Ahad, 27 April 2008

Permainan Minda - Mind Plays

Aku ni bukan minat sangt dengan politik. Cuma aku selalu saja mengikuti perkembangan dunia politik semasa Malaysia. Apa yang menarik perhatian aku ialah pada beberapa akhbar tempatan samada perdana ataupun dari pembangkang. Rata-rata saling menuduh antara satu sama lain.
Apa yang mengecewakan, apabila terang-terangan Melayu langsung tak bersatu. Berlainan fahaman politik tak semestinya kita lupa pada asal usul kita. Kita adalah bangsa melayu. Terlalu banyak contoh yang boleh kita ambil dari apa yang berlaku. Bagaimana kita nak perjuangkan hak melayu dan keistimewaan melayu? Kalau kita sendiri yang menindas dan tidak berpuas hati dengan bangsa sendiri.
Aku ambil contoh, apabila Lim Guan Eng melantik Lee Kah Choon bagi menjawat jawatan dalam PDC Investment. Kenapa? Sebab walaupun berlainan fahaman politik, tapi dengan sifat kebangsaan. Bukan niat aku nak mengapi-apikan isu perkauman, tapi apa yang hendak aku perjelaskan kat sini ialah sikap orang melayu yang hanya nampak pada kesilapan orang lain, sedangkan diri sendiri entah di mana.
Mengapa harus saling mempersalahkan dan saling memburukkan melayu lain hanya kerana mereka dari kumpulan PKR, PAS? Kita tengok krisis yang berlaku apabila Idris Jusoh langsung tak diperkenankan oleh Sultan sebaliknya memilih Isa. Apa yang berlaku? Betapa rendahnya mentaliti orang melayu. Betullah kata Tun, Melayu mudah lupa, walaupun kadang-kadang dia sendiri pun lupa dengan apa yang dia pernah ungkapkan. Hari ini, satu pihak menyatakan "Tunjuk perasaan bukan budaya masyarakat Malaysia" tapi esoknya, pihak tu juga yang membuat demonstrasi. Tu la yang dikatakan Melayu Mudah Lupa.
Fikirkan lah sendiri. Di mana kita sebenarnya. Adakah dengan apa yang berlaku sekarang, melayu akan terus mantap? Lupakanlah. Balik kepada teras asal, Islam. Walaupun dia bukan melayu asalkan saja dia islam. Islam lah. Tiada langsung perbezaan. Sebab Islam langsung tidak memandang setinggi mana kedudukan, yang penting setinggi mana keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Islam langsung tidak memandang kepada bangsa tetapi kepada kekuatan iman dan patuh pada suruhan-Nya. Sebab itu Islam itu Adil. Islam itu Sempurna dan Islam itu Mudah. Cuma kita yang selalu menyusahkan. Wallahu`alam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...