Isnin, 9 Julai 2012

Istidraj (Sumber Keyboard-Bercerita)


Tak habis2 dengan www1. Pe la sangat isu tu? Tapi macam ada pihak yang
suka tengok dua pihak bertelagah. Paling sedih bila ada yang
bertelagah tu pula dari bangsa "melayu". Ada pihak yang sengaja
memperbesarkan isu. Sebabnya bertentangan pendapat dan fahaman
politik. Orang kita memang macam tu. Suka melulu tanpa periksa.
Sekarang ni timbul pulak isu undi dan haji. Macam biasa la, pelbagai
perselisihan timbul. Pening teman. Kadang-kadang tuan asal cakap lain,
ada pihak pula sampaikan macam len, dapat pulak kat lagi satu pihak,
udah cerita jadi macam lain. Macam permainan yang selalu dianjurkan
bila ada team building ka, pa kursus melibatkan syarikat ka. Ada
sepuluh orang, yang pertama baca maklumat, sampaikan kat orang
seterusnya, last sekali maklumat sampai lain. Timbul kekeliruan,
timbul fitnah dan timbul pelbagai spekulasi. Bila nak abis? Siapa yang
rugi nanti? Kome amik sikit, mike amik sikit dan teman pun dapat
sikit. Pakat-pakat share saham sorang sikit. Teringat pula kata-kata Ustaz yang dipanggil dalam Al-Kuliyyah kat TV3 petang Jumaat lalu. Yang si A kata dia betul, orang lain semua salah. Yang B pun sama macam tu juga, kata dia betul, orang lain semua salah.

"kita ni nak sembahyang mesti ada persediaan. Dari segi pakaian, kita
kena pastikan ianya sentiasa bersih. Kadang-kadang kita lipat kaki
seluar sampai betis, baju pulak segala logo minyak la, logo setan
iblis semua ada. Macamana kita nak ngadap Allah s.w.t. Cuba kita pakai
macam tu gi temuduga kerja, agak-agak dapat tak? Kita ngadap Allah
s.w.t dengan baju kerja, masuk bilik air pun dengan baju tu, macamana?
Kita sepatutnya menjaga pemakaian kita ketika mengadap Allah s.w.t.
Kita memandang remeh hal sedemikian."

Dalam hati dok ingat, udah kena sebijik kat batang idung teman.
Petikan tu teman amik dari ucapan kuliah maghrib yang mengupas hal
mukjizat dan perkara yang menyalahi adab. Dalam perkara menyalahi adab
ada enam. Salah satunya ialah Istidraj.

Apa itu Istadraj? Istidraj ialah perkara luar biasa yang mendorong
kepada orang-orang fasik supaya bertambah lagi kefasikannya. Terdapat
beberapa tanda orang-orang Istadraj ni antaranya:-

1. Enggan menunaikan kewajipan serta memperlekehkan hal-hal agama.
2. Tidak berminat untuk mendalami hal-hal agama.
3. Tidak letih dalam mencari dunia.
4. Bakhil dan tidak suka menderma dalam hal-hal agama.

Cer belek, renung, tilik, muhasabah dan pikir dalam-dalam ada tak kita
terkategori dalam hal kat atas?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...