Disusun semula oleh:
Urusetia Semarak Ramadhan, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Johor
Semarak Ramadhan
K . E . I . N . D . A . H . A . N . B E R S A M A M U R A M A D H A N
KEHANGATAN SAMBUTAN RAMADHAN
(Petikan dari buku ‘Rumahtangga Kami di Bulan Ramadhan’ oleh Dr Abdul Wahid al‐
Wakil)
Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih
daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah
SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan
semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia
sangat rugi.”
Ibn Rejab telah berkata : Hadis ini pada asalnya ialah sebagai tahniah kepada manusia
dengan kedatangan Ramadhan. Bagaimana orang beriman tidak mendapat berita
gembira dengan terbuka pintu syurga? Dan bagaimana orang berdosa tidak
mendapat berita gembira dengan tertutup pintu neraka? Bagaimana pula orang yang
berakal tidak mendapat berita gembira dengan terbelenggunya segala syaitan?
Beginilah cara Rasulullah s.a.w. menyampaikan berita gembira kepada sahabatnya.
Sesungguhnya ia adalah kekasih yang ditunggu‐tunggu dan Rasulullah s.a.w. telah
menyambut kedatangannya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud :
“Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan.
Selamat datang diucapkan.”
Hati merasa rindu dengan kehadiran kekasih yang lama menghilangkan diri dan tiada
kegembiraan yang lebih daripada itu. Namun bagaimana pula dengan sambutan di
rumah kita? Ia adalah kekasih dan kita telah mengetahui kedatangannya dan sedang
dalam perjalanan menemui kita!
RAMADHAN: TAMAN TAQWA
Diriwayatkan oleh al‐Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Telah
bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa Allah SWT telah berfirman yang maksudnya :
“Semua amalan anak Adam adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, ia
adalah untukku dan akulah yang memberikan ganjarannya. Puasa itu
adalah perisai. Apabila seorang dari kamu berpuasa maka janganlah
berkata kotor dan janganlah ia menjerit‐jerit tidak menentu. Sekiranya
seseorang mencelanya atau menyerangnya maka katakanlah:
Sesungguhnya saya berpuasa. Demi (Allah) yang nyawa Muhammad di
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
3
dalam genggaman‐Nya, bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah
lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa
itu ada dua kegembiraan : Ketika berbuka dia gembira dengan hidangan
berbukanya dan ketika bertemu Tuhannya dia akan gembira dengan
puasanya.”
Sesungguhnya telah benarlah Allah yang Maha Agung ketika mengakhiri ayat
berpuasa di dalam al‐Qur`an dengan firmannya :
لعلكم تتقون
(Semoga kamu bertaqwa)
Sesungguhnya pohon yang berguguran daun‐daunnya sepanjang tahun telah sampai
masa untuk tumbuh kembali, menyaluti pohon taqwa sekali lagi setelah dilanda angin
kencang maksiat yang berpanjangan. Ia akan tumbuh semula untuk menjadi pohon
yang rendang dan lebat buahnya, mengeluarkan makanan sepanjang masa dengan
izin Tuhannya, maka dengannya berbekallah seorang mukmin sepanjang tahun
hingga bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Sumber‐sumber taqwa pada bulan Ramadhan ada banyak dan yang paling utama
ialah puasa:
Firman Allah SWT:
“Wahai orang‐orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang‐orang sebelum daripada
kamu, semoga kamu bertaqwa.”
(al‐Baqarah: 183)
Apabila kita merenung sejenak ayat puasa yang didatangkan dalam surah al‐Baqarah,
kita akan menemui sesuatu keajaiban. Gaya bahasa yang digunakan adalah ke arah
mendekatkan diri kepada perintah serta melembutkan hati agar kewajiban dapat
diterima.
Sesungguhnya Allah amat mengetahui kelemahan hamba‐Nya dan memanggilnya
dengan panggilan yang paling disukai: Diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana yang diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu – Ia bukanlah
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
4
sesuatu yang baru tetapi merupakan syariat Allah sejak dahulu lagi. Semoga kamu
bertaqwa – Adakah di sana sesuatu yang lebih bernilai dari taqwa?
Sesungguhnya Allah SWT memperlihatkan kepada orang mukmin serta menghiaskan
mereka dengan segala bentuk manfaat di dunia dan akhirat. Allah tidak mendapat
manfaat dari sesuatu apapun.
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Allah SWT telah menganugerahkan bulan Ramadhan dengan pelbagai kelebihan
untuk umat Islam berpuasa dan mengerjakan amal ibadat agar mereka dapat
keredhaan daripada‐Nya. Umat Islam perlu mengambil kesempatan untuk
menggandakan amal ibadat kerana peluang yang diberikan sangat terhad. Ada
kemungkinan, peluang telah ditutup (dengan kematian) sebelum tiba Ramadhan
tahun hadapan.
1. Bulan diturunkan Al‐Quran
Maksud firman Allah:
“Bulan Ramadhan padanya diturunkan al‐Quran yang mempunyai keteranganketerangan
yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia”
2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat,
ditengahnya pengampunan‐Nya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan
Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu‐pintu syurga, dihapuslah pintupintu
neraka dan di ikatlah semua syaitan.”
“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya
dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan
dosanya yang telah lalu.”
3. Bulan Penghapusan dosa
“Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya
dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan
dosanya yang telah lalu.”
4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al‐Quran ) ini pada malam Lailatul
Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik
dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
5
Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga
terbit fajar.”
KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN
Hadis‐hadis Rasulullah saw mengenai kemuliaan bulan Ramadhan dan keutamaan
beramal.
1. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Bahawa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan
Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat,
diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu
Neraka ditutup, syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang
nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan
kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan
(tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).
(Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi)
2. Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata :
Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami
seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut
padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa
Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda
tentang bulan Ramadhan: Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka,
dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Syaitan dibelenggu.
Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu
menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah
anda, dan wahai orang‐orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah
(dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan
Ramadhan."
(Ahmad dan Nasai )
3. Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda :
“Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa
Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa‐dosa
(kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa‐dosa besar dijauhi."
(H.R. Muslim)
4. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
6
“Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut
"Rayyaan". Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? (untuk
masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir di antara mereka sudah
memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu."
(H.R. al‐Bukhari &Muslim)
5. Diriwayatkan daripada Imam Ahmad dengan sanad yang betul daripada Abdullah
bin Amru bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Rasulullah s.a.w. seringkali mengadakan majlis pertemuan untuk tujuan
memperbetulkan bacaan Al‐Quran dan mempelajari isi kandungannya
bersama‐sama dengan malaikat Jibril.”
Kesemua hadis di atas memberi pelajaran tentang keutamaan bulan Ramadhan dan
keutamaan beramal di dalamnya seperi berpuasa, membaca al‐Quran, berzikir,
berbuat kebajikan, berbuat baik kepada ibu bapa serta kerabat dan lain‐lain lagi.
PANDUAN PUASA RAMADHAN
(Petikan daripada Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zamanoleh
As‐Shaikh Ali b. Abdullah)
Erti Puasa:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa‐apa jua yang boleh membatalkan
puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan
bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Syaaban tahun ke‐2 Hijrah.
Dalil Puasa:
Perintah wajib puasa : Surah al‐Baqarah di ayat 183:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
7
“Hai orang‐orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana
diwajibkan atas orang‐orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang
bertaqwa.”
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain
Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan
solat, mengeluarkan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan
Haji ke Kaabah.” (H.R. al‐Bukhari Muslim ).
Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al‐Quran dan hadis yang jelas tentang
wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpuasa adalah dihukum
sebagai murtad (keluar daripada Islam).
Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan
dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.
Syarat‐syarat Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak‐kanak yang telah
mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan
Hari Syak (30 hb. Syaaban).
5) Berniat puasa.
6) Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
Rukun Puasa:
1) Niat, pada waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan semua perkara‐perkara yang membatalkan puasa sejak
terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.
Perkara‐pekara yang Membatalkan Puasa:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
8
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung,
telinga, atau lubang‐lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum
tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Muntah dengan sengaja.
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).
Pantang‐larang orang yang berpuasa:
Iaitu perkara‐perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak
mendapat apa‐apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia‐sia).
1) Meninggalkan ibadat wajib, seperti solat fardu lima kali sehari.
2) Berdusta, berbohong.
3) Mengumpat, mengata orang.
4) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
5) Melihat benda‐benda yang mendatangkan keinginan/syahwat.
6) Marah.
7) Berbalah dan memutuskan siraturrahim.
8) Membuang masa seperti bermain terup, catur, merempit dan melepak.
Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksud:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya,
maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(H.R. Muslim)
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan
minum, tetapi puasa yang sungguh‐sungguh itu adalah menahan diri dari
percakapan yang tidak ada gunanya dan kata‐kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)
Sunat‐sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
9
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka
yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu
tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah
merahmati orang‐orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum
waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda‐benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al‐Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis‐majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang‐orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga
terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1) Orang yang di dalam (perjalanan ‐ musafir), tetapi wajib di qada’.
2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib
qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.
Bacaan Niat Puasa:
1. Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah
Taala.”
2. Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan)
Maksudnya:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
10
“Sahaja aku berpuasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.”
Bacaan Hendak Berbuka Puasa:
Doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita
membacanya:
"Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah
dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala,
insya‐Allah”. (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)
SEMBAHYANG TARAWIH
( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama,
Jabatan Perdana Menteri (1981) – Cetakan Ketiga)
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan
oleh orang‐orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap‐tiap malam
bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain‐lain tempat
sembahyang orang‐orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang
fardhu Isya’.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan
sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang
hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan
sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu
keberatan.
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
11
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al‐Khattab pula beliau menambah
lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa
orang‐orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi
menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiaptiap
satu kali takbiratul‐ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga
genap rakaat yang dikehendaki.
4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat
(iman/ma’mum) kerana Allah Taala
5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun
sembahyang yang lain juga.
Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda
Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan:
“Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa
yang dilakukannya sebelum itu.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
SEMBAHYANG WITR
1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang‐orang Islam di Malaysia
menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3
rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
12
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i‐ bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum
kerana Allah Ta’ala.
ii‐ bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat
ma’mum kerana Allah Ta’ala.
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa]
Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga
dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca
Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.
Petikan hadith Mengenai Puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim
Kelebihan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu‐pintu Syurga dan ditutup pintu‐pintu
Neraka serta syaitan‐syaitan dibelenggu.”
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“…Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang
dilakukannya sebelum itu”
Kelebihan Berpuasa
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
13
“Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar‐Rayyan.
Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak.
Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada
pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun‐duyun
masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah
masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.”
Diriwayatkan daripada Abu Said al‐Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya daripada
api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.”
Akhlaq sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah
bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak
berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku
berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.”
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik,
Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni
Allah tidak menerima puasanya).”
Kelebihan bersahur
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.”
Kelebihan menyegerakan berbuka
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu
menyegerakan berbuka puasa.”
Kelebihan Sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadhan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
“Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang
mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang
dilakukannya sebelum itu.”
Panduan Puasa Ramadhan Keindahan Bersamamu Ramadhan
14
Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadhan”.
Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala
dosa yang dilakukannya sebelum itu.”
Beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w. biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam
bulan Ramadhan”.
Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w. bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan
tidak seperti bulan‐bulan lain”.
Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum,
hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan
dan minum oleh Allah”.
Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan
Berjunub
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua‐duanya berkata:
“Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi
kemudian meneruskan puasa”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan