Khamis, 4 September 2008

Lirik : Andai Ku Tahu - Ungu


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Download here

Rabu, 3 September 2008

Sungai Dua Oh Sungai Dua


Inilah Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. Tempat aku belajar dari tahun 1 hingga 6. Tempat yang terlalu banyak suka-dukanya. Aku masih ingat masa aku menjejak kaki ke situ. Tahun 1, aku pernah lari balik dari sekolah, sedangkan pada waktu tu baru saja bunyi loceng untuk rehat. Apa lagi, Tok aku ngamuk kat aku dan sepupu. Mau tak mau, pakai balik baju dan pergi sekolah sambung sampai habis waktu sekolah. Apa yang pasti, aku membesar dan belajar di sekolah tu. Pada awal persekolahan, maksud aku dari tahun 1 hingga 3, pencapaian agak memberansangkan. Tapi, selepas abah meninggal pada aku di tahun 3, pencapaian aku merosot. Aku langsung tak minat untuk belajar. Tapi aku teruskan juga. Aku tak mau ketinggalan dalam akademik. Aku pernah dimarah oleh guru Matematik (Ilmu Hisab). Dan Sir Lim (English) kerana kemerosotan.
Tahun 3 juga, kepala aku pernah kena lastik. Hari tu hari Jumaat, sebelum pergi sekolah, aku pergi tangkap anak ikan sempilai. Tapi ntah macamana, tiba-tiba aku rasa macam terkena sesuatu kat kepala. Tengok-tengok dah berdarah. Aku langsung tak diendahkan. Kena pergi sekolah gak. Dengan kesan darah kering kat kepala. Aku masuk sekolah. Sampai baik sendiri. Ambil minyak angin sapu sendiri. Hati aku jadi kering. Sampai sekarang.

Nampak usang dah sekolah ni. Uzur dan langsung tak terjaga.

Alahai, kering kontang. Kalau dulu, kiri kanan kekuningan dengan padi masak. Tapi sekarang dipenuhi dengan sambau dan lalang.

Baru lepas amik padi rupanya. Tuh yang biru tuh... Masjid..
Posted by Picasa

Isnin, 1 September 2008

Kronologi Ramadhan


Petang sebelum menjelang ramadhan. Ramainya pemain-pemain bolasepak yang diimport dari Myanmar. Memang menjadi "trend". Bermain untuk kali terakhir sebelum Ramadhan menjelma.

Malam Ramadhan. Maka ramai lah yang datang ke masjid dan surau bagi menunaikan solat Isya' dan solat sunat Tarawih. Muka masing-masing bercahaya.

Jeng-jeng-jeng...Inilah yang berlaku pada siangnya bulan Ramadhan. Alahai letih sungguh berpuasa sampai tertidur..... Hehehe..
Posted by Picasa

Salam Ramadhan



Ringkas je nih. Kalut sikit nak gi keje. Lepas sahur, update jap. Just nak ucapkan Salam Ramadhan Buat Semua viewers. Semoga Ramadhan ini lebih memberi makna dan keinsafan yang berpanjangan. Semoga diberkati dan dirahmati sepanjang hidup.

Dan yang paling penting, tabah menghadapi segala ujian dan rintangan. Mudah²an kita semua memperoleh kejayaan yang hakiki.

Selamat berpuasa. Salam Ramadhan eid Mubarak.

Ahad, 31 Ogos 2008

Ramadhan : Berterawih Bersama YB Ariff Shah Omar Shah


Awal Ramadhan, beginilah suasana Masjid Jalan diawal permulaan Ramadhan. Malam ni adalah malam pertama berterawih. Aku pun tak menjangka yang YB Ariff Shah nak berterawih sekali. Kebetulan pula aku bawa digital camera (tengah kemaruk sebenarnya, maklum je lah, baru beli). Peluang yang ada jangan disia-siakan.


Masjid Jalan Baru menjadi tempat pertama YB Ariff Shah berterawih. Sampai habis YB tunggu. 23 Rakaat. Sepanjang 23 rakaat tu, aku dok sebelah dia ja. Aku kagum sebab langsung tak ada rasa kecewa kat mukanya. Pada aku, sepanjang dia menjadi ADUN kat Seberang Jaya ni, apa saja masalah, cepat ja dia selesaikan. Yang menjadi permasalahan ialah orang bawahan dia. Selalu ja kantoi. Tu sebab orang jadi tak berapa suka kat UMNO. Lagi satu, memang dah adat orang melayu, selalunya yang atas-atas tu tak le kisah sangat. Yang bawah-bawah baru nak naik ni ja selalu buat perangai. Abis camana? Anyway, aku respect Ariff Shah, YB berjiwa rakyat. Duduk sekali berterawih tanpa sebarang layanan istimewa. Dia dok row yang kedua, sebelah aku. Hehehe...

Lepas terawih, terus blah. Amik ja suasana malam tuh. Memang aku suka amik gambar pada waktu malam. Sebab rasa aman sangat. Cuma satu ja, gambar akan jadi malap. Biasa le. Malam yang kelam.


Ni lah suasana malam kat Masjid Jalan Baru. Cahaya lampu yang menerangi cukup mendamaikan.
Posted by Picasa

Merdeka @ Birthday

Malam Merdeka? Merdeka kah malam ini? Kalau hanya setakat main bunga api tu, apa lah sangat merdekanya. Tapi, tak macam malam-malam Merdeka tahun-tahun sebelumnya. Pak Lah pun dah slow. Acara malam Merdeka juga tak disiarkan secara langsung. Kalau tidak, mesti ada "countdown" Merdeka. Ah!! Merdeka kah kita? Sebenarnya kita belum Merdeka...Kerana apa? Kerana beban inflasi yang semakin meningkat. Kita masih dijajah dengan pelbagai beban dan tekanan. Okeh!!

Petang tadi masa nak balik keja, sempat aku jenguk ke Queensbay. Ramainya umat. Tak solat Maghrib ke? Penuh dengan muda-mudi yang pastinya sedang menunggu untuk menyambut Merdeka. Sedangkan malam esoknya adalah lebih meriah sebabnya kita akan sambut Ramadhan Al-Mubarak. Aku yakin dan aku pasti, mesti tak ramai muda-mudi ini yang akan ke masjid bagi mengerjakan Sunat Tarawih bagi menyambut kedatangan Ramadhan.


Ceria je aku nengok anak aku yang kecil sekali ni. Memang meriah dengan dia. Tak senang duduk. Mesti ada saja kerja yang nak dibuatnya. Ingat senang ke nak dapat posing macam ni. Susah. Jenuh nak kepung.

Aksi spontan. Sebenarnya dia baru nak kacau komputer tu. Tangan tu, kalau tak tekan keyboard tu, memang tak sah. Ada saja yang nak ditekankan. Then kakak pula datang nak ambil turun. Dengan selamba buat posing. Aku pun amik snapshot.


Birthday girl. Belated birthday. Excited sangat nak suh beli kek. Aku saja je buat suprise. Dah 5 tahun. Selalunya just rai satu family ja. Beli kek, potong kek dan amik gambar dan makan. No Birthday song... Dan tak ada lilin untuk ditiup.

Mula tuh, nak gak amik Kek yang special sikit. Tapi, bajet lari sikit. So, amik yang sederhana ni saja. Tak kisah la. Yang penting, dia suka. Cuma aku je tak suka. Memang tak suka makan kek. Tak tahu pasal apa.

Anyway.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-51 dan Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Muslimin dan Muslimat. Mudah²an Ramadhan tahun ini memberikan kesempatan yang penuh bermakna.
Posted by Picasa

Khamis, 28 Ogos 2008

Berakhir Sudah Episod Permatang Pauh...

Sebagaimana yang semua orang tahu, DSAI akan mengangkat sumpahnya sebagai MP pada pagi ini (28/8/2008). Makin kuat penyokongnya berteriak "Selamat Datang Putrajaya". Pelbagai yang aku dapat lihat samada di Media Kerajaan dan Bloggers. Terlalu banyak perkara yang berlaku.

Aku?? Aku kena keja da....Lagipun, aku tak mengundi di Permatang Pauh. Aku kawasan Bagan. Tapi, tu lah. Macam-macam perkara dan karenah yang aku dengar bila Isteri aku bercerita. Memang kelakar. Pada aku, sebenarnya sebelum pilihanraya lagi, aku merasakan peluang adalah 50-50, untuk PKR dan BN, tapi tidak bagi AKIM (perabih duit ja, RM10,000 pi Mekah lagi baik dari dok perabih pi bertanding. Jangan harap la nak menang). Yang pasti, Permatang Pauh adalah Kubu kuat Anwar dan Wan Azizah. Semuanya berpunca dari tindak tanduk kepimpinan sebelum ni. Mereka marah dengan apa yang berlaku. Mereka hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN. Tu sebab, orang lain tak boleh menang.

Seberang Jaya, Jalan Baru dan hampir kesemua kawasan Permatang Pauh, cuba la gi tanya, kenapa mereka tak sokong BN. Jawapan pasti akan dapat sama. Apapun, post-mortem harus dilakukan oleh segenap pelusuk warga BN. Muhasabah balik, di mana kesilapan. Yang pasti, masyarakat tempatan sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan BN.

Apa yang aku kesalkan kat sini ialah, sikap kutuk mengutuk lebih kepada serangan peribadi terhadap saingan masing-masing, ditambah pula dengan ketidak telusan penyampaian maklumat oleh media utama, menjadikan masyarakat jelik dan mual dengan media arus perdana. Pertimbangkan lah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...