Rabu, 11 Jun 2008

The Contribution - DELL @ YCH


Memasing sibuk wat kijer



Hujan mengiringi sepanjang keje kat situ. Sejuk dan Nyaman.



Inilah kertas keje kitaorang. Berserabut siot

Three days gone like a wind. Very though day ever. Apa tidaknya, first day aku kena station kat YCH Warehouse. Mulanya memang tak expected yang akan kena teruk macam ni. Ye la, re-arranged goods, check the condition. Ensure pallet, carton and goods in good condition. Even kalau ada scratched sikit pun kena reject. 100% checking.
Semua pakat tumpu pada kerja. Time makan pun kerja.

Pada awal pagi semasa briefing, Boss bagitau, 50 pallets as per planned. Disebabkan oleh activities of the warehouse. So, output kurang sikit because they nak kena concentrate kat keje diorang lagi. Nampak macam ringan le sikit. Bila staff YCH staged barang kat loading bay, biasa le kerja punggah memunggah ni. Memula kena LCD tu, okay la. Tak berat sangat. Susun pun cantik ja. Dah siap 20 pallets. Ada phone call, bagitau plan change. 100 pallets. Aiyak!!! Jadi, kitaoran
g pun takde le kisah sangat, lagipun barang tak berat. Nak re-arrange pun tak susah. Completed first trip. Second trip loading. Mak aiii!! Sekali battery notebook. Pergh!! apa lagi beb, berat giler. Kena 15 pallets. Pergh!! Mula le rasa kebas, sengal dan macam-macam rasa ada. Like it or not. You've to. Nasib baik ada team ramai. So, kurang le sikit beban tuh. Basah baju nih. Peluh. Siap lagi 20 pallets. Siap loading. Then boss kasi break. Lunch beb! Urat-urat pun dah rasa tegang sikit. Lepas makan, jam 2.00 petang masuk balik YCH for next trip. Aku sempat gi tanya kat guard kat situ, nak minta gi surau solat zohor. Ye la, dah buat keje kat situ, aku ingat bleh la masuk gi solat kat surau situ. Guard tu kata apa, "nak solat kena gi kat astaka, ada surau. Surau sini tak leh masuk sebab nak kena buat approval letter". Ada ke patut? Then aku turun gi kat port driver dok lepak. Tanya kat driver² yang ada kat situ. Nasib aku memang baik, kat port tu ada tempat solat. Walaupun terbuka, tapi selesa. Sebab kena angin fresh. Ada tirai untuk cover dari tempat diorang dok sembang. So, kat situ le aku solat. At least, aku tau gak ada port untuk solat. So, esoknya kalau ada lagi, tak le ralat sangat nak buat muka dua posen kat guard nak minta gi surau.
Berat giler battery ni. Boleh "jammed" pinggang oo00oo.. hari tu kena sampai 15 pallets. Letig oo00o.

Hari tu memang pulun abis. Lagipun, malas nak standby situ lama-lama. Biasa le, aku dulu pun x-YCH gak. So, memang ada geng ramai. Tapi, jadi segan la sikit. Lebih kurang 6.00 petang. Kira selesai le kat YCH tu, aku kena balik datang ofis kat Bukit Minyak. Ada lagi briefing. Masa ni le yang tak best nya. Boss offer aku untuk station terus kat Warehouse Bukit Minyak. Untuk lead satu team to handle this DELL project. Masa tu perasaan berbelah bagi. Apa tidaknya, baru first day gi sana, apa pun tak tau lagi, dia punya movement pun kelam kabut. Banyak process flow yang aku kena pelajari. Aku minta tempoh la. Kalau boleh nak juga demand. Ye la, Takkan nak transfer tapi payment still remain the same kot? Nak juga up sikit. Ye la, skang ni petrol naik melampau. Thanks Pak Lah and Barisan. But still good for me, sebab nearby ngan rumah aku je. No need to travel. At least aku save kat Penang Bridge Toll and at the same time, save fuel. Less petrol. Esok aku nak kena discuss ngan Senior Exec aku. Rasanya, hati aku dah tergerak nak join Bukit Minyak. Aku pernah apply once. Tapi masa tu, bisness tak ada lagi. my Senior manager pun tak allowed aku gi sana. But kali ni, dia pulak yang offer aku. Aku harap sangat yang aku akan dapat petunjuk. Supaya aku tak tersilap langkah lagi. Itu yang aku takutkan. Macam yang aku pernah buat masa aku kat Exel dulu.

Esok, back to work at WD. Aku rasa, sepanjang aku tak ada ni, mungkin ada yang cukup seronok. Ye la, aku ni diorang tak suka sangat. Sebab aku ni kan selalu komplen, banyak karenah. Tak boleh tengok orang senang/ So, bila aku tak ada. Diorang ni kira enjoy habis la kan. Ya allah, ya tuhanku. Kau berikanlah petunjuk kepada ku. Kiranya kerja yang ditawarkan kepada aku ini baik untuk aku, untuk keluargaku, untuk agamaMu, kau perkenankanlah. Sesungguhnya engkau maha mengetahui setiap sesuatu perkara. Dan sekiranya adalah sebaliknya, kau hindarilah aku daripadanya. Agar aku tidak tersesat kelak. Amin. Ya rabbal 'alamin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...