Sabtu, 5 Julai 2014

DIMANAKAN KUCARI GANTIMU EPISOD 2


Kami sampai di sebuah hotel lima bintang hanya beberapa minit sahaja perjalanan dari rumahku.
" Wow....disini kamu perform, AM? Dekat sangat. Sudah berapa lama?
"DAh bulan kedua, bang. " sambil  memandu keretanya masuk ke tempat letak kereta bawah tanah dan memarkir di petak khas yang disediakan untuknya.
" Wah... letakkeretapun dah direserve untuk kamu? Hebat."
"Biasalah bang. Kita minta masukkan ke dalam konterek."
Mengeluarkan keyboardnya dari belakang MPVnya.
"Jom?" Kami menuju ke lif.
"Pukul berapa mulanya.?"
"9.30 "
"Ooo..." lif berhenti ditingkat dua. "Di-sini?"
"Ah ah. Dah sampai dah" Dia tersenyum padaku. Terasa betapa "Peghak"nya akuuu!
"Wow...hebat tempat nih? " Hendak komen juga tuh? Mataku meninjau ruang bilik yang hebat hiasan dalamannya. Exklusif. Aku dibawa ke tempat duduk mengadap pentas persembahan.
"Abang duduk disini dulu. Ndak  minum apa bang?
" Erm , coke cukuplah."
" Ok."  dia  memesan minuman daripada bar.



Nampak mesra dengan kakitangan disitu. Waktu itulah aku terpandang seorang wanita yang duduk minum di bar. Adikku berbual sebentar dengannya. Kemudian ku lihat adikku membongkok membisikkan sesuatu ke teling wanita itu. wanita itu memandang ke arah tempat ku duduk. dia melambai kepadaku. aku terkedu. Hanya sempat senyum.
Aku kenal dia. Bekas penyanyi "superstar " Dia dahulu digelar "diva rock" sebelum  Ella  muncul dipersada rock tanahair. 

Adik  kembali ke pentas untuk menyambung KORGnya kepada sistem bunyi . Seorang juruteknik memastikan bunyinya sempurna. Ku dapati  meja2 didalam tempat itu masih lagi belum diisi. Akulah pelanggan pertama melangut  disitu. Hark! Hark! Hark!

Coke di hadangkan. Tempat abu rokok baru ada abok2 dan sisa sepuntong rokok pun ditukar dengan yang baru. Efisyen!

Superstar  mengambil tempatnya di pentas .
 "Hi, abang. Katanya , melambai tangan dan melempar  senyuman kepada ku. Aku membalas lambaiannya. "selamat datang ke ...... First time here?  Aloneah? Where is your wife, sir?"
Aku mencari-cari kot-kot orang lain yang dipanggil "sir". Tekakku terasa kering. Aku letgo seteguk membasahi tekak.

Adik aku berkata sesuatu kepadanya.
"Oh... Well, sit back and enjoy .This one is for you." Berbahasa international untuk hotel bertaraf antarabangso. Pelanggannya  baharu aku sorang, anak tempatan. Masih awal lagi .

Ada atau tidak orang, tepat jamnya, lagu pertama dalam set  pertama  dimulakan. Aku dengar tepukan dari bar. Lagu favourite kakitangan disitu  kot.  Sebuah lagu "evergreen". Akupun tepuk juga ler...tanda kitapun tahu "appreciate"  good music.

Selepas tiga lagu, kulihat sudah ada guests masuk ke ruang launge itu, melambai tangan kepada adik dan penyanyi itu dan mengambil tempat di sudut-sudut terpilih. Aku "sip' sedikit sedikit minumanku sebab kalau cepat habis nanti didatangi pelayan lagi. Rokok dah tiga batang, satu lagu satu batang?

Sudah ada beberapa orang tetamu mengambil tempat. mereka berbual sesama mereka tidak menghiraukan nyanyian. Dah biasa barangkali. Lantas perhatian biduanita itu tertumpu kepada aku....peerrrggh! Peghasan?

Adikku pun menyanyi sambil bermain keyboardnya. Hebat juga dia, menyanyi dan mengiringi musicnya sendiri . Suara boleh tahan lunaknya. Tentulah lagu barat. Dengan tingginya, berkot dan berneck-tie, tampan daah!

Setiap kali memulakan lagu, mereka sama-sama menyapa pelanggan yang mereka kenali. Sapaan mereka berbalas. Waktu itu juga aku lihat pelayan menyerahkan slip kertas permintaan sesuatu lagu dari pelanggan yang duduk di bangku tinggi di counter bar. adikku tengok dan tergelak. lagu tak ada dalam package ,"buat I'll try" katanya . tanpa menghampakan permintaan mereka, dia menyanyikan lagu itu. Boleh pun. Sajaa...bok-buat tak ready.

Habis set pertama setengah jam rehat 15 minit. Waktu itulah adikku duduk menemaniku. Dia ada minumannya sendiri. "The usual-lah" pesannya dari pelayan. Biduanita tadi pula membawa minumannya ke meja pelanggan yang biasa ke situ. Dia bebual2 sekejap. Kemudian dia datang duduk bersebelahanku. Menghulur tangan dan bersalaman denganku. Kami bertukar-tukar khabar.

Dia bertanya khabar anak-anak aku. Lagu-lagu sepertimana yang aku minati. Macammana persembahannya..(tentulah OK belaka jawapannya!) . Aku pula tanya dia kemana menghilang hingga tak terbaca lagi beritanya. " Retired from public appearance." Selain itu lain-lainnya "Small talk" sahaja. Just to be comfortable.

Adikku   melayan tetamunya  sebentar. Tingga aku dengan biduanita itu. "Boleh bernyanyi, abang?" Boleh juga. " Boleh saya jemput abang ke hadapan mikrofon"  Segan ah..nantilah dulu. lagipun saya akan datang berkunjung ke mari lagi. "Betul ke ni"? Hm, Hm, aku mengangguk. "Give me five" . aku pun bagilah tapak tanganku bersentuhan dengannya. "Times up, abang. Gotto go." Silakan. "Nanti I panggil you menyanyi? " Ooohhh no no no, not now. Next time."

"Ok. Next time. Promise? " Aku angguk. Mula naik syok pula dapat layanan , dari ex-superstar pula tuh! Hark! Hark! Hark! Kebetulan aku memang minat cara dia menyanyi. Dengan rambutnya yang mengerbang, dan pakaian yang sendat-mendat dahulu, ramai menyamakan dia dengan seorang penyanyi rock international berbangsa African-American . Lupa pula namanya. Tuner ? Toner?  Turner ke apa. Ah,  Tina Turner . Dah 50 t umupun masih superstar tersohor di USA.

Superstar aku nih dah tak meloncat, mengelek , menghayun kepala macam dulu lagi. Dia duduk di stool depan mike dan melontarkan suaranya. Suaranya tidak berubah. Sehebat dulu. Kalau lagu sentimental, menyentuh perasaan. Selain lagu inggeris, lagu-lagu pop Indonpun disampaikan. Lagu Amelia Contessa dari filem "Mimpi Sedih" antaranya.

Abis set kedua rehat lagi. Berbual lagi. Kemesraan semakin terserlah antara aku dan dia. Macam enkorang bilang "ada chemistry"? Macam dah kena "short circuit" aku terbawa-bawa dalam keasyikan. dia pula lebih kerap memerhati ke arahku waktu menyampaikan lagu. Setiap lagunya ku rasa seperti dituju kepadaku seorang...alahaiii! Peghasan habis?

Mana mungkin perasan? Bukan aku dirumah memasang angan-angan sendirian. Dia berada dihadapanku. Duduk bersamaku. Minum dan berbual denganku. Gelak ketawa bersama-samaku. Adikku pun join in untuk merancakkan perbualan waktu rehat. Hinggalah berakhir set terakhir lebihkurang jam 12.30 pagi keesokan harinya.

Pun kami tak terus pulang. Dia mengajak aku dan adik makan bersamasamanya. Dia dah order untuk kami sekali. Rezki jangan ditolak, kata adik. Malam masih muda, kata biduanita. Balikpun nak dakap siapa? Tambahnya...aduh, ada makna kata-katanya tu. Ada makna oooo!

Kami beransur ke ruang makan di graunflor. Graunflor tu bukan nama tempat makan hotel itu . Ground floor, tingkat bawah. Dia  order untuk dua orang. Kena tambah untuk tiga. Dia nak order untuk aku tapi kata chef dapor dah tutup. so, dia minta pinggan kosong dan kongsilah makanannya dengan aku. Wowee! What an honour! Sharing plates? adikku pun tokok sedikit dari pinggannya. Minuman cukup.

Errkkk, cukup kenyang. kami duduk berbual sambil mencuci mulut pula. Lepas itu aku ulurkan gudang garamku untuknya. Kali ini dia menolak. Dia mengeluarkan kotak rokok dari begnya. ....mak? Curut ?  Made in Havana.  Mesti mahal punya. "15 ringgit sebungkus 10 batang."  Ada class. Bukan curut bergulung besar yang tok wan beli kat kedai AhSeng. Dia pelawa aku try sebatang. Aku tak tolak. Hormat tuanrumah beb.

Adik aku banyak memberi ruang untuk aku ke hadapan dalam perbualan. Si dia ex-superstar itu pun banyak bahan bualannya tentang kehidupan, tentang kemanusiaan. Anything on earth, kecuali mengata orang dia tak suka. Tentang dirinya tak apa. Dia banyak kemukakan soalan mengenai kehidupan sehari-harianku SEJAK KAU PERGI....

Sedar tak sedar jam sudah pukul 3 pagi waktu itu. Aku menemani ke hadapan hotel tempat dia letak keretanya.   Adik aku ke bawah mengeluarkan keretanya. Ku lagak gentelman tolong buka pintu keretanya untuknya. Sebuah kereta sport berwarna hitam keemasan.

"See you tomorrow night?" dia mengingatkan aku.
"Certainly. Tomorrow night, it is!" Balasku sambil menutup perlahan pintu keretanya.
"Good night!"  tanpa menyebut "abang" lagi. Just shortcut to my name.

Good night. Sebaik dia pergi . adikku menjemput aku di balcony hotel. Dia tersenyum meleret sewaktu aku masuk duduk didalam keretanya.
"You OK, bang?"

"I feel wonderful, Am. Like never before." Jawabku sambil mengeliat ditempat duduk. Dia ketawa seperti dia. "Macammana dia, OK?"
"She's a good, kind and loving woman. I think we clique." balasku sambil merenung jauh ke awang-awangan.
"I know you'd say that. Dia pun sunyi bersendirian, macam you juga, bang."

Kereta menyusur di Jalan Ampang menuju ke taman perumahanku. Sesungguhnya adikku berjaya membawa aku keluar dari kepompong kehidupan untuk pertama kalinya malam itu.


(BERSAMBUNG Ke Episod Ke3 ...berkenal sudah , bercintapun sudah, mahukah dia menjadi isteriku?)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...