut adalah terlalu jauh. Dalam borang permohonan kad kredit, beliau merupakan seorang Accountant Executive pada sebuah syarikat. Sedangkan syarikat ini tak pernah ujud.

Borang J yang digunakan untuk memohon kad kredit juga adalah palsu. Kenapa aku berkata demikian? Sebabnya berpandukan siri nombor yang aku catit semasa aku berjumpa dengan pegawai bank langsung tak ujud di pengkalan data LHDN. Terdapat dua (2) no siri iaitu :- SG-5319303-03 dan SG-5912001-03. Sedangkan no siri bagi aku (berpandukan kad pengenalan) adalah SG-05009989-02(0). Terlalu berbeza dan jauh sangat bezanya. Apa yang menjadi tanda tanya ialah, bagaimana pihak bank dapat meluluskan kad kredit tersebut. Dan aku, secara tak langsung telah menjadi salah seorang mangsa kepada penipuan yang terpaksa menanggung beban hutang yang mana aku langsung tak pernah memohon dan tak pernah guna. Yang pasti, tak ada siapa yang nak tolong aku.

Apa yang perlu aku lakukan lagi? Nak hebohkan ke Harian Metro? Atau mungkin aku kena buat aduan ke Biro MCA?

Daily Journal : Tuesday - Thursday



Selasa lepas, dalam perjalan ke tempat kerja, aku tengok kenderaan bersesak-sesak sangat. Selalu tak ada la macam tu. Then, bila dah baik punya cilok sampai le satu tempat tuh. Rupa-rupanya ada accident. Mak aih.. Honda EX5 gasak blakang Harrier. Tengok le gambar kat atas dan bawah. Penunggang motosikal tu, aku tak dapat nak kesan. Mungkin dah dibawa ke Hospital atau mungkin juga terperuk kat dalam Harrier tuh. Aku pun tak nak le singgah lama-lama. Nak amik gambor ke nak gi keje. Terus blah. Apa pun tak tau.

Bersahur kat Restoren Nasi Beratur - Georgetown, Penang.

Hehehe.. Sebenornya aku suka sangat amik gambar kat sini. Suasana cantik dan memang tenang.

Aisheh!! mana lagi satu shot? alahai... Ilang pulak. Tapi tak pe.. Beginilah suasana kat Restoren Nasi Beratur. Lengang dan makanan memang pergh!! Sedap. Harga.. Jangan cakap la..Bak kata Nabil.."Lu Pikir La Sendiri...."

Posted by Picasa

Isnin, 15 September 2008

Mencari Bukti....

Apa kes pulak ni, lain macam je title tu? Sebenarnya aku tengah mencari beberapa bukti penting bagi aku untuk mengaitkan beberapa individu yang telah menganiaya aku. Yang pasti, berkaitan tentang penggunaan I/C aku dalam memohon kad kredit beberapa tahun lalu. Hingga kini nama aku telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia.

Insya-allah, dalam beberapa hari ni, aku akan publish semua dokumen-dokumen yang telah mereka gunapakai dalam memohon kad kredit. 

Penyata KWSP.
Salinan EA Form.
Salinan Surat Mahkamah.
Dan juga salinan Laporan Polis yang telah dibuat oleh aku.

Malangnya, baru-baru ini aku ada ke Bank Simpanan Nasional Jalan Ampang untuk memohon salinan semua dokumen, tetapi ditolak oleh pihak Bank berkenaan. Kenapa? Apa yang memusykilkan aku ialah, dokumen yang diguna adalah palsu. Cuma salinan I/C saja yang betul. Baik dari segi penyata gaji, EA Form dan semua alamat surat menyurat.

Ya Allah! kau permudahkan urusan harian aku. Kau permudahkan segala urusan aku dalam mencari kebenaran dan keadilan keatas diri aku. Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka-mereka yang telah menganiaya aku. -Amin-

Ahad, 14 September 2008

Credit Card oh! Credit Card....

Aku masih ingat lagi dua minggu lepas masa tu, aku bawa famili aku gi shopping kat Carrefour. Masa keluar nak balik tu, ada beberapa meja kaunter menempatkan para agency untuk credit card. Kebetulan pula aku lalu kot situ, datang le sorang nyonya ni suh aku apply Diners Card. Mula tu, aku tak nak pun. Tapi memang jenis diorang bukan reti putus asa. Pujuk punya pujuk aku, kantoi juga aku. So, aku pun try le apply gak. And for sure, aku memang tak akan dapat punya. Disebabkan status "blacklist" aku dengan Bank Negara Malaysia disamping satu salinan Surat Mahkamah yang telah dilayangkan kepada aku lebih kurang 7 tahun yang lalu kerana gagal membayar balik hutang kad kredit. Walaupun pada masa itu, aku langsung tak ada kad kredit. Gara-gara dianiaya oleh bangsa aku sendiri. 
Lepas sign satu application, tetiba mak aih! beberapa lagi orang sedang beratur suh aku sign gak. HSBC la, MBFCards la, OUB la...Aku pun gasak sign juga la. Bukan apa, aku cuma nak hadiah yang diorang tawarkan ja. Hehehe. Then, minggu lepas pihak HSBC call untuk verification. Erk! Pe hal plak ni? Aku rasa macam tak best ja. Aku gi masuk website HSBC, check kat tracker application status. Terkejut beruk aku. Apa tidaknya, application aku approved. Alahai.. 
Then hari ni (sabtu), berderet-deret surat sampai. Memula PIN, then petang tuh, kad kredit pun sampai. Discuss ngan wife aku, last-last mungkin hari Isnin ni, gi serah balik kat HSBC kad tuh. Tak terasa pula nak pakai. Kredit limit yang aku dapat pun banyak gak. RM 7K gak. Aku takut nanti aku juga terjerumus dalam golongan hamba kad kredit.
Aku ada terbaca satu artikel mengenai hamba kad kredit ni. Ngeri la jugak. Dalam artikel tu, penulis ada menyenaraikan top five punca seseorang itu jadi hamba kad kredit. Antaranya :-
  1. Hanya membayar bayaran minima 5% setiap bulan
  2. Semua had limit telah terpakai
  3. Selalu fikir boleh settle hujung bulan, tapi kantoi.
  4. Guna untuk belian runcit harian.
  5. Beli barangan yang tak mampu pakai.
  6. Takut orang lain tahu status hutang kita. 
Sekiranya jawapan "YA". Sah, secara tak langsung memang tergolong dalam golongan Hamba Kad Kredit. Sebelum aku terlambat, baik aku batalkan saja niat aku untuk guna kad kredit. Yang pasti, bila berhutang ni, membuatkan roh kita tergantung. Nau'zubillah hi min zalik. Lebih baik aku hidup macam sekarang. Tanpa kad kredit cuma kad debit (ada duit ada la. tak ada duit dah sah memang tak boleh pakai. hehehe). Ada satu slogan yang mungkin boleh aku guna pakai.. HIDUP BERKAT TANPA KAD

Sabtu, 13 September 2008

Sunrise.......From Penang Bridge

Shot 1
Shot 2
Shot 3

Shot Selebihnya... dari Penang Bridge

Seminggu Yang Lalu

Seminggu yang lalu. Beginilah keadaanya sebelum rumah @ lebih tepat lagi kawasan aku dilanda banjir besar. Masa ni, air sungai still di tahap berhati-hati
Jarak antara titi dan air sungai memang ketara. Tak jauh sangat.
Hari ni? Perbezaannya. Memang ketara.
Sungai ini dalam sangat. Kalau nak diikutkan, lebih daripada ketinggian dua orang dewasa

Khamis, 11 September 2008

Lirik Panas : Diari Y.B - ND Lala


Ada satu ketika tu, lagu ni memang meletup. Apa tidaknya, setiap pagi Mutiara.FM akan memainkan lagu tersebut. Tak silap aku, rancangan "Bersama YB". So, ramailah YB² yang ditemuramah.
Teringat plak, skang ni memang tengah panas. Sebagai Iktibar.. aku tujukan khas buat semua YB² yang disegani.

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang
Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang

Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi
Silap-silap nanti kurang undi

Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang

Sebelum senja ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga

Bila habis berceramah
Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah

Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan

Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
Sambil tu kena lah belanja makan

Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB.."

Untuk Download : Klik Sini

Rabu, 10 September 2008

9 Ramadhan - 10 Ramadhan


Petang semalam, saja aku gi Pasar Ramadhan kat Jalan Baru. Dah 9 hari berpuasa, baru semalam aku gi membeli juadah berbuka puasa. Bawa anak pompuan aku tuh, tengok-tengok le apa yang patut. Beli nasi ulam 2 bungkus. Sempat le aku bawa gi berbuka kat tempat keje. Memang ramai, tapi tak banyak pilihan. Lagipun memandangkan harga barang yang melambung, ramai yang lebih suka berbuka puasa dengan memasak sendiri. Macam aku. Sekali sekala boleh le nak gasak kat Pasar Ramadhan. Gambor ni aku amik dari atas jejantas Jalan Baru. Kebetulan cuaca indah bangat.

Ni kira dah sampai ke laman Masjid Jalan Baru dah ni. Biasa le tempat sempit sikit. Ruang legar tak luas. Mau tak mau kena la guna ruang legar Masjid. Yang penting jaga kebersihan Masjid.


Huhu.. Apa pulak ni? Ni la menu bersahur aku pagi tadi. Nasi Gorang Ayam Padprik. Weh!! Sedap sangat. Berbaloi dengan harga. Beza oo0oo order ngan gi makan sendiri. Lagipun semalam kerja tak banyak. Then satu lagi, aku tak nak bagi nampak sangat yang orang-orang aku tu tak buat keje. So, aku je la yang hilangkan diri. Biasa le. Leader. Hilang pun sekejap-sekejap ja. Landing kat dalam Surau, Gi keluar makan (bersahur). Then buat keje balik. Inilah selama aku kat WD ni, semalam merupakan sejarah yang tak pernah aku bayangkan. Dua saja shipment yang ada. Paling tak best, 100pcs ja. 1 kotak je untuk shipment. Ape ke hei nya. Nak "Bungkus" agaknya WD ni. Production pun slow sangat.

Inilah restorennya. Bangkok Tomyam, Jalan Mahkamah, Bayan Lepas. Berhampiran Kedai Borong Man, dekat sangat dengan Lampu Trafik ke Komplek Mas Kargo. Restoren ni memang glamor. Sebabnya, makanan yang sedap lagi memuaskan. Setanding harga.
Posted by Picasa

Ahad, 7 September 2008

Banjir Yang Luar Biasa - Last Episode


Pak Majid. Orang kuat yang mengurus hal ehwal mangsa. Orang harapan YB Ariff Shah gak. Segala urusan yang berkenaan dia lah yang uruskan..

Suasana kat pusat penempatan mangsa banjir. Riuh rendah jangan cakap le. Dengan bebudak, dengan orang tua-tua.. Dan macam-macam lagi..

YB ni juga yang sibuk dalam segala hal. Datang melawat kami waktu tengah malam. Mata semua dok cerah lagi. Biasa la, pindah tempat.. suasana pula lain.. Aku pun tak sure pukul berapa aku terlena...

Petang tadi pula, Wan Azizah mewakili DSAI datang melawat kawasan sambil memberi sedikit sumbangan. Tapi aku pelik juga la, mana perginya orang Be End yang sepatutnya datang juga mengambil segala maklumat mangsa yang terlibat. Kenapa orang PKR yang datang?Lepas berbuka puasa tadi, aku ada gak tanya ngan jiran sebelah, katanya Orang Be End dah ambil maklumat.. Tapi kenapa aku dan kawasan aku tak siapa yang tahu? Lacked in commnunication and kroni first priority.. Ini lah sebabnya kenapa Be End tak boleh menang kat Permatang Pauh.. Anyway.. Be End supposed to do post mortem.. Repair where ever the weakness is..
Posted by Picasa

Banjir Yang Luar Biasa - Part V


Air dah nak sampai paras sofa tuh... Paras lutut. Apa lagi yang perlu buat.. Kebetulan, pasukan Bomba pun dah sampai untuk memindahkan mangsa banjir. Aku.. angkat semua menda penting.. then terus ikut Bomba... Aku dah malas nak fikir apa-apa dah.. Apa nak jadi.. Tawakal... Selalu aku ingat.. Setiap bala ada hikmah-Nya...

Jalan raya pun dah sesak. Aku amik shot dari atas truck Bomba.. Kiri kanan jalan, semua jem.. Apa tidaknya... Kiri kanan jalan semua banjir..

Sebelah seberang jalan pun jem..Air sungai melimpah sampai ke jalan...

YB ni la yang selalu turun padang...Dia le yang standby semalam. Semalam banjir.. Semalam juga dia pergi lawat kawasan dan dia juga yang membekalkan segala keperluan yang sepatutnya.. Nasi la, ubat nyamuk la.. Air lagi... Jabatan Kebajikan Masyarakat.. Sediakan Tikar dan Selimut.. Alhamdulillah.. Jumlah yang kena pindah seramai 56 orang...Ramai gak tuh.. Selalu mana ada yang pindah.. Ni la first time ramai yang pindah...

**Ada sambungan lagi... Terpaksa buat by part - Gambar banyak...Tapi masalah blogger bagi upload limited gambar**
Posted by Picasa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...