Rabu, 17 Disember 2008

Acer Mini Notebook


Memangnya aku tak berminat langsung nak beli notebook ni. Tapi bila ditengok-tengok balik, ini je peluang yang aku ada. Chances only come onces. Tanpa berfikir panjang. Aku beli juga satu. At least senang aku nak berkomunikasi atau nak buat projek yang mungkin akan menguntungkan. Siapa tahu.

Dan yang pasti, esok atau lusa mungkin aku akan dihantar ke Selangor untuk support operation kat sana. Mungkin saja. Semuanya serba berkemungkinan. Memandangkan ekonomi dunia dalam krisis yang sangat membimbangkan. Apa yang perlu aku lakukan ialah bagi memastikan setiap simpanan aku adalah berbaloi. Dan setiap pelaburan aku mendatangkan hasil untuk jangka masa panjang. Tapi, kita harus ingat, rezeki itu adalah pemberian allah s.w.t. Selagi mana kita berusaha, selagi mana kita bersyukur dan selagi mana kita bertawakal, insya-allah. Rezeki itu ada. Sebagaimana kata bekas mufti Perlis, Dr. MAZA, kejatuhan ekonomi dunia adalah disebabkan terlalu banyaknya riba dan rasuah. Sebagai contoh perbankan secara konversional. Apa yang pasti, ekonomi dunia dikawal oleh Yahudi.

Sebagaimana yang umum ketahui, rata-rata kilang perindustrian mengambil langkah berjaga-jaga dan yang pasti untuk mengelakkan dari terus menanggung beban krisis, pemberhentian serta mengurangkan tenaga kerja menjadi jalan mudah bagi memastikan syarikat tidak muflis. Hari ini, Honda dan Nissan juga mengambil langkah yang sama. Krisis semakin kritikal. Para penganalisa kewangan juga telah memberi amaran, untuk pulih mungkin akan memakan masa yang agak lama. Ini adalah krisis yang paling teruk sejak 1930an.

"The market's reaction to the directive was decidedly bullish, but not above questioning considering the bleak economic outlook that was conveyed in the wording of the directive and the recognition that oil prices actually closed lower," said Patrick O'Hare at Briefing.com."

Secara realistik, saham-saham dibuka rendah, penutupan saham-saham semasa adalah bercampur. Untuk rekod dalam beberapa hari ini, Wall Street dan Dow Jones menampakkan sedikit peningkatan. Itupun setelah beberapa kali "bail out". Ini mengingatkan aku pada masa aku membeli rumah pada tahun 1998. Sewaktu itu, kita menghadapi krisis matawang. Risiko yang terpaksa aku ambil bagi mendapatkan sebuah rumah. Alhamdulillah, setelah sepuluh tahun berlalu, akhirnya aku dapat menyelesaikan hutang dengan pihak bank. Yang paling penting di sini ialah, kesabaran dan setiasa yakin, rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t. Syukur dan sentiasa berdoa akan dipermudahkan kehidupan.
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...