Isnin lepas, sebagaimana yang ramai ketahui, hujan lebat sangat. Dari malam tu, sampai ke pagi selasa. Memang hujan yang di luar jangkaan. Apa tidaknya, terangkat bumbung rumah aku. Tinggal tak tercabut je lagi. Alhamdulillah, semuanya selamat. Tapi, sebagai penduduk Jalan Baru ni, menhgalami banjir dah menjadi sesuatu yang mesti dilalui. Apa tidaknya, kalau korang perhati kat gambor sebelah ni, sistem perparitan yang daif, laluan air yang sempit. Di tambah lagi dengan kehadiran keladi bunting yang menyekat laluan air menjadikan keadaan bertambah sukar.
Beberapa kali aduan telah dibuat, tetapi dipandang sepi. Sepatutnya, parit/sungai harus dibersihkan sekerap mungkin. Memandangkan rumput dan kankung memenuhi segenap ruang sungai ini. Seingat aku, kali terakhir sungai ini dibersihkan, pabila menjelang PRK Permatang Pauh, iaitu bulan Oktober tahun lepas. Bayangkan, sekarang ni dah masuk bulan April, bermakna 6 bulan yang lepas. Punca sebenar adalah laluan sempit yang membahagikan antara sungai dan laluan ke laut. Lintasan keretapi yang memisahkan antara sungai kecil dan besar yang menjadi terusan terus ke laut. Dan tiap kali hujan lebat, terdapat beberapa kelibat manusia yang sedia menanti di atas saluran tersebut bagi memastikan lubang saliran tidak tersekat dek pokok-pokok dan pelbagai jenis rumpair yang bisa menghalang kelancaran laluan air.
Jikalau paginya, berita setempat dalam media cetak prima menyatakan bahawa Bayan Baru dan Bayan Lepas mengalami banjir yang hebat, apatah lagi kami yang tinggal di sebelah sungai ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan