Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dua hari cuti, kebetulan anak yang sulung pun balik dari asrama MRSM. Amik masa yang ada nak konon nak gi Perpustakaan Awam Seberang Jaya. Ni cerita sabtu lepas (7/7/2012). Terlupa pula yang hari sabtu lepas cuti umum. Ye la sempena “Hari Warisan Pulau Pinang”. Kepala otak memang “blur” abis. Kenapa? Hal personal. Pagi tu, udah balik umah mak kat Nyior Sebatang. Sebenornya boleh dikatakan setiap bulan balik tengok mak. Tapi, kali ni balik hati rasa lain sangat. Rasa syahdu pun ada, paling banyak rasa berdosa kat mak. Ye lah, hampir berapa tahun tak pernah jenguk, amik peduli kat mak. Alhamdulillah, Allah s.w.t beri peluang untuk kembali memperbetulkan kesilapan yang lalu. Macam ada ustaz bagitau, kalau buat salah dengan Allah s.w.t jika bertaubat dan rasa bersalah, Allah s.w.t sedia mengampunkan. Tapi kalau buat salah ngan manusia ni, susah sikit. Nak kena cari orang yang kita buat salah nak minta ampun dan maaf dari orang tu. Susah dan banyak cerita. Kesimpulannya, jangan buat salah sesama manusia dan jangan juga buat salah dengan Allah s.w.t juga.
Lepas dah settle hal kebajikan mak, balik dan bawa family jalan-jalan. Mula tu macam dok habaq la, nak gi Perpustakaan Awam Seberang Jaya. Sekali tutup daaa! Cuti Umum dan akan dibuka semula pada 08/07/2012. Alang-alang dah ada kat sana, terus “corner” masuk Sunway Carnival. Masa dok jalan dari car park ke Sunway tu tengok anak yang bongsu pakai baju “kampong boy” ja. Kesian..kesian..kesian
Nak suh gi kat kete nak amik gambar pun segan. Kecik-kecik pun dah reti segan.
Siap ajak maknye skali nak amik gambor.
Then, kebetulan masuk “Parkson” kat Sunway Carnival Mall tu, dapat le beli baju & seluar “SODA”. Lepas bayar, gi toilet tukar pakaian. Baru Nampak bergaya. Dah siap-siap tu, mak aii asyik suh ambik gambar je. Habis semua kete dia gi posing and suh amik gambor. Alahai.! Anak² zaman sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan