Santapan personal untuk membaik pulih diri, muhasabah diri, semak kelemahan diri sesambil mengurangkan stress, beban serta tekanan perasaan yang dual-identiti.. (kemenda dok merepek)
Jumaat, 3 Oktober 2008
Hari Raya Eidul Fitri 1429H...
Tahun ni, aku tak balik kampung. Lagipun malam raya tuh aku dah gi umah mak aku. Petang tuh, adik aku datang amik dan terus gi umah dia kat Padang Serai. Amik wife dia. Malam tu, berbuka puasa kat umah mak aku. Lepas berbuka baru balik umah aku. Malam tu juga, alahai jangan cakap la. Memang letih sangat. Mana tak letihnya, mana dengan thrill ayor sungai kejap naik kejap turun. Umah aku tu dah berapa kali masuk air dan berapa kali surut. Pagi tuh lagi, meredah banjir gi tempat keja. Balik keje pun redah banjir gak. Boleh karat oo rim moto aku. Kena air laut yang pasang. Suasana Masjid Jalan Baru, memang macam ni tiap-tiap tahun. Ramai dengan masyarakat setempat. Hehehe......
Percaya atau tak? Kalau korang tengok bus stop tu, rata-rata yang ada kat situ adalah dari Indonesia, Bangladesh dan juga Myanmar. Heheh... Itulah masyarakat setempat. Ramai giler ngan diorang ni. Setengah masjid juga. Tapi tak kisah le, asalkan tak ada haru hara. Aman damai ja. Agaknya le.
Trio sedondon. Anak-anak aku. Tema hijau. Tapi tak serata hijau. Janji hijau. Aku je yang tak hijau. Hehehe...
Sulung dan tengah. Muhammad Luqmanul Hakim dan SyazwanulHakim. Sempat lagi berposing pagi raya. Biasa le sebelum gi Masjid.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan