Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Ahad, 7 September 2008
Banjir Yang Luar Biasa - Pt IV
Aku tak boleh lengah lagi.. Aku kuar amik gambar sekitar. Ngalahkan YB... Actually, aku numpang YB Ariff Shah. Dia orang pertama datang melawat kawasan. Aku pun ngekor ja. Ni lah suasananya. Rumah ni lah yang selalu kena banjir paling kritikal. Air kuat ke, ujan lebat ke.. First home yang kena banjir, rumah ni la.
Tuan rumah, tu ha.. tengah bawa lari motosikal naik ke atas jalan keretapi. Nak parking kat umah dia. Tenggelam le jawabnya.
Ni pula, kat dalam umah aku. Freezer tu kira dah tinggi. Dah lapik 2 kali bata. Itu pun air dah naik sampai situ. Memang tak dapat nak diselamatkan lagi.
Mesyuarat dan pesta air.. Banyak le pesta air. Penduduk setempat pun dah mula gelisah. Ramai dah mula keluar dari rumah. Mana dengan nak berbuka puasa lagi.. Dengan air semakin naik... Dengan ujan pun tak reda lagi.. Tawakal je lah..
**Bersambung ke Last Episode (May be)**
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan