Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Sabtu, 4 Oktober 2008
Memori : Ramadhan 1429H
Sepanjang ramadhan tahun ni, terlalu banyak suka-duka yang terpaksa aku / keluarga aku tempuhi. Terlalu suakr untuk dilupakan. Pelbagai dugaan dan rintangan dalam menguji ketaqwaan dan keimanan. Dan tahun ni juga, tahun yang paling bersejarah dalam hidup aku. For the 1st time ever aku mula berjinak-jinak dengan politik (bukan join pun cuma amik tahu saja politik semasa). Semuanya bermula dengan sekembalinya DSAI ke arena politik dan apa yang pasti, perkembangan politik semasa sangat mendukacitakan.
Malas nak citer pasal politik ni, ye la..Aku bukan reti sangat pun. Amik tahu macam² tu je la. Nak kasi full comitment, jangan harap. Tak minat. Tahun ni..Aku berterawih disebelah orang yang banyak juga membantu masyarakat setempat (Jalan Baru) sekiranya berlaku apa-apa permasalahan, bencana ke apa ke. Dialah orang yang pertama turun padang.
YB Ariff Shah Dari awal terawih sampai le habis. ~
Dan dalam sejarah juga, buat pertama kalinya kawasan aku mengalami banjir besar. Selama aku tinggal kat situ, inilah kali pertama aku terpaksa berpindah ke pusat pemindahan bencana akibat banjir. Dan kali ini juga mengajar aku tentang betapa prinsip orang melayu kebanyakkan (Pengampu Orang Kaya). Kenapa aku berkata demikian? Akan aku jelaskan kemudian. Dan bulan puasa tahun ni jugalah aku bersahur di tempat pemindahan bencana. Memang serba kekurangan. Kalau nak diceritakan saat-saat tu, memang la tak cukup page ni. Tapi, cukup membuat aku dan keluarga jadi trauma dan hujanphobia.
DWAI bersusah payah datang dari KL semata-mata nak bagi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Kat sinilah dapat aku saksikan betapa sikap orang melayu ni lebih kepada suka membodek dan suka dibodek. Apa tidaknya, kalau dari atasan dah mengajar macam tu. Aku amik contoh masa sebelum bermulanya Pilihanraya Kecil Permatang Pauh (P44). Kawasan kami kena banjir. Tapi masa tuh, tidak le teruk sangat. Masing-masing turun bagi sumbangan. Dalam erti kata lain, meraih undi. Tapi bila dah habis pilihanraya dan semua orang tahu akan keputusannya. Dan lebih menarik apabila Pak Lah telah menyediakan Bajet 2009 di mana peruntukan untuk bencana termaktub. Apa yang terjadi?? Kawasan kami langsung tak dipandang oleh mereka-mereka ini. Sekiranya keputusan P44 adalah sebaliknya, aku pasti dan for sure pasti pelbagai kemudahan yang akan dapat. Tak percaya? Kenalah percaya. Inilah sikap orang melayu sebenarnya.
Begitu juga apa yang berlaku kat tempat kerja aku. Yang ni, aku no komen. Sudah terang lagi bersuluh
Majlis berbuka puasa dengan e-groups Islamic-eBook. Setelah sekian lama kemarau majlis berbuka puasa. Nak harapkan team SLR-YCH aku? Entah tahun bila agaknya baru dapat adakan Majlis Berbuka Puasa. Hari tu ada gak bincang. Macam² alasan yang diberi. Aku pun dah fed-up sebenarnya. Lantak le. Minggu depan ada majlis berbuka puasa / makan malam kompeni pulak. Sepatutnya diadakan pada 28hb, hari tu kan dah ramai yang balik kampung. Apa le punya plan. Nampak sangat tak reti tengok kalendar. Ni dah lepas raya ni majlis berbuka pe jadahnya. Dah jadi majlis raya le.
Akhir sekali........ Pagi syawal yang cerah. Walaupun sehari sebelum tu rumah aku masuk air sekali lagi. Hujan melebihi 24 jam. Dugaan. Salam aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. (Sorry le, gambar blur sikit. Anak aku yang snap)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan