Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Rabu, 3 September 2008
Sungai Dua Oh Sungai Dua
Inilah Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. Tempat aku belajar dari tahun 1 hingga 6. Tempat yang terlalu banyak suka-dukanya. Aku masih ingat masa aku menjejak kaki ke situ. Tahun 1, aku pernah lari balik dari sekolah, sedangkan pada waktu tu baru saja bunyi loceng untuk rehat. Apa lagi, Tok aku ngamuk kat aku dan sepupu. Mau tak mau, pakai balik baju dan pergi sekolah sambung sampai habis waktu sekolah. Apa yang pasti, aku membesar dan belajar di sekolah tu. Pada awal persekolahan, maksud aku dari tahun 1 hingga 3, pencapaian agak memberansangkan. Tapi, selepas abah meninggal pada aku di tahun 3, pencapaian aku merosot. Aku langsung tak minat untuk belajar. Tapi aku teruskan juga. Aku tak mau ketinggalan dalam akademik. Aku pernah dimarah oleh guru Matematik (Ilmu Hisab). Dan Sir Lim (English) kerana kemerosotan.
Tahun 3 juga, kepala aku pernah kena lastik. Hari tu hari Jumaat, sebelum pergi sekolah, aku pergi tangkap anak ikan sempilai. Tapi ntah macamana, tiba-tiba aku rasa macam terkena sesuatu kat kepala. Tengok-tengok dah berdarah. Aku langsung tak diendahkan. Kena pergi sekolah gak. Dengan kesan darah kering kat kepala. Aku masuk sekolah. Sampai baik sendiri. Ambil minyak angin sapu sendiri. Hati aku jadi kering. Sampai sekarang.
Nampak usang dah sekolah ni. Uzur dan langsung tak terjaga.
Alahai, kering kontang. Kalau dulu, kiri kanan kekuningan dengan padi masak. Tapi sekarang dipenuhi dengan sambau dan lalang.
Baru lepas amik padi rupanya. Tuh yang biru tuh... Masjid..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan